"Never, Ever Overcook Seafood!" & 4 Lagi Petua Masak Yang Kami Pelajari Daripada Chef Wan
Chef kesayangan ramai ini berkongsi tips masakan untuk pastikan hidangan anda sentiasa padu dan penuh oomph!
Baru-baru ini, kami di Seismik Makan dijemput untuk menghadiri sesi masak-memasak bersama chef kesayangan ramai: Chef Wan!
Sesi yang diadakan di restoran seafood Uncle Ali The Fishmonger ini berkongsikan beberapa tips dengan para hadirin untuk menjanjikan hidangan yang padu dan lebih oomph!
Menggunakan makanan laut yang segar daripada restoran berinspirasikan seafood market bertempat di Bukit Jelutong ini, chef yang tidak asing lagi ini telah menyajikan dua resipi kegemarannya sewaktu sesi ini iaitu Gulai Udang Nanas dan Ikar Bakar Portugis.
1. Pastikan rempah ditumis hingga betul-betul pecah minyak
Mungkin petua ini sudah biasa didengari mereka yang kerap memasak tetapi Chef Wan menekankan betapa pentingnya langkah ini untuk memastikan hidangan dimasak sempurna.
Jika anda menggunakan blender, tumis rempah anda dengan api yang besar. Ini kerana bahan kisar mengandungi lebih banyak air (berbanding bahan-bahan ditumbuk atau digiling sendiri), dan api yang besar diperlukan untuk memastikan kandungan air tersejat dan bahan-bahan tersebut dapat ditumis hingga betul-betul harum dan full of flavour.
Gunakan panduan ini untuk ketahui jika bahan tumisan anda sudah pecah minyak:
- Warnanya menjadi lebih gelap
- Rempah mula berbau harum
- Minyak tumisan mula terpercik-percik di dalam periuk
2. Apabila memasak seafood, tutup api sebelum lauk betul-betul masak
"Don't ever, EVER overcook seafood!" tegas chef tersohor ini. Ujarnya lagi, makanan laut yang terlebih masak akan menjadi liat dan hilang manisnya.
Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, tutup api apabila anda lihat lauk anda sudah lebih kurang 3/4 masak. Jangan risau, haba daripada kuah gulai akan pastikan lauk seafood tersebut terus dimasak hingga sempurna.
3. Gunakan gula melaka untuk dapatkan perisa Nyonya yang asli
Semasa memasak hidangan Gulai Udang Nanas, sebuah resipi turun-temurun keluarga beliau, Chef Wan mengesyorkan para hadirin untuk menggunakan gula melaka dalam masakan Nyonya berbanding gula pasir atau jenis-jenis gula lain.
Gula melaka mempunyai perisa yang lebih subtle dan memberikan rasa yang lebih asli jika anda sukakan masakan Nyonya.
4. Gunakan hasil tanaman sendiri untuk memasak. Lagi sihat, lagi jimat!
Chef yang rajin bercucuk tanam ini mengajak para hadirin untuk turut menggunakan hasil tanaman sendiri di dalam masakan seharian. Katanya sambil memasukkan ke dalam gulai daun Thai basil segar yang dipetik dari rumah, "Kalau boleh, gunakan dedaun daripada pokok-pokok yang ditanam sendiri, barulah fresh dan organik! Lagi pun, boleh jimat sikit belanja dapur. Ambil apa yang perlu - tak payah membazir beli di kedai."
5. Apabila membuat ikan bakar, tuangkan sedikit kicap manis pekat bersama perapan sambal sebelum dibakar
Di samping sambal yang dilumur ke atas ikan, Chef Wan memberikan idea untuk menambah sedikit kicap manis pekat kepada ikan tersebut sebelum dibakar. Ini untuk memberikan sedikit extra flavour dan memberikan warna yang cantik kepada hidangan ikan bakar anda.
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Instagram sekarang!