"Takde Anak Memang Camtu" - Lelaki Terkedu Dengar Jawapan Sinis Seorang Ibu Bila Ditegur
Nak bawa keluar anak boleh, jangan sampai mengganggu konsentrasi orang lain.
Memang sukar untuk mengawal anak kecil bila berada di luar rumah. Terutamanya jika anda bawa mereka ke tempat ramai orang, pasti mereka menjadi semakin hyper. Mana taknya, selalu sangat berada di rumah, bila dapat keluar seronoklah.
Namun, sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, anda harus memastikan anak-anak anda sentiasa berada dalam keadaan yang senang untuk dikawal dan tidak terlalu nakal ketika berada di luar.
Maklumlah, masyarakat bebas bersuara tentang apa yang mereka rasa tidak berpuas hati. Lebih-lebih lagi jika ianya melibatkan wang ringgit dan servis yang dibayar bersama.
Jika anak anda susah untuk dikawal, anda disarankan untuk tidak bawa mereka keluar sehingga mereka mendengar kata ataupun anda menjadi ibu bapa yang lebih tegas untuk mengawal segala perbuatan mereka.
Seperti perkongsian oleh seorang lelaki melalui laman Twitter iaitu Kasyi tentang pengalamannya yang terpaksa keluar dari panggung wayang akibat seorang wanita yang langsung tidak menegur perbuatan salah anaknya dalam panggung wayang
Seorang kanak-kanak dikatakan telah mengganggu konsentrasi semua penonton dalam panggung wayang tanpa ditegur oleh ibunya
Apabila dia cuba untuk menegur, ibu kepada kanak-kanak tersebut memandangnya seolah-olah tidak puas hati kerana menegur anaknya
Selepas itu, kanak-kanak itu mula bertanyakan kepada ibunya, "mama siapa tu?" Jawapan ibunya membuatkan lelaki itu terkedu dengan kata-kata sinis yang dikeluarkan wanita itu
Menurutnya, perkara ini seharusnya menjadi sesuatu yang senang untuk difahami. Semua orang bayar tiket untuk tonton wayang dengan aman, seharusnya wanita itu faham situasi jika anak sukar untuk dikawal.