TikTok Shop 11.11 Mega Sale Carnival Kumpul Selebriti & Ada Tawaran Hebat Menarik- “Meriah Habis!”

Nikmati pengalaman membeli-belah paling meriah hujung minggu ini di Pavilion Bukit Jalil.

Enlarge text
Cover ImageCover image via TikTok Shop

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tawaran 11.11 TikTok Shop kini kembali dengan TikTok Shop 11.11 Mega Sale Carnival!

Tapi tahun ini, TikTok Shop naikkan lagi level kemeriahan dengan 11.11 Mega Sale Carnival yang berlangsung di Pavilion Bukit Jalil dari 7 hingga 9 November 2025.

Jika anda peminat TikTok Shop atau sekadar mencari aktiviti hujung minggu yang menyeronokkan, inilah peluang untuk merasai sendiri kemeriahan karnival tahun ini.

Barisan selebriti popular tanah air sendiri turun padang

Acara bermula pada 7 November dengan Majlis Pelancaran Rasmi pada jam 3.30 petang, diikuti persembahan istimewa daripada Khai Bahar yang dibawakan oleh Nongshim.

Pada sebelah malam pula, Abe Yong bakal memeriahkan suasana dalam 11.11 All Star TikTok Shop Live Meet & Greet.

Kemeriahan diteruskan pada 8 November dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk fun games dan giveaway bersama Fizo Omar dan Fazeera Nazri.

Sepanjang hari, pengunjung juga berpeluang bertemu dengan selebriti popular seperti Jane Chuck, Han Pin, Fattah Amin, Amira Othman, Syatilla, Melvin Sisters, Eira Syazira dan Shaheizy Sam.

Penutup acara pada 9 November dijangka paling meriah dengan kehadiran nama-nama besar seperti Khairul Aming, Alif Satar, Vickie Bei, Jimiefu dan Curtis, yang akan bertemu peminat dalam sesi meet & greet eksklusif.

Saksikan TikTok Shop 11.11 Mega Live Showdown

SAYS.com

Selain aktiviti di lokasi, anda juga boleh menyertai keseronokan secara dalam talian menerusi TikTok Shop 11.11 Mega Live Showdown pada 8 November, bermula jam 7 malam hingga 1 pagi.

Sepanjang siaran langsung ini, pelbagai diskaun istimewa dan flash deal setiap setengah jam akan ditawarkan termasuk potongan harga sehingga 90%.

Antara jadual tawaran menarik yang boleh direbut:
7.00PM – Potongan hingga RM11
7.30PM – Diskaun hingga 50%
8.00PM – Potongan hingga RM11
8.30PM – Diskaun hingga 50%
9.00PM – Potongan hingga RM11
9.30PM – Diskaun hingga 50%
10.00PM – Potongan hingga 90%

Menangi pelbagai hadiah menarik dengan permainan Mega Toss

Bagi pengunjung di lokasi, jangan lepaskan peluang untuk mencuba permainan Mega Toss dan menangi pelbagai hadiah menarik.

Setiap penyertaan akan dikira menggunakan 'token', yang boleh diperoleh dengan beberapa cara mudah.

Anda hanya perlu memuat naik satu video TikTok menggunakan hashtag rasmi acara, menebus semua baucar di laman rasmi 11.11 Mega Sale, serta mengikuti akaun rasmi @tiktokshop_my dan @tiktokshop_my_trendhub.

Setiap tindakan ini akan memberikan anda satu peluang untuk bermain Mega Toss, jadi lebih banyak aktiviti yang anda sertai, lebih besar peluang anda untuk membawa pulang hadiah menarik!

Jangan lupa flash deal RM11, RM111 & RM1,111!

Tandakan tarikh penting ini iaitu pada 1, 7 dan 11 November kerana TikTok Shop menawarkan flash deal eksklusif dengan harga serendah RM11 sahaja!

Antara produk menarik yang tersenarai termasuk:

  1. Set periuk DESSINI ITALY 12-Piece Granite Non-Stick – RM11
  2. DAGMARA DIW01-350 Cordless Impact Wrench – RM11
  3. Sneakers berjenama PUMA, Skechers & FILA – RM111
  4. Drypers Touch Pants Baby Diapers (4-pack) – RM111
  5. Elianto Body Spray Fragrance Mist (2 botol) – RM11
  6. DDPAI N2 Dual 2K Dash Cam dengan NightVIS 2.0 – RM11


Sama ada anda hadir untuk bertemu selebriti, memburu tawaran menarik atau sekadar ingin merasai suasana TikTok Shop secara langsung, TikTok Shop 11.11 Mega Sale Carnival memang acara yang tidak boleh dilepaskan.

SAYS.com

Tandakan kalendar anda, ajak rakan-rakan, dan nikmati pengalaman membeli-belah paling meriah hujung minggu ini di Pavilion Bukit Jalil.

Untuk maklumat lanjut dan tawaran terkini, ikuti @tiktokshop_my di TikTok.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik