seismik

Tak Cukup Dengan Nasi Lemak Pondan, 'Nasi Lemak Gay' Pula Muncul

Lepas ni apa pulak?

Cover image via Facebook

Baru-baru ini, kita baru saja disajikan dengan berita tentang 'Nasi Lemak Pondan' yang viral

Bermula dengan mencuba nasib dan sekadar 'suka-suka', gerai nasi lemak pondan yang terletak di Jalan Sri Permaisuri, Cheras itu kini semakin mendapat sambutan.

Pengasasnya Jojie Kamaruddin, yang juga merupakan seorang pereka fesyen dan perunding majlis perkahwinan berkata pada awalnya dia sekadar mencuba untuk berniaga nasi lemak selepas butik miliknya ditutup, namun tidak menyangka ia akhirnya membuahkan hasil.

Jelas Jojie, meskipun dia seorang pondan atau digelar mak nyah oleh masyarakat, namun nasi lemaknya adalah 'asli dan halal untuk dimakan'.

Hari ini, kita dikejutkan pula dengan satu lagi berita tentang pendatang baru dalam industri nasi lemak iaitu 'Nasi Lemak Gay'

Image via Facebook

Menariknya, warung 'Nasi Lemak Gay' ini turut dibuka di Cheras, berhadapan dengan Petronas Taman Segar.

Kain rentang yang digunakan memang terserlah menunjukkan warna ‘pelangi’, yang mana cukup sinonim bagi golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT).

Buat masa ini, hanya beberapa keping gambar sahaja yang sudah mula berlegar di Internet. Namun info lanjut mengenai gerai ini masih tidak diketahui.

Image via Facebook

Cuma, netizen sudah mula melontarkan macam-macam pendapat yang rata-ratanya berasa tersinggung dan tidak setuju dengan nama yang digunakan

Nak dijadikan cerita, perkara ini seolah-olah seperti sudah diramal bakal terjadi oleh seorang netizen

"Mereka ada hak untuk mencari rezeki dan bekerja. Cuma kita tak setuju mereka cuba mempromosikan seksualiti mereka yang songsang."

Pengerusi Biro Dakwah Isma, Ustaz Haji Omar Kassim menegur tindakan itu serta tidak bersetuju dengan perbuatan mempromosikan kecenderungan seksualiti songsang ini secara terbuka dan tanpa rasa malu.

Image via ismaweb.net

“Lepas nasi lemak pondan, datang pula nasi lemak gay. Adakah nanti akan ada nasi lemak lesbian, nasi lemak pedofil pula? Halus sekali agenda LGBT ini cuba dinormalisasikan kepada masyarakat kita,” kata Ustaz Haji Omar.

“Nabi Lut pernah mengingatkan kaumnya jangan mengikut hawa nafsu dengan melakukan homoseksual. Maka kaumnya tidak menjawab selain berkata: Usirlah Lut dan pengikut-pengikutnya dari bandar kamu ini; sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang mendakwakan dirinya bersih suci.

“Lut dan para pendakwah ditohmah sebagai orang yang kononnya “suci”. Kita mencegah ini bukan kerana berlagak suci. Tetapi kita mengingatkan mereka akan azab Allah yang bakal tiba jika gerakan ini sedikit demi sedikit diterima masyarakat. Nasihat saya, mereka yang sudah terlanjur ini, bertaubatlah dan kembali ke pangkal jalan,” jelasnya lagi.

ismaweb.net

Namun begitu, terdapat sumber yang mengatakan penjual nasi lemak itu sebenarnya tidak lagi menggunakan nama ‘GAY’

Sebaliknya, tulisan di kain rentang telah ditukar kepada ‘Nasi Lemak Jogja’ – Rasa memikat hati.

Image via ismaweb.net

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Nah, baca pula tentang Nasi Lemak Anak Dara:

Yang ni pun pondan jugak:

You may be interested in: