Tiada Lagi Rahsia, Zizan Akan Bernikah Tahun Ini. Tapi Dengan Siapa?
Pelakon dan pelawak popular tanah air, Zizan Razak telah menyatakan hasratnya untuk menamatkan zaman bujang pada tahun ini juga. Siapakah yang bakal menjadi pengantin perempuan?
[TERKINI] Zizan Dan Emma Maembong Nikah Januari 2015
Dalam perkembangan lain, Zizan mengakui yang dia akan mengahwini Emma sama ada hujung tahun ini atau awal tahun depan.
karangkraf.com"Kami mula serius atau dalam erti kata lain 'declare' sebagai kekasih pada 24 Februari 2013. Itu pun selepas dia menyertai Wire Fame Entertainment."
karangkraf.com“Soal kahwin, insya-Allah bulan Januari 2015. Ini kerana kami perlu melihat segala kontrak yang kami ada dahulu,” jelas Zizan Razak.
rotikaya.comZizan Kini Sedang Sibuk Dengan Penggambaran Filem 'Abang Long Fadil' Yang Bakal Ditayangkan Pada 29 Mei 2014
Filem yang bergenre komedi aksi ini membawa kesinambungan daripada kisah KL Gangster apabila sahabat baik Abang Long Fadil, Malik (lakonan Aaron Aziz) telah ditahan dalam penjara.
ohbulan.comBerbeza sedikit daripada kisah KL Gangster yang lebih serius, filem ini mengisahkan tentang Abang Long Fadil yang mahu menjadi samseng sehebat Malik dan Shark (lakonan Syamsul Yusof).
ohbulan.comTerlalu Banyak Versi Mengenai Khabar Angin Hubungan 'Persahabatan' Zizan Dengan Pelakon Jelita, Emma Maembong
Pelbagai versi mengenai hubungan Zizan Razak dan Emma Maembong yang telah Abang Nara dengar. Ada versi “masih tak mengaku bercinta“, ada versi “kawan tapi mesra“, ada versi “nak kahwin tapi tak tahu bila” dan yang terbaru versi “rancang kahwin tahun ini“.
beautifulnara.comWalaupun sering dikecam dengan pelbagai kontroversi berkenaan hubungan mereka, pasangan yang mengaku bahawa mereka kini sedang ‘rapat’ ini dilihat tenang dan bijak mencari jalan untuk menangkis isu-isu tersebut.
ohbulan.comKebenarannya? Hanya Zizan dan Emma Maembong sahaja yang tahu.
beautifulnara.comTerbaru, Zizan Telah Memuat Naik Gambar Lukisan Kartun Ke Akaun Instagramnya Yang Dipercayai Dilukis Oleh Emma Maembong Sendiri
Lukisan comel lelaki dan wanita berpegangangan tangan itu juga disertakan dengan caption romantis yang membayangkan keindahan hubungan cinta mereka.
ohbulan.com“Percaya, hargai, sayang, cinta, teguh, sabar, jujur dan ikhlas — thanks untuk lukisan ini sayang. Sejuta erti disebalik lukisan ini, harap kekal seperti mana lukisan ini. Love you sayang”
blogspot.comRasanya para peminat sudah tidak perlu lagi untuk berteka teki akan status hubungan Zizan Razak & Emma Maembong ketika ini.
rotikaya.comZizan Yang Berumur 30 Tahun Pada Tahun Ini Mendedahkan Perkara Ini Kepada Berita Harian Hujung Minggu Lalu
“Kalau ikut perancangan diri saya, Insya Allah tahu ini nak kahwin. Tapi semuanya terserah kepada jodoh. Saya hanya merancang & Tuhan yang menentukan. Ingat ya, saya hanya rancang saja tahun ini,” ujar Zizan Razak.
rotikaya.comMemang mereka sama cantik sepadan. Emma persis wajah puteri Arab dan Zizan persis hero Bollywood berhidung mancung 'original'.
bharian.com.myMenerusi ruangan komen juga ramai peminat sudah mula mendoakan pasanagn ini untuk bertemu jodoh.
rotikaya.comPara peminat juga nampaknya merestui hubungan Zizan dan Emma apabila mereka mendoakan semoga pasangan ini ke jinjang pelamin.
ohbulan.comBuat Masa Ini, Zizan Belum Pun Lagi Masuk Merisik Emma Maembong
Apa pun buat masa ini, Zizan Razak masih belum masuk merisik Emma Maembong. Diharap peminat yang mahu melihat mereka disatukan dapat bersabar.
beautifulnara.comInsya Allah kalau jodoh tak ke mana. Doakanlah agar apa yang dirancang menjadi kenyataan.
beautifulnara.comNama Emma Maembong Mula Melonjak Naik Menerusi Watak Munirah Yang Dilakonkannya Dalam Drama Kau Yang Terindah Bersama Neelofa
Nama sebenar Emma ialah Fatimah Rohani Binti Ismail. Tarikh lahirnya 27 Mac 1992. Dia ni kacukan Melayu dan Scotland. Ayahnya Melayu dan Mamanya dari Scotland. Cantik kan?
blogspot.comApa Pun, Kami Di SAYS Mendoakan Semoga Pasangan Ini Bertemu Jodoh Dan Berbahagia Selalu. Anda Setuju?