Tahukah Anda Rakyat Malaysia Bazirkan Makanan Sehingga 8 Juta Kilogram Sehari?
Mengejutkan! Masalah ini perlu dibendung dengan segera.
[TERKINI] Individu Yang Buang Makanan Perlu Didenda
Kerajaan diminta mewujudkan polisi baru bagi mengenakan denda kepada mereka yang membuang makanan dalam kuantiti yang banyak, dalam usaha menangani sikap pembaziran rakyat negara ini yang dilihat amat membimbangkan.
kosmo.com.my"Saya rasa salah satu faktor dia ialah konsep 'buffet' yang sering kita lihat makanan yang tidak habis dimakan malah ada yang masih lagi belum diusik terpaksa dibuang begitu sahaja."
sinarharian.com.my"Kita kena contohi negara maju seperti Jepun, mereka amat menghargai nilai makanan itu sehingga dalam konsep buffet mereka sesiapa yang mengambil makanan berlebihan dan tidak habis dimakan boleh dikenakan denda dengan mengikut berat sisa makanan yang tidak dihabiskan," kata Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.
bernama.comSementara Itu, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman Turut Bersependapat Agar Mewujudkan Polisi Yang Boleh Memberi Kesedaran
"Masalah dia ialah rakyat Malaysia tidak pernah menghadapi masalah kebuluran, kita beli makanan memang banyak sampai ada yang tidak digunakan sehingga tarikh luput, kita kena set satu mentaliti yang baru agar benda ini dapat kita tangani," katanya.
sinarharian.com.myMohd Yusof berkata tabiat 3R iaitu mengurangkan penggunaan, guna semula dan kitar semula harus dijadikan amalan harian supaya masyarakat mampu mengurangkan sikap pembaziran itu.
bernama.comPolisi seperti itu perlu diguna pakai terhadap semua pihak termasuk pengusaha kedai makanan, hotel dan industri, malah individu yang didapati terbabit dalam pembuangan makanan. Dalam menjadikannya lebih efektif, pihak berkuasa tempatan perlu memain peranan penting dalam memantau pemain-pemain dalam industri penjualan makanan.
bernama.comTabiat Membuang Makanan Bukanlah Perkara Baru Dalam Kalangan Rakyat Malaysia. Laporan Terbaru Mengatakan Sehingga 8 Juta Kilogram Makanan Yang Dibazirkan Sehari.
Rakyat Malaysia membuang makanan sehingga 8,000 tan atau lapan juta kilogram sehari dan jumlah itu mampu menampung bekalan makanan untuk enam juta orang.
bernama.comLebih Teruk, Peratusan Komposisi Sisa Makanan Yang Dibuang Meningkat Sebanyak 15 Hingga 20 Peratus Pada Musim-Musim Perayaan. Kos Pengurusan Sisa Pepejal Juga Melibatkan Berbilion Ringgit.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA), Datuk Ab Rahim Md Noor berkata kos pengurusan sisa pepejal termasuk makanan yang dibuang itu juga melibatkan kos berbilion ringgit.
bernama.comBeliau berkata peratusan komposisi sisa makanan didapati meningkat sebanyak 15 hingga 20 peratus pada musim-musim perayaan.
mstar.com.my"Kalau kita lihat peratusan, sisa makanan adalah komponen tertinggi dalam skala komposisi sisa pepejal, pada 45 peratus, malah kos perbelanjaan untuk pengurusan sisa-sisa pepejal di negeri-negeri bawah seliaan pihak kami telah mencecah RM1.6 bilion tahun lepas (2013)," kata Ab Rahim.
sinarharian.com.myOleh Itu, Pihak Berkuasa Akan Melancarkan Program Transformasi Minda Untuk Mengubah Minda Masyarakat Malaysia Supaya Tidak Membuang Makanan Sesuka Hati
"Perkara ini amat membimbangkan saya dan dengan itu kami akan melancarkan Program Transformasi Minda dalam bulan Oktober untuk mengubah minda masyarakat supaya tidak membuang makanan sesuka hati," katanya dalam sidang media pada Rabu, 17 September 2014.
bernama.comBeliau berkata antara pengisian program itu adalah kerjasama pengusaha kedai makanan, hotel serta industri terlibat untuk menyumbangkan makanan lebihan mereka kepada mana-mana badan kebajikan yang memerlukan.
mstar.com.mySelain Itu, Program Itu Juga Bertujuan Untuk Menjadikan Malaysia Sebagai Sebuah Negara Bersih, Indah Dan Sejahtera Menjelang Tahun 2020
Ab Rahim berkata di samping memberi tumpuan dalam membendung masalah pembuangan makanan, program itu juga bertujuan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang bersih, indah dan sejahtera menjelang 2020.
sinarharian.com.myKatanya, program itu juga diharap dapat membantu meningkatkan amalan 3R (Kurangkan, Guna Semula dan Kitar Semula) dalam pengurusan sisa pepejal sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada sumber asli yang semakin terhad.
bernama.com"Program ini juga akan mendidik orang ramai agar lebih prihatin tentang penjagaan alam sekitar, serta memandang serius isu (pembaziran makanan) ini," katanya.
mstar.com.myFakta Menarik: Berat Pesawat Penumpang Terbesar Dunia Ketika Ini, Airbus A380 Ialah 276,800 Kilogram. Ini Bermakna, 8 Juta Kilogram Bersamaan 28.9 Pesawat Airbus A380!