seismik

“You Think You Are Always Right” - Teguran Anak Cabar Ego Saya Sebagai Seorang Bapa

"Menjadi seorang ayah tidak semudah yang disangka." - Syahr Musafir

Cover image via SAYS via Syahr Musafir

Artikel ini ditulis oleh Dr Syahr Musafir di laman Facebook, kemudian diambil dan dikongsi semula di SAYS atas kebenaran beliau.

Selepas kerja petang semalam, saya singgah di kedai, menyebabkan balik ke rumah agak lewat. Penat angkat barang segala bagai apabila tiba di rumah, saya tetap mendukung Aboy HE (6 bulan) sambil melayan telatah Along ST (6 tahun) dan Angah IY (4 tahun) bercerita tentang lukisan-lukisan yang mereka buat seharian. Entah dari mana ideanya, Along buat lukisan 'My Dream School' lengkap dengan dapur supaya senang para pelajar nak belajar memasak (?). For me, this was funny. Heheh.

Selesai khidmat diri dan anak-anak, isteri minta izin untuk makan di dapur - maksudnya, nak minta saya tengokkan anak-anak. Saya meriba Aboy nak cuba dodoikan dan tidurkan dalam bilik, sengaja membiarkan pintu bilik terbuka untuk 'memantau' Along dan Angah bermain di ruang rehat sebelah bilik.

"Along dan Angah main elok-elok ye, jangan gaduh-gaduh. Papa nak cuba tidurkan Aboy, Along dan Angah jangan jerit-jerit ye, nanti Aboy terkejut..." pesan saya, awal-awal lagi, kepada dua puteri kesayangan kami, disambut anggukan oleh kedua-duanya tanda faham.

facebook.com

Nak tidurkan Aboy bukan mudah, puas kita kendong, dukung, riba, siap segala selawat, bertahlil tahmid, termasuk habis baca al-Mathurat, kira panjanglah masanya, barulah si anak kecil ini lelapkan mata dan nampak lena. Saya pun cuba nak baringkan Aboy di katil, terdengar jeritan "Noooooo!!!" daripada luar, suara Along, kuat, panjang, jelas suaranya.

Aboy tersedar dari tidurnya.

"Along, kenapa jerit-jerit pulak ni?" kali ini suara saya pula yang kedengaran seisi rumah. Tidaklah marah-marah, tetapi tinggikan suara supaya didengari dua orang puteri di luar bilik.

Giliran 'menjerit' disambung oleh si Angah dengan tangisan yang boleh tahan kuatnya. Saya keluar dari bilik dengan mendukung Aboy yang tidak lagi tidur, memeluk Angah dan tegas berkata, "Along buat apa pada Angah sampai Angah nangis kuat macam ni? I told you both to be nice to each other, tak boleh gaduh-gaduh. Along, you are the big sister, you must take good care of Angah... Look now Aboy is awaken from sleep and Angah is crying because of you..."

Nak tahu apa jadi seterusnya? Giliran Along pula menangis dengan kuat sebab rasa dimarahi oleh saya.

Isteri saya cepat-cepat datang dari dapur mengambil Aboy dari dukungan saya, saya memeluk Along dan Angah, kedua-duanya, cuba meredakan tangisan kedua-duanya. "I am sorry, Along, I am sorry, Angah. I don't mean to be angry at you both..." saya memohon maaf. Alhamdulillah, mudah. Kedua-dua puteri ini mudah reda tangisan apabila dipeluk dan mendengar saya 'mengaku salah' dan meminta maaf.

facebook.com

Long story short, tiba masa saya nak tidurkan Along setelah Angah dan Aboy lena. Macam biasa, kami sembang-sembang sebelum tidur. Biasanya, Along akan minta saya bercerita. Kucing dan Tikus, Musang dan Ayam, macam-macamlah. Hampir semuanya cerita rekaan saya dan isteri, spontan, nak menidurkan si anak.

Malam ini lain pula, Along baring di sebelah saya, berkata sesuatu yang mencabar ego saya, "Papa, I am sorry I made Angah cried... But, I think YOU THINK YOU ARE ALWAYS RIGHT.... And that is NOT FAIR.."

Mata Along betul-betul melihat ke arah mata saya, sebelum Along 'menyorok' masuk ke bawah ketiak saya.

Amboi si anak, baru umur 6 tahun dah pandai 'menjawab'.. Huhu, inilah perasaan saya ketika itu.

Sabar.

Saya bertanya, "Kenapa Along cakap macam tu?"

Along melihat saya, matanya berair, berkata, "Angah was sitting tepi sofa, she almost fell down when she wanted to stand up on the sofa. I shouted NO so that I could stop Angah from standing up and falling down, if she fell down she might have knocked the water bottles on the floor right there and she must have hurt herself more... But YOU THINK we were gaduh, YOU THINK you were right about why I shouted, YOU THINK I was wrong, you were angry at me, you made me cry..."

Aduhhhh, tadi tu betullah saya tak tahu cerita sebenar, terus kata Along salah, terus nak marah, memang silap saya.

facebook.com

"I am sorry, Along..... bla bla bla... Hope this will not happen again," saya memohon maaf daripada si anak. Syahdu rasa, tak jadi nak bercerita apa-apa, saya kucup dahi Along dan Along terus dibuai mimpi saat matanya masih basah dengan air mata, disebabkan oleh si ayah yang tak sempurna ini. Allahu Allah...

Menjadi seorang ayah tidak semudah yang disangka.

Mendidik seorang anak tidak sesenang yang diceritakan.

Dan cara fikir kita sebagai orang dewasa tak sama macam cara fikir seorang anak.

Muhasabah saya sebagai seorang ayah, selidikilah apa yang berlaku sebelum 'jump to conclusion' dan membuat kesimpulan siapa pesalah dan siapa mangsa. Words can be deceiving, fathers and mothers must watch our mouth very-very-very carefully, we do not know when our words can hurt our kids' feelings.

"YOU THINK YOU ARE ALWAYS RIGHT" mencabar ego saya sebagai seorang manusia, lelaki, ayah. Tetapi pada masa yang sama, menundukkan ego saya agar lebih empati, sensitif dan peka dengan situasi.

Memberitahu itu salah, ini tidak tepat dan menasihati orang lain, adalah mulia. Tetapi memberi nasihat dan teguran dengan merasakan AKU BETUL adalah zalim, bodoh dan tidak wajar.

facebook.com

Bukan sahaja pada anak-anak, bahkan lebih-lebih lagilah dalam dunia dakwah. Nasihat dengan ikhlas untuk memperbaiki, jangan sesekali merasakan diri kita lebih baik dan lebih tahu berbanding orang yang dinasihatkan. Jaga niat betul-betul, jaga kata-kata kita, selayaknya.

Terima kasih, Along. You are our first kid, cahaya mata pertama yang banyak 'mengajar' kami untuk menjadi ibu bapa yang lebih baik dari hari ke hari. Papa banyak 'berhutang' dengan Along, tak tahulah bagaimana nak 'tebus' hutang, tak tahulah sempat ke tak nak bayar hutang didikan dalam membesarkanmu dan adik-adikmu. Tetapi percayalah, I love you and your siblings soooooo very much, Papa and Mama love you all very much.

Lesson learnt the hard way but very sweetly - sangat bodohlah orang yang menegur atau nak memperbetulkan kesilapan orang lain dengan merasakan dirinya lebih betul daripada orang yang dinasihati...

And shout out to all fathers, we are not always right. There is no prefect father, but a father can love perfectly by accepting the fact that we are not perfect.

Sesungguhnya, ilmu menjadi seorang suami yang mendengar luahan hati isteri bersekali dengan juga ilmu keibubapaan seperti LISTEN FIRST, TALK LATER adalah sangat betul, tepat dan berguna.

#DiariPapa

facebook.com

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: