seismik

Tasik Kenyir Khaskan Air Terjun Untuk Wanita Sahaja

Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014, Kerajaan Terengganu berusaha menjadikan Tasik Kenyir antara lokasi wajib bagi pengunjung yang datang ke Terengganu.

Cover image via blogspot.com

Kerajaan Terengganu Akan Menjadikan Tasik Kenyir Lebih Menarik Dengan Mewujudkan Satu Kawasan Air Terjun Khas Untuk Wanita Sahaja

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata antara perkara menarik yang bakal diwujudkan di Tasik Kenyir ialah tempat khas untuk kemudahan pelancong kaum wanita sahaja.

malaysiakini.com

Air Terjun Lasir, salah satu air terjun yang terdapat di Tasik Kenyir.

Image via drplaces.com

"Di tasik itu mempunyai banyak air terjun, dan satu daripadanya kita akan khaskan untuk kaum wanita sahaja iaitu semua urusan seperti pemandu bot, bahagian keselamatan dan sebagainya akan dikendalikan petugas wanita."

bharian.com.my

"Kita buat ini setelah menerima permintaan daripada pelancong asing terutama dari Asia Barat yang mahukan satu kawasan khas untuk kemudahan wanita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Festival Kenyir 2014 pada 4 Mei yang akan berlangsung sebulan sehingga 29 Mei di Pangkalan Gawi, Tasik Kenyir.

themalaysianinsider.com

Selain Itu, Jambatan Baru Empat Lorong Akan Dibina Tidak Lama Lagi Bagi Menghubungkan Pangkalan Gawi Ke Pulau Poh Besar

Dalam masa terdekat, pembinaan jambatan baru empat lorong yang merupakan kemudahan utama menghubungkan Pangkalan Gawi ke Pulau Poh Besar akan berjalan.

malaysiakini.com

Projek pembinaan jambatan baru empat lorong yang merupakan kemudahan utama menghubungkan Pangkalan Gawi ke Pulau Poh Besar akan berjalan.

Image via townplan.gov.my

Antara kerja-kerja yang telah siap adalah seperti membekalkan elektrik ke Pulau Bayas, tapak kawasan bebas cukai dengan menarik kabel sejauh 22 kilometer melibatkan perbelanjaan RM33 juta.

themalaysianinsider.com

Beberapa buah pulau yang dimajukan di dalam tasik itu sebahagiannya telah siap dan kini kerja-kerja membina jeti utama di Pulau Bayas sedang berjalan membabitkan peruntukan sebanyak RM70 juta.

bharian.com.my

Lebih Menarik Apabila Kerajaan Terengganu Mewujudkan Kenyir Elephant Village Dengan Kemudahan Chalet Atas Pokok Serta Jambatan Gantung

Kenyir Elephant Village akan mula dibuka pada Jumaat ini (9 Mei).

malaysiakini.com

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said bersama seekor gajah di Kenyir Elephant Village, Tasik Kenyir.

Image via malaysiatravelnews.com

Ketika ini, taman itu sudah mempunyai sembilan ekor gajah jinak dan 14 ekor gajah liar yang berada di sekitar kawasan itu serta akan menambah 21 ekor gajah lagi di situ.

bharian.com.my

Yang menarik dan uniknya kawasan Kenyir Elephant Village ini, ia akan wujudkan beberapa chalet di atas pokok selain jambatan gantung dan kawasan tinjau yang mengelilinginya.

themalaysianinsider.com

Pelbagai Aktiviti Akan Dijalankan Sepanjang Festival Kenyir 2014 Yang Berlangsung Selama Sebulan Sehingga 29 Mei

Pulau Bayas di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu sedang giat dibangunkan untuk dijadikan Pulau Bebas Cukai.

Image via blogspot.com

Festival yang berlangsung selama sebulan bermula 29 April lalu sehingga 29 Mei ini dipenuhi pelbagai aktiviti menarik termasuk konsert, sukan rakyat, sukan air, pertunjukan bunga api, gerai pameran, gerai jualan produk terus dari kilang dan sebagainya.

utusan.com.my

Tapi buat masa ini, keutamaan adalah menjadikan Tasik Kenyir sebagai zon bebas cukai terlebih dahulu yang merupakan faktor penarik utama kelak.

utusan.com.my

Terengganu Menyasarkan Kehadiran Sebanyak 500,000 Pelancong Ke Tasik Kenyir Tahun Ini Setelah Menarik 400,000 Pelancong Pada Tahun 2013

Kerajaan Terengganu melalui Ketengah menyasarkan kehadiran 500,000 pelancong ke tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara tahun ini.

Image via blogspot.com

Kerajaan Terengganu melalui Ketengah menyasarkan kehadiran 500,000 pelancong ke tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara dengan mempunyai 340 pulau buatan, selepas menarik 400,000 pelancong tahun lepas.

malaysiakini.com

Lonely Planet Telah Menyenaraikan Malaysia Sebagai Salah Satu Destinasi Perlancongan Terbaik Di Dunia Atas Beberapa Faktor. BACA SINI:

You may be interested in: