[TINJAUAN] Ini Pandangan Rakyat Malaysia Sendiri Mengenai Produk Alternatif Bebas Asap
Lebih 59% responden bersetuju dan sangat setuju perokok beralih ke produk alternatif jika sukar berhenti merokok.
Umum sedia maklum, perubahan teknologi pada masa kini telah membuatkan pelbagai industri melalui proses penambahbaikan dan industri gaya hidup juga turut tidak terkecuali
Misalnya, seperti alternatif kepada rokok seperti e-rokok, vape dan produk pemanasan tembakau juga diciptakan sebagai alternatif yang lebih baik daripada rokok biasa.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), istilah rokok elektronik juga dikenali sebagai 'E-Cigs', 'mods', 'E-Hookahs' dan pod.
Rokok elektronik dan vape turut berfungsi dengan cara yang sama iaitu dengan memanaskan cecair nikotin untuk menghasilkan wap.
Produk pemanasan tembakau pula tidak membakar tembakau, ia hanya memanaskan tembakau untuk menghasilkan wap bernikotin. Disebabkan tiada proses pembakaran, maka asap dan abu tidak dihasilkan.
Sejak kebelakangan ini, sebenarnya ramai yang beralih ke rokok elektronik sebagai usaha untuk mengurangkan rasa ketagih terhadap nikotin dan juga mengurangkan risiko menghidap kanser paru-paru akibat kandungan tar di dalam rokok biasa.
Satu tinjauan telah dibuat melalui Vodus Research baru-baru ini, mengenai sejauh manakah rakyat Malaysia tahu tentang produk alternatif bebas asap.
Jom kami kongsikan!
Berdasarkan tinjauan tersebut, lebih 55% responden setuju perokok beralih ke produk alternatif jika sukar berhenti.
Menerusi tinjauan itu juga, majoriti rakyat Malaysia bersetuju jika produk alternatif bebas asap patut diharamkan di Malaysia. Ini mungkin kerana banyak yang menganggap bahawa semua produk alternatif adalah sama.
Namun, bukan semua produk alternatif adalah sama. Ada sesetengah produk alternatif yang mendapat pengiktirafan daripada ahli sains dan institusi kesihatan awam. Contohnya, badan saintifik antarabangsa U.S. Food and Drug Administration (FDA) serta Public Health England memperjelaskan bahawa kajian sains telah membuktikan produk tembakau yang dipanaskan merupakan alternatif yang kurang berbahaya berbanding dengan rokok konvensional.
Hal ini kerana produk tersebut hanya memanaskan tembakau tanpa membakarnya, justeru tiada pembebasan asap dan bahan toksik seperti karsinogen, tar dan karbon monoksida.
Vape dan e-rokok juga tidak membakar tembakau, malah memanaskan cecair nikotin untuk menghasilkan wap bernikotin. Maka, lebih 55% responden kemudiannya menyokong peralihan ke produk alternatif bebas asap seperti tembakau yang dipanaskan sebagai gantian.
Bagi mereka, ia adalah satu tindakan yang lebih baik daripada secara terus menghisap rokok konvensional. Malah, mereka merasakan pilihan dengan kadar risiko yang lebih rendah adalah perlu bagi membantu golongan perokok tegar.
Lebih separuh responden setuju produk alternatif bebas asap diselia berbeza jika mampu henti kebergantungan kepada rokok
Berdasarkan tinjauan yang dibuat juga mendapati, sebanyak 67% responden setuju dan sangat setuju jika produk alternatif bebas asap rokok diselia secara berasingan daripada rokok jika ia terbukti mengurangkan risiko kepada perokok.
Lebih separuh daripada responden turut tahu mengenai perbezaan antara produk alternatif bebas asap dan rokok konvensional, bermakna mereka tahu wujudnya produk alternatif kepada rokok.
Dalam pada itu, 67% responden juga bersetuju dan sangat bersetuju jika perokok dewasa diberi hak untuk mengakses maklumat mengenai produk alternatif bebas asap agar dapat membuat pilihan yang tepat.
Bagaimana pula dengan pendirian anda mengenai tentang produk alternatif bebas rokok ini?
Kongsikan kepada kami pendapat anda di ruangan komen di media sosial SAYS Seismik.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!