seismik

[TERKINI] Kes Tiga Adik-Beradik Ditemui Mati Lemas Di Kedah

Tiga orang adik-beradik yang berumur 14, 12 dan 3 ditemui mati lemas dan mayat mereka ditemui di kawasan berasingan.

Cover image via

Remaja Umur 19 Tahun Didakwa Membunuh Tiga Adik-Beradik Yang Ditemui Mati

Mohd Firdaus Mohd Faridul

Image via imgur.com

Mohd Firdaus Mohd Faridul dari Kampung Alor Semela telah didakwa membunuh Norsyafika Nadia Abdullah di Kampung Alor Senibong pada 29 Nov tahun lepas.

thestar.com.my

Difahamkan, Mohd Firdaus yang juga membunuh kedua-dua adik-beradik dijangka akan dikenakan hukuman pada tarikh kemudian.

thestar.com.my

Sementara itu, seorang remaja berusia 19 tahun yang sebelum ini ditahan bersama Mohd Firdaus telah dibebaskan selepas remannya tamat pada Selasa.

thestar.com.my

Polis Menemui Bukti Fizikal Yang Mengaitkan Dua Suspek Remaja Kepada Kes Bunuh Tiga Beradik

Unsupported video platform

Salah satu daripada suspek yang ditahan.

Image via The Star
Image via The Star

Polis Kedah telah menemui bukti fizikal bagi mengaitkan dua remaja belasan tahun yang ditahan berhubung kematian tiga beradik perempuan di Alor Senibong dan Padang Petani di sini, November lalu.

kosmo.com.my

Two 19-year-old boys were picked up from their homes in Jalan Datuk Kumbar here between 5.30pm and 11pm on Wednesday – after more than a month of investigations.

thestar.com.my

The duo could face charges under Section 302 of the Penal Code for murder, state police chief Senior Deputy Comm Datuk Ahmad Ibrahim said.

thestar.com.my

Polis Tiada Petunjuk Baru Dalam Kes Bunuh Tiga Beradik Selepas Remaja Yang Merupakan Kenalan Mangsa Dibebaskan

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Image via thestar.com.my

Perintah reman terhadap seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang juga kenalan kepada Noor Syafikah Nadia Rusdi, 14, salah seorang dari tiga beradik yang ditemui mati di dua lokasi berbeza tidak akan disambung.

malaysianreview.com

Selepas hampir seminggu berlalu, kes kematian tiga beradik dari Kampung Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar, dekat sini, masih menjadi misteri yang tidak terungkai.

sinarharian.com.my

"Berilah kami masa, InsyaAllah saya percaya kes ini akan dapat diselesaikan," kata Ketua Polis Negara kepada pemberita ketika ditanya mengenai perkembangan siasatan kes kematian tiga beradik itu.

bernama.com

Teman Lelaki Nor Syafikah Nadia Ditahan Untuk Bantu Siasatan

Polis menahan seorang pelajar berusia 16 tahun bagi membantu siasatan kematian tiga beradik dari Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar di sini, semalam.

sinarharian.com.my

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd. Jan berkata, pelajar itu yang merupakan kenalan mangsa ditahan di rumahnya di Arau, Perlis kira-kira pukul 11.30 malam tadi.

utusan.com.my

“Macam teman lelaki mangsa itu, kita hanya mengambil dia untuk membantu siasatan bukan sebagai suspek utama. Kita buat siasat, tengok walapun kita reman dia 4 hari kita akan temubual mana tahu dia boleh membantu dalam dapatkan klu siasatan.” jelas ACP Adzaman.

astroawani.com

Walaubagaimanapun pihak polis turut mengambil keterangan daripada seluruh ahli keluarga mangsa termasuk teman rapat ketiga-tiga mangsa.

astroawani.com

Polis mengesahkan mayat dua beradik yang ditemui terapung dalam tali air di Alor Senibong maut akibat lemas berdasarkan laporan bedah siasat dilakukan Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pagi tadi.

bharian.com.my

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Md Jan berkata polis bagaimanapun menunggu laporan kimia ke atas spesimen yang diambil dari ketiga-tiga mangsa yang dihantar ke Jabatan Kimia Pulau Pinang.

bharian.com.my
Image via utusan.com.my

Polis Mengatakan Bahawa Kematian Tiga Adik-Beradik Tersebut Bukan Kejadian Biasa

“Kejadian lemas ini bukan kejadian biasa kerana ketiga-tiga mayat mangsa ditemui dikawasan berasingan,” tambah Ketua Polis Kedah.

busuk.org

Beliau menambah tidak mungkin kedua mayat adik Nur Syafikah hanyut dari tali air Alor Senibong sehingga ke tali air Kampung Padang Pusing kerana kedua-dua tali air itu tidak bersambung antara satu sama lain.

busuk.org

Bedah siasat akan dijalankan secepat mungkin keatas dua lagi mayat mangsa yang baru.

busuk.org

Infografik dari The Star.

Image via thestar.com.my

Tiga Adik-Beradik Hilang Selepas Keluar Ke Rumah Kawan

Tiga beradik itu dikatakan keluar dari rumah mereka dengan menaiki motosikal kira-kira pukul 7.30 malam pada Jumaat ke rumah rakan Noor Syafikah Nadi di Kampung Gelam yang berhampiran.

mstar.com.my

Motosikal yang dinaiki ketiga-tiga mangsa berada dalam keadaan baik di pondok menunggu bas dalam keadaan berkunci.

blogspot.com

Bagaimanapun mereka tidak pulang ke rumah walaupun sudah lewat malam membuatkan ibubapa mereka membuat laporan polis berhubung kehilangan anak mereka di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar kira-kira jam 2 pagi, Sabtu.

busuk.org

Foto adik-beradik yang ditemui mati lemas di Alor Setar.

Image via blogspot.com

Mayat Noor Syafikah Nadia Yang Berumur 14 Ditemui Dahulu Pada Jam 3.45 Petang

Mangsa yang pertama yang ditemui adalah Noor Syafikah Nadia berusia 14 tahun adalah kakak.

mysumber.com

Noor Syafikah Nadia, 14, ditemui orang awam dalam keadaan tertiarap dan separuh bogel kira-kira jam 3.45 petang berhampiran kawasan bendang di Kampung Alor Senibong, Langgar, semalam.

blogspot.com

Menurut laporan awal, mangsa disyaki telah dirogol kerana berdasarkan keadaan mayatnya yang separuh bogel semasa ditemui.

mysumber.com

Mayat Kedua-Dua Adik Noor Syafikah Nadia Ditemui 3.5km Dari Mayat Kakak Mereka

Unsupported video platform

Mayat Puteri Nurul Akma dan Nur Izzati Husna pula ditemui kira-kira pukul 4.50 petang ini di dalam terusan MADA Kampung Padang Petani, Langgar di sini iaitu kira-kira 3.5 kilometer dari mayat Nor Syafikah Nadia ditemui.

utusan.com.my

Ketua Polis Kedah berkata sehelai seluar turut dijumpai berhampiran mangsa kedua tetapi masih belum dapat dikenalpasti sama ada seluar itu kepunyaan mangsa pertama ekoran mangsa pertama yang ditemui separuh bogel lewat petang kelmarin.

astroawani.com
Image via blogspot.com

Tiada Kesan Rogol Didapati Pada Mangsa Umur 14

Polis telah mengesahkan bahawa Nur Syafikah Rusdi yang ditemui mati di Alor Senibung, Pendang, mati kerana lemas dan bukannya dirogol dan dibunuh.

astroawani.com

Menurut beliau, selepas penemuan mangsa pertama, bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia disebabkan lemas dan pihaknya tidak menemui kesan-kesan lain pada badan mangsa.

blogspot.com

Walaupun terdapat unsur lemas dari hasil bedah siasat ke atas mayat remaja itu, namun terdapat elemen yang meragukan dan bukannya disebabkan lemas biasa.

melvister.com

Ibu bapa kepada mangsa lemas tiga adik-beradik.

Image via abgteror.com

Teman Lelaki Noor Syafikah Nadia Diburu Untuk Membantu Siasatan

Polis Kedah sedang mencari teman lelaki kepada salah seorang daripada tiga kanak-kanak perempuan yang ditemui mati di sini, untuk membantu siasatan.

bharian.com.my

"Polis mempunyai bukti terkini dan saksi yang membantu siasatan kes itu yang diklasifikasikan sebagai bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," kata Ketua Polis Kedah.

themalaysianinsider.com

"Saya yakin remaja belasan tahun ini dapat dikesan dalam tempoh terdekat," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan kereta Spanco Proton Preve kepada Ketua-Ketua Polis Daerah negeri ini di Ibu pejabat Kontinjen Kedah, Alor Setar, hari ini.

bharian.com.my

Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim.

Image via abnxcess.com

You may be interested in: