seismik

Tahukah Anda Rokok Kretek Seperti "Gudang Garam" Adalah Tidak Sah?

Pasti ramai yang tahu jenama rokok seperti "Gudang Garam" dan "John" bukan? Ia sangat popular dikalangan perokok dan nampak seperti rokok yang sah. Tetapi ia adalah sebaliknya.

Cover image via tinypic.com

"Gudang Garam" adalah antara salah satu jenama rokok yang paling popular dikalangan perokok. Namun, adakah mereka tahu jenama rokok ini sebenarnya tidak sah?

Jenama rokok "Gudang Garam" amat popular dikalangan perokok.

Image via clovecigarettes.co.uk

Bukan sahaja "Gudang Garam", rokok kretek seperti "Djarum Super", "Luffman", "L.A", "Fisher", "Pine" dan lain-lain juga tidak sah

Dianggarkan sebanyak lebih 100 jenama rokok tidak sah di pasaran.

Image via wego.co.id

Apa yang menyebabkan jenama-jenama rokok kretek ini tidak sah?

1. Mempunyai kandungan tar melebihi 40mg dalam setiap batang rokok. Kandungan ini melebihi kadar maksimum yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan iaitu sebanyak 15mg sebatang.

Kandungan tar maksimum yang telah ditetapkan adalah hanya 15mg setiap batang.

Image via harvard.edu

2. Menteri Dari Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Dr. S Subramaniam Berkata Rokok Tidak Sah Juga Mengandungi Kandungan Bahan Kimia Yang Lebih Tinggi Seperti Arsenik Dan Kadmium

Kenyataan Datuk Seri Dr. S Subramaniam mengenai rokok tidak sah.

Image via says.com

3. Selain itu, rokok kretek mengandungi tambahan bahan organik atau herba seperti kayu manis dan bunga cengkih yang boleh menyebabkan kanser, sakit jantung, angin ahmar dan penyakit mati pucuk

Image via nama.com.my

4. Sebuah kajian mendapati rokok kretek turut mengandungi najis manusia, bangkai lalat, kulat dan telur serangga yang berupaya merosakkan sistem saraf dalam badan manusia. Lebih teruk, ia boleh menyumbang kepada Nekrosis otak yang kronik.

Image via imgur.com

5. Tiada amaran kesihatan bergambar tertera pada kotak rokok yang sememangnya tidak mematuhi undang-undang Kementerian Kesihatan

Kotak rokok kretek tidak memaparkan amaran kesihatan bergambar.

Image via djarumamerica.com

6. Dijual dalam pek yang mempunyai kurang daripada 20 batang rokok (12 batang dan 16 batang) yang juga melanggar undang-undang Kementerian Kesihatan

Rokok kretek dengan pek 12 batang dan 16 batang masih lagi dijual.

Image via supercolecao.com

7. Harga jualan yang diletakkan adalah lebih murah jika dibandingkan dengan rokok sah. Ia juga diletakkan di bawah harga minimum yang telah ditetapkan.

Harga di bawah kadar minimum adalah melanggar undang-undang Kementerian Kesihatan.

Image via beritajogja.co.id

Kastam Diraja Malaysia (KDRM) akan meminta mahkamah mengenakan hukuman penjara kepada mana-mana pihak yang ditangkap dan didapati bersalah menyeludup, mengedar, menjual, membeli atau memiliki rokok haram, bukan setakat denda.

bharian.com.my

8. Menyumbang kepada peningkatan jumlah perokok dalam kalangan kanak-kanak dan remaja disebabkan oleh harganya yang murah dan mudah didapatkan di pasaran

Image via imgur.com
Image via nama.com.my

9. Kandungan tar dan bahan kimia lain yang berlebihan dalam rokok tidak sah akan menyebabkan perokok lebih cenderung kepada ketagihan

Kandungan tar yang berlebihan dalam rokok tidak sah akan menyebabkan perokok lebih cenderung kepada ketagihan.

Image via imgur.com

10. Rokok kretek dikilangkan di Indonesia dan dibawa masuk ke Malaysia melalui penyeludupan haram

Rokok kretek dibawa masuk secara haram ke dalam negara Malaysia.

Image via rimanews.com

Sebuah kilang di Taman Perindustrian Citra Buana di Indonesia mengeluarkan ribuan rokok haram setiap hari untuk dijual di Malaysia. 'Starprobe' mendapati rokok yang menggunakan jenama Malaysia, John, dibawa masuk melalui Singapura dan dijual di bawah paras harga minimum yang ditetapkan iaitu RM7.

mstar.com.my

11. Sesetengah rokok tidak sah menggunakan alamat pengilang palsu dan nama-nama pengeluar yang tidak wujud

Sesetengah rokok tidak sah menggunakan alamat pengilang palsu dan nama-nama pengeluar yang tidak wujud.

Image via kompas.com

Bukan sahaja rokok dijual pada harga purata RM3.50, jauh di bawah harga yang diberi mandat RM7 bagi setiap pek bagi jenama berlesen, siasatan lebih dekat mendapati sesetengah rokok tidak sah mempunyai alamat palsu dan juga nama-nama pengeluar yang tidak wujud.

thestar.com.my

Jangan mudah terpedaya dengan jenama-jenama rokok kretek ini. Ia jelas melanggar undang-undang yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan. Sama-sama kita banteras penyeludupan rokok kretek ke dalam negara.

Antara jenama rokok tidak sah yang dibawa masuk secara haram ke dalam Malaysia.

Image via blogspot.com

JUGA DI SAYS: Ramai Yang Terpedaya Dengan Rokok Seludup Yang Berjenama "J". Anda Juga?

You may be interested in: