seismik

Tiada Lagi 'Free Parking' Di Genting Highlands. Kadar Baru Bermula Dari RM2 Pada 2018

Setiap benda baik pasti akan berakhir.

Cover image via rackcdn.com

Parking percuma sudah lama menjadi salah satu tarikan buat pengunjung yang datang ke Genting Highlands. Tetapi segalanya akan berubah selepas ini.

Netizen yang pergi ke Genting Highlands baru-baru ini menyedari bahawa syarikat itu telah mula mengenakan bayaran untuk parkir.

Menurut laporan dari China Press, pelawat perlu membayar parkir bermula 1 Oktober 2017 lalu di mana-mana tempat letak kereta termasuk di Maxims, One World Hotel, Sky Plaza, dan Genting Grand.

Harga dikenakan secara flat-rate iaitu RM5 sehari pada hari bekerja dan RM8 sehari untuk hujung minggu dan cuti umum dari Oktober hingga Disember 2017

Dikatakan bahawa bagi ahli atau pemegang kad Genting Rewards, mereka berhak menikmati parkir percuma sehingga 31 Oktober.

Manakala dari 1 November hingga 31 Disember, manfaat parkir percuma hanya diberi kepada pemegang kad di peringkat Gold dan ke atas sahaja.

Image via RW Genting

Terbaru, Resorts World Genting menyatakan bahawa kadar bagi semua tempat letak kereta akan dicaj mengikut jam mulai 3 Januari 2018

Caj akan bermula dari RM2 sejam dengan had maksimum RM12 pada hari bekerja. Pada hujung minggu dan cuti umum, caj akan ditetapkan pada RM3 setiap jam dengan kadar maksimum RM18 sehari.

Bagi pemegang kad Genting Rewards Platinum, GoldPlus, Gold, dan SkyGold, parkir adalah percuma!

Dalam pada itu, Genting akan membuka permohonan untuk pas bermusim (season pass) yang berdasarkan "siapa cepat dia dapat".

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Dah pergi sini?

You may be interested in: