Tak Semestinya Pelajar UiTM Kena Sokong UMNO, Kata Dyana Sofya
Dyana Sofya menempelak pihak yang menggelarnya sebagai seorang yang tidak mengenang budi kerana tidak menyokong UMNO walaupun mendapat pendidikan di UiTM.
Dyana Sofya Mencemuh Pihak Yang Mengaitkan UiTM Dengan UMNO Atau BN Dengan Berkata UiTM Bukan Milik Mereka
Universiti Teknologi MARA (UiTM) bukan milik UMNO atau Barisan Nasional (BN), dan para pelajarnya tidak perlu terikat kepada parti itu, kata calon DAP untuk Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud.
astroawani.com"Sejak bila memasuki UiTM membuatkan kita ahli UMNO? Sangat ironik apabila UMNO mendakwa pelajar UiTM perlu menyokong UMNO, tetapi mereka sendiri yang tidak menggalakkan pelajar aktif dalam politik."
mylaunchpad.com.my"Para pelajar sepatutnya bebas memilih pandangan dan pemikiran mereka sendiri, dan perlu diberi kebebasan untuk mengejar impian dan cita-cita mereka," katanya dalam satu kenyataan.
mylaunchpad.com.myDyana Turut Menggesa Kerajaan Untuk Menubuhkan Sebuah Institusi Pengajian Tinggi Yang Tidak Mengkhususkan Pada Satu Kaum Sahaja
Dyana mencadangkan supaya satu lagi institusi pengajian tinggi seperti UiTM ditubuhkan bagi memberi peluang kepada golongan kurang berkemampuan yang berhak mendapatpendidikan bermutu tanpa mengira kaum.
roketkini.com“Sewaktu belajar di UiTM, saya menyedari bahawa anak-anak pemimpin UMNO yang kaya mendapat tempat di UiTM. Walhal mereka yang lebih miskin namun berkelayakan tetapi tidak mempunyai pertalian dengan UMNO tidak mendapat tempat.”
roketkini.com“Sebuah institusi awam, apatah lagi institusi pendidikan tinggi awam, tidak patut dibiarkan bergantung nasib kepada parti politik. UiTM adalah milik rakyat, dan bukannya milik UMNO."
roketkini.com"Sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan jujur akan memperbetulkan 'ketidakadilan' ini... namun daripada menjadi terbuka kepada cadangan-cadangan yang membina, UMNO telah menuduh saya mahu memansuhkan UiTM," tegas Dyana Sofya.
astroawani.comKenyataan Dyana Itu Ternyata Menimbulkan Kemarahan Penyokong UMNO Dan BN Sehingga Menerima Pelbagai Provokasi Dan Caci Maki Ketika Berkempen Bersama Ahli DAP Yang Lain Di Teluk Intan
Insiden berlaku pada 21 Mei 2014 kira-kira 5.30 petang ketika Dyana dan Kit Siang bertemu peniaga dan pengunjung di sebuah pasar malam di Teluk Intan sebelum seorang peniaga meminta rombongan tersebut beredar.
peraknews.com''Apa kumpul-kumpul begini, orang nak berniaga pun susah, pergilah,'' kata peniaga tersebut yang berusia lingkungan 40-an.
peraknews.comProvokasi semakin melampau apabila mereka yang menaiki motosikal membuat bising dengan bingitan ekzos motor hingga menyebabkan pengunjung dan peniaga terganggu.
keadilandaily.comMenurut seorang ahli parti itu yang enggan namanya disiarkan memberitahu, sekumpulan lelaki memakai topi tertera logo Barisan Nasional (BN) turut menghalau mereka dengan kata-kata kesat sambil mendakwa orang bukan Melayu dilarang memasuki kawasan berkenaan.
peraknews.com“Ini kampung Melayu, jangan bawa masuk orang kafir. Keluar daripada sini!” jerit pemuda itu.
keadilandaily.comSebagai Seorang Yang Kurang Berpengalaman, Dyana Mengakui Berasa Agak Takut Dengan Provokasi Yang Diterimanya
“Ada rasa takut, tapi saya percaya dengan pengundi. Hasrat saya adalah untuk jumpa rakyat dan berkempen.”
sinarharian.com.my“Apa yang jadi ini tak sihat, kita jelas menolak politik samseng seperti ini dan kita dah setuju nak buat kempen secara baik,” kata Dyana.
sinarharian.com.myNamun Begitu, Dyana Melabelkan Taktik Provokasi Seperti Itu Sebagai 'Taktik Murahan Dalam Budaya Politik Samseng'
Dyana Sofya menganggap pihak tertentu yang mengganggu kempennya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan hanya sekadar taktik murahan dalam budaya politik samseng.
mstar.com.myBeliau berkata, sesiapa sahaja yang mahu berpolitik, ia sepatutnya dilakukan secara matang tanpa elemen negatif.
peraknews.com"Apa ini? Kita hendak berkempen, tak kan (pengacau) nak buat taktik murahan sebegini."
mstar.com.my"Politik gangster, politik samseng ini kita tolak. Kita juga tolak politik perkauman dan politik barang naik," katanya pada ceramah di Taman Melor di Teluk Intan, malam Khamis, 22 Mei 2014.
peraknews.com