seismik

Netizen Marah Tapak Selipar Ini Tertulis Kalimah 'Allah'. Siapa Yang Bertanggungjawab?

Macam mana boleh lepas?

Cover image via www.kualalumpurpost.net

Kecoh sejak beberapa hari lalu apabila beberapa keping gambar selipar jenama 'Glacio' tersebar luas di laman sosial yang menunjukkan terdapat cetakan kalimah Allah di bahagian tapak selipar tersebut

Isu ini segera menjadi satu topik hangat yang dibincangkan oleh para netizen. Mana taknya, apa-apa yang berkaitan dengan kalimah Allah pasti akan mendapat perhatian. Lagi kan pula kalimah suci ini terletak pada bahagian tapak sebuah selipar.

Isu yang lebih kurang sama juga pernah tercetus sebelum ini iaitu berkaitan dengan jenama Crocs. Jika diperhatikan betul-betul, lambang Crocs menjelma seakan-akan kalimah Allah selepas diterbalikkan.

Sengaja atau kebetulan?

Image via elaksamana.blogspot.com

Kita sangkakan hanya imej seekor buaya. Bila diterbalikkan, baru nampak ia seperti jelmaan kalimah Allah. Adakah perkara ini disengajakan?

Netizen di laman sosial mengutuk keras tindakan pengusaha selipar ini yang tergamak menghina kalimah suci Allah. Masing-masing menyifatkannya sebagai kurang ajar dan biadap.

Namun begitu, ada yang merasakan isu ini tidak sepatutnya berbangkit kerana itu hanyalah satu design yang tidak disengajakan dan tidak nampak seperti satu masalah besar

Ada juga yang bergaduh. Hmmm...

Difahamkan, jenama selipar ini dikeluarkan oleh sebuah syarikat yang bertapak di Indonesia. Bagaimanapun, tak dapat dipastikan sama ada selipar Glacio ini ada dijual di pasaran tempatan atau tidak.

Dalam perkembangan terbaru, kilang yang menghasilkan selipar ini telahpun diserbu pihak berkuasa Indonesia semalam

Menurut sumber juga, tindakan telah diambil ke atas pengusaha ini dan sejumlah 300 pasang selipar telah dirampas

Sumber berkata 12,000 pasang telah dihasilkan pada September 2014, 6,000 pasang pada Disember 2014, 7,420 pasang pada Mac 2015, 12,000 pasang pada April 2015, 12,000 pasang pada Julai, 16,500 pasang pada Ogos, 10,150 pasang pada September, dan 6,000 pasang pada Oktober.

Untuk makluman, JAKIM telahpun mengeluarkan fatwa mengenai isu kalimah Allah yang tertulis pada selipar pada tahun 2010. Jadi, apa keputusannya?

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 23 Rejab 1431 bersamaan 6hb Julai 2010 telah membincangkan mengenai Selipar Dan Kasut Yang Bertulis Kalimah Allah (Kasut Croc's).

Alhamdulillah, fatwanya adalah seperti berikut :

Semua selipar dan kasut berjenama Croc's yang mengandungi lambang (logo)/corak yang menyerupai kalimah " LILLAH " ( لفظ الجلالة ) adalah haram penggunaannya.

Oleh itu, semua umat Islam di negeri Johor dilarang membuat, menjual, membeli, mengguna, menyimpan, mengedar, memesan, mengimport, mengeksport, mempamer, mencetak semula, mengambil gambar, memberi hadiah, dan menjadikan perhiasan”.

e-fatwa.gov.my

Dalam pada itu...

You may be interested in: