seismik

Tanda Pagar #ShameOnYouMalaysia Trending Selepas Netizen Temui Banyak 'Flag Errors'

Bukankah kita sudah lama berjiran?

Cover image via Twitter

Nama Malaysia menjadi tajuk berita selepas bendera Indonesia kelihatan dicetak terbalik dalam buku cenderamata Sukan SEA Kuala Lumpur 2017

Menteri Belia dan Sukan Indonesia, Imam Nahrawi menerusi Twitter menyuarakan penyesalan terhadap acara pembukaan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) yang berlangsung pada Sabtu, 19 Ogos lalu.

Beliau terjumpa satu "kecuaian maut" di mana bendera Indonesia telah dicetak terbalik pada halaman 80 buku tersebut yang menjadikannya kelihatan seperti bendera Poland.

Kesilapan ini telah menyebabkan netizen dari Indonesia menjalankan satu protes di media sosial dengan tanda pagar #ShameOnYouMalaysia

Image via Twitter
Image via Twitter
Image via Twitter

Keadaan menjadi lebih buruk apabila netizen menemui lebih banyak flag error di dalam booklet berkenaan.

Salah satunya ialah bendera Indonesia tertukar pula dengan bendera Thailand.

Image via Tribun Jogja

Pelbagai laman berita Indonesia mula melaporkan tentang satu lagi kesilapan yang ditemui di muka surat 40 buku cenderamata Sukan SEA.

Halaman tersebut memaparkan carta negara yang muncul sebagai juara keseluruhan di temasya Sukan SEA ke-26 pada 2011. Ia menunjukkan bahawa Indonesia telah muncul sebagai juara dengan kutipan 182 pingat emas, diikuti Thailand di tempat kedua dengan kutipan 109 pingat emas. Tetapi, bendera kedua-dua negara ini dilihat tertukar dan tak sepadan.

Lebih parah lagi, akhbar harian Malaysia juga telah mencetak bendera Indonesia terbalik sebelum ini

Image via Tribun News

Keratan akhbar itu menggambarkan peta rantau ASEAN dengan bendera negara masing-masing yang mengambil bahagian dalam Sukan SEA. Malangnya, bendera Indonesia dicetak terbalik dan ia adalah satu-satunya kesalahan yang ditemui di halaman tersebut.

Sumber melaporkan akhbar terbabit telah dikenalpasti sebagai Metro Ahad. CNNIndonesia berkata mereka telah cuba menghubungi Metro tetapi mereka belum menerima sebarang respon sehingga hari ini.

Bukan itu sahaja. Paparan digital pada acara renang irama tempoh hari juga telah memaparkan bendera Brunei yang salah.

Kejadian ini dilapor berlaku pada Jumaat lepas, 18 Ogos, di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil.

Bendera yang dipaparkan pada acara itu merupakan bendera Angkatan Bersenjata Kerajaan Brunei, bukan Bendera Brunei. Sekali imbas mungkin kelihatan sama, tetapi sebenarnya terdapat satu jalur merah tambahan, manakala jata atau lambang pada kedua-dua bendera pula adalah berbeza sama sekali.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Khairy Jamaluddin telah pun memohon maaf dan berasa kesal atas kesilapan ini. Ia sememangnya tidak disengajakan:

You may be interested in: