seismik

Tak Boleh Gelak Melampau Dan 7 Lagi Garis Panduan Baru JAKIM Ke Atas Konsert

Turut disenaraikan adalah garis panduan konsert meliputi lagu, klip video, lirik dan persembahan.

Cover image via youtube.com

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengeluarkan garis panduan baru hiburan dalam Islam bagi rujukan pihak berkuasa, penganjur, penerbit dan pihak terlibat dalam aktiviti dan industri hiburan

Image via joshuaongys.com

Peraturan ketat akan dikenakan ke atas personaliti artis dari segi pakaian, tingkah laku dan persembahan mereka. Berikut adalah antara 8 perkara yang digariskan JAKIM:

1. Artis perlu mempunyai peribadi mulia dan akhlak yang baik dan tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan jenayah sama ada di bawah undang-undang syariah atau sivil

Image via pixgood.com

2. Mereka mesti berpakaian menutup aurat, kemas dan sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton

Image via youtube.com

3. Pakaian, tatarias dan dandanan rambut artis tidak boleh menyerupai jantina berlainan, dan tidak boleh melakonkan watak yang menyerupai jantina berlainan

4. Lawak jenaka yang disampaikan hendaklah berpada dan tidak melampaui batas sehingga membawa kepada ketawa melampau

Image via youtube.com

5. Semua persembahan tidak boleh menyentuh sensitiviti mana-mana agama, budaya dan bangsa dan tidak mengandungi unsur pemujaan atau penyembahan secara langsung atau tidak langsung

Image via www.mixtapes.tv

6. Persembahan tarian pula tidak boleh mengandungi unsur lucah, membangkitkan nafsu atau lambang kata

Image via youtube.com

7. Muzik yang mengiringi persembahan mestilah mendorong kepada suasana positif dan menyuntik ketenangan serta tidak membangkitkan emosi negatif yang bercanggah dengan ajaran Islam

Image via youtube.com

8. Tidak ada percampuran antara lelaki dan perempuan dalam satu persembahan yang boleh menimbulkan fitnah

Garis panduan itu dikeluarkan jabatan itu awal minggu ini selepas diluluskan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ke-107 pada Februari dan boleh didapati dalam bentuk dokumen di laman web JAKIM

Garis panduan tersebut didasari keputusan muzakarah terdahulu pada Mei 1981 yang lebih menjurus kepada mencegah unsur maksiat dalam persembahan.

"Garis panduan ini diharapkan dapat memberi panduan kepada pihak yang terlibat dalam industri hiburan agar setiap usaha yang dijalankan sentiasa dalam lingkungan syarak," kata JAKIM sambil menyarankan setiap acara hiburan dirujuk kepada pihak berkuasa.

themalaysianinsider.com

Anda boleh dapatkan garis panduan penuh di laman www.e-fatwa.gov.my.

Walau bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Livescape Asia, Iqbal Ameer berkata pengasingan penonton lelaki dan perempuan akan merosakkan pengalaman keseluruhan penonton yang menghadiri konsert

Image via astroawani.com

"Tiada penganjur acara akan melayan langkah sedemikian. Saya lebih suka tidak mengadakan apa-apa konsert daripada mengikut garis panduan tersebut. Ini tidak adil untuk artis, semua yang terlibat dalam persembahan dan yang paling penting peminat."

"Industri hiburan di Malaysia sangat bertoleransi pada mana-mana peraturan atau pelaksanaan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Banyak kali, kami telah mencadangkan kaedah yang berbeza untuk konsert, tetapi tidak diendahkan."

"Jika garis panduan ini diamalkan, Malaysia akan kerugian dalam industri yang bernilai berjuta-juta ringgit ini. Semua orang akan pergi ke negara lain seperti Thailand, Indonesia dan Singapura untuk hiburan,” katanya.

Langkah ini juga dilihat bakal memberi kesan besar daripada segi logistik kepada penganjur acara.

malaysiandigest.com

Apa pula pendapat anda?

Isu artis K-Pop, B1A4 memeluk beberapa gadis beragama Islam Januari lalu merupakan salah satu sebab garis panduan baru ini dikeluarkan. CERITA PENUH:

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? 'LIKE' Facebook SAYS SEISMIK serta 'follow' kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: