#ThankYouLCCT: LCCT Labuhkan Tirai Setelah 8 Tahun Berkhidmat
Setelah 8 tahun beroperasi, LCCT akhirnya melabuhkan tirai selaras dengan pembukaan terminal baru, KLIA2 pada 2 Mei lalu.
Operasi Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) Tamat Dengan Perlepasan Pesawat AirAsia X Ke Jeddah Pada 9 Mei 2014 Jam 2.35 Pagi
Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) menutup perkhidmatannya setelah lapan tahun beroperasi di sini, dengan pelepasan pesawat AirAsiaX D7170, ke Jeddah, Arab Saudi pada pukul 2.35 pagi Jumaat.
mstar.com.myPenerbangan bersejarah terakhir dari LCCT berlepas ke Kolkata (AK63) pada jam 10.30 malam bagi pesawat AirAsia, penerbangan ke Jeddah (D7170) bagi pesawat AirAsia X pada jam 2.35 pagi dan penerbangan ke Kota Bharu (6446) bagi penerbangan domestik.
abnxcess.comAirAsia Merasmikan Operasi Di KLIA2 Dengan Pendaratan Pesawat Pertamanya Dari Ho Chi Minh, Vietnam Pada 8 Mei 2014
AirAsia memulakan operasinya di KLIA2 dengan pendaratan pesawat pertamanya dari Ho Chi Minh, Vietnam pada pukul 3.50 petang.
sinarharian.com.myEkoran Penutupan LCCT, Tony Fernandes Dan Aireen Omar Tidak Melepaskan Peluang Untuk Berkata Sesuatu Di Laman Twitter
Kakitangan AirAsia akhirnya mengucapkan selamat tinggal kepada Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) selepas 8 tahun beroperasi di terminal berkenaan.
abnxcess.com"Banyak kenangan manis AirAsia di LCCT sejak ia memulakan operasi pada 26 Mac 2006. Bermacam-macam kenangan manis yang dilalui di sini dengan pelbagai pelancaran yang baik, laluan baharu dan banyak penyambungan penerbangan antarabangsa yang diwujudkan."
mstar.com.my"Kami telah menjadikan LCCT sebagai nadi lapangan penerbangan tambang murah yang terkemuka di rantau ini dan saya dapat merasakan sentuhan perasaan amat sedih kami di sini malam ini," kata Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Aireen Omar.
bernama.comHashtag #ThankYouLCCT Digunakan Oleh Orang Ramai Bagi Meluahkan Ucapan Terima Kasih Kepada LCCT Yang Telah Banyak Berjasa Selama 8 Tahun
Warga kerja yang sebelum ini berpangkalan di LCCT dan juga penumpang-penumpang yang sering ke LCCT kerana memilih penerbangan tambang rendah untuk ke destinasi percutian mengucapkan terima kasih kepada lapangan terbang berkenaan di media sosial menerusi hashtag #ThankYouLCCT.
astroawani.comLCCT Mula Beroperasi Sejak Mac 2006 Dan Telah Dirasmikan Oleh Perdana Menteri Kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi
LCCT dirasmikan oleh Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 23 Mac 2006 dengan kapasiti asal 10 juta penumpang setahun. LCCT kemudian diperbesar untuk menampung kapasati 15 juta penumpang setahun pada 2009.
mstar.com.mySelain syarikat kumpulan AirAsia yang terdiri daripada AirAsia, AirAsia X, Indonesia AirAsia, Thai AirAsia dan AirAsia Zest, tiga syarikat penerbangan lain turut telah menggunakan perkhidmatan di LCCT iaitu Tiger Air, Lion Air dan Cebu Pacific.
sinarharian.com.mySelepas penutupan LCCT, pihak Malaysia Airports Holdings Bhd memaklumkan bahawa terminal itu akan dijadikan Terminal Kargo Udara.
bernama.com#ThankYouLCCT. Pastinya LCCT Telah Mengubah Cara Rakyat Malaysia Mengembara Ke Serata Dunia.