seismik

Tahukah Anda Rakyat Malaysia Bekerja Untuk Tanggung Hidup 9 Bulan Sahaja?

Selebihnya ditanggung kerajaan Barisan Nasional.

Cover image via dailydose.com.my

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan Berkata Jumlah Subsidi Yang Diberikan Kerajaan Barisan Nasional Mampu Menanggung Kehidupan Rakyat Malaysia Selama Tiga Bulan

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.

Image via mole.my

Pelbagai subsidi dan bantuan yang diberikan kerajaan persekutuan Barisan Nasional (BN) sepanjang tahun memudahkan kehidupan rakyat terutama mereka yang memiliki tanggungan keluarga yang besar, kata Datuk Ahmad Maslan.

themalaysianinsider.com

Timbalan menteri kewangan itu berkata, jika dijumlahkan semua keseluruhan bantuan dan subsidi yang diberikan kerajaan maka rakyat hanya perlu mencari mata pencarian selama 9 bulan dan selebihnya ditanggung BN.

informasi.my

“Jika Kita Campur Bantuan Rakyat 1malaysia (BR1M), Bantuan Persekolahan, Subsidi Minyak, Tepung, Beras Dan Gas Memasak, Pada Saya Tiga Bulan Kehidupan Kita Ini Ditaja Oleh Kerajaan BN," Kata Ahmad Maslan

“Jika kita campur Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bantuan persekolahan, subsidi minyak, diesel‎, tepung, beras dan gas memasak, pada saya tiga bulan kehidupan kita ini ditaja oleh kerajaan BN dalam masa setahun."

themalaysianinsider.com
Image via wordpress.com

“9 bulan sahaja kita cari kehidupan kita dengan kerja-kerja yang kita ada sekarang. Malam ini saya buka satu persatu."

informasi.my

“Bukan ingin mengungkit tetapi mengingatkan kita mempunyai kerajaan yang baik, bertanggungjawab dan menjaga rakyat,” katanya.

themalaysianinsider.com

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Abdul Wahid Omar
Pula Berkata Dengan Pengumuman Penambahan BR1M Sebanyak RM300 Pada Tahun 2015, Ia Mampu Menanggung Perbelanjaan Keluarga Untuk Tempoh Dua Bulan

Katanya, pemberian BR1M mengukuhkan sokongan rakyat terutamanya dalam memastikan kemenangan calon BN yang turut dibantu oleh jentera kerajaan dengan kekuatan 28 kementerian.

informasi.my

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

Image via therakyatpost.com

“Tahun depan kita akan tambah BR1M. Kalau tahun ini RM650 campur RM50 insurans, ia menjadikan RM700. Kalau kekal RM700 tahun depan, kerajaan akan tambah RM300 lagi menjadikan sekurang-kurangnya BR1M pada tahun depan RM1,000."

themalaysianinsider.com

“RM1,000 sudah cukup untuk makan minum empat orang satu keluarga. Jika RM500 satu bulan, dua bulan sudah ditanggung oleh kerajaan BN. PAS ada bagi apa? PAS tak bagi apa-apa,” kata Abdul Wahid.

informasi.my

Tambahnya Lagi, Banyak Subsidi Diterima Dalam Kehidupan Harian Namun Tidak Disedari Rakyat Kerana Membayar Dengan Harga Yang Rendah

Antara subsidi yang diberi kerajaan kepada rakyat Malaysia.

Image via blogspot.com

“Anak-anak ke sekolah dapat RM100‎ bantuan persekolahan. Kalau rajin ‘kerja malam’ 10 anak, RM1,000 dapat. Jangan lupa perkara itu. Anak yang mengaji tinggi, baucar buku pun dapat."

themalaysianinsider.com

“Subsidi minyak masak 1kg RM1.50, subsidi tepung 1kg RM1.00, subsidi gas memasak 16kg RM20 setiap satu tong kerajaan bagi subsidi. Setiap kali tuang minyak RON95, 1 liter 73 sen kerajaan bagi subsidi,” katanya lagi.

informasi.my

JUGA DI SAYS: Berita Baik! BR1M Naik Lagi Untuk Tahun 2015. Tapi Berapa Banyak?

You may be interested in: