Tambang Bas Ekspres Tak Naik Menjelang Aidilfitri Ini
Berita gembira bagi mereka yang mahu pulang ke kampung halaman hari raya ini apabila tambang bas tidak akan dinaikkan.
Persatuan Pengusaha-Pengusha Bas SeMalaysia (PMBOA) Mengesahkan Tiada Kenaikan Tambang Bas Ekspres Sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun Ini
Tiada kenaikan tambang bas ekspres menjelang Aidilfitri ini, sebaliknya ketetapan mengenai kadar baru akan diputuskan selepas sambutan perayaan itu.
mstar.com.myPerkara itu telah pun disahkan Persatuan Pengusaha-Pengusaha Bas SeMalaysia (PMBOA).
kualalumpurpost.netPresidennya, Datuk Mohamad Ashfar Ali Meminta Pengusaha Bas Menjual Tiket Bas Ekspres Mengikut Kadar Yang Telah Ditetapkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam (SPAD)
"Semua pengusaha bas boleh menjual tiket sempena Aidilfitri mulai sekarang mengikut harga tambang sedia ada," katanya.
mstar.com.myPMBOA bersetuju dengan komitmen kerajaan itu kerana tidak mahu penumpang terbeban dengan tambang baharu itu.
kualalumpurpost.net"Kita juga tidak mahu merosakkan 'mood' mereka yang ingin balik ke kampung halaman untuk meraikan hari raya bersama keluarga masing-masing," katanya lagi.
mstar.com.myPada Masa Sama, Ashfar Berharap Kerajaan menunaikan Janji Untuk Menaikkan Kadar Tambang Seperti Diusulkan PMBOA Pada Jun Tahun Lalu
Pada Jun tahun lalu, PMBOA mengusulkan cadangan kepada SPAD untuk menaikkan tambang bas ekspres sebanyak 30 peratus kerana berlaku peningkatan terhadap kos operasi.
kualalumpurpost.net"Sebagaimana kita bersetuju dengan hasrat murni itu, kita harap kerajaan juga akan tunaikan janji untuk menaikkan kadar tambang seperti yang diminta," katanya.
mstar.com.myKenaikan itu perlu dilaksanakan kerana kali terakhir harga tiket disemak semula adalah pada 2008. Menurutnya, peningkatan harga alat ganti yang bukan barang kawalan dan minyak pelincir iaitu bahan wajib bagi setiap bas juga menaikkan kos pengusaha bas.
kualalumpurpost.net