x

seismik

Syed Saddiq: "Tolong Malaysia, Jangan Lagi Label Tony Fernandes Sebagai Pengkhianat."

Banyak rupanya jasa CEO AirAsia yang kita tidak tahu.

Cover image via Instagram @SyedSaddiq

Awal-awal sebelum pilihan raya berlaku, terdapat satu video menular dimana CEO syarikat penerbangan AirAsia memuji bekas Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Abdul Razak dan menggesa rakyat untuk mengundi kerajaan Barisan Nasional (BN) sempena PRU14

Video Tan Sri Tony Fernandes itu dilihat sebagai 'kejutan' dan beliau menerima kecaman dari rakan-rakan, penyokongnya, dan orang ramai.

Bukan itu sahaja, orang ramai mencerca Tan Sri Tony kerana melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) syarikat penerbangan bajet itu dimana ianya terdapat klausa bertulis dalam kontrak kakitangannya yang melarang staff daripada berkempen untuk mana-mana parti politik.

Walau bagaimanapun, ahli parlimen Pakatan Harapan (PH) Syed Saddiq kini menggesa rakyat Malaysia supaya tidak melabelkan Tan Sri Tony sebagai pengkhianat kerana menyokong BN secara terbuka

Menerusi akaun Instagram peribadi beliau, Ahli Parlimen PH yang juga merupakan Pemimpin Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berkata bahawa CEO AirAsia Group itu tidak mempunyai pilihan selain daripada berbuat demikian.

Syed Saddiq berkata,

"Ini adalah cerita yang ramai yang tidak tahu. Saya terpaksa menyimpannya sebagai rahsia, tetapi dalam era baru ini, satu era di mana hak anda untuk bersuara sedang ditegakkan, sudah tiba masanya untuk berubah. Ini mengenai Tan Sri Tony Fernandes. Beliau adalah antara orang pertama yang membantu Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila Tan Sri dihukum kerana membongkar kebenaran terhadap pihak berkuasa."

Dalam kenyataan beliau juga terdapat kisah dimana Tan Sri Tony menawarkan tambang diskaun untuk penerbangan AirAsia bagi seluruh Malaysia yang ingin pulang untuk mengundi, ramai orang dalam kalangan Najib yang marah dengan tindakannya itu.

"Ia menjadi lebih teruk apabila pasukan DS Shafie dari Parti Warisan Sabah (WARISAN) memuat naik poster mengucapkan terima kasih atas langkah ini kerana ini bermakna lebih banyak penyokong WARISAN dapat terbang pulang ke rumah untuk mengundi."

Tindakan Tan Sri Tony itu jelas menunjukkan bahawa beliau menyokong pembangkang PH. Namun begitu, untuk berbuat demikian beliau telah menerima cercaan teruk daripada rakyat Malaysia.

"Beliau enggan memecat Tan Sri Rafidah Aziz selepas bercakap secara terbuka terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak walaupun ditekan untuk berbuat demikian. Namun beliau tetap berhati-hati."

Tambah Syed Saddiq, "Beliau ditolak ke suatu sudut di mana beliau harus menyatakan secara terbuka sokongannya terhadap kerajaan yang memerintah ketika itu. Beliau terpaksa mengambil video dan kakitangannya terpaksa menukar pakaian seragam mereka. Gambar-gambar keseluruhan acara diambil tanpa konteks yang betul."

"Tolong Malaysia, jangan label beliau sebagai pengkhianat."

Syed Saddiq mengakhiri kenyataannya dengan mengatakan bahawa beliau berharap rakyat Malaysia akan lebih bijak untuk menilai. Beliau juga berjanji bahawa ini akan menjadi permulaan era baru di mana kebebasan bersuara digalakkan.

"Permulaan era baru ini akan memastikan hak anda untuk mengkritik kerajaan secara terbuka akan dijamin. Anda boleh secara terbuka menyokong parti pembangkang tanpa rasa takut."

"Kami mahu pembangkang yang kuat. Oleh itu, ahli perniagaan, jangan ragu untuk menyokong mana-mana pihak."

"Kita kini berada di Malaysia yang baru."

Boleh baca kenyataan penuh Syed Saddiq di bawah:

Unspoken hero- Tony Fernandes. . . I’d like to share with you something i have been keeping to myself for a while now. I couldn’t share it before because we were imprisoned by the politics of fear. Activist, politicians and businessmen who were not in line with the ruling party’s ideology were threatened and pushed to a corner. . . I must share this now as i can’t stand witnessing a hero get wrongfully accused. . . This is a story that many don’t know. I had to keep it a secret, but in this new era, an era where your right to speak is being uphold, it is time for change. . . This is about Tan Sri Tony Fernandes. . . He was among the first persons that came to the aid of Tan Sri Muhyiddin Yassin when Tan Sri was punished for speaking truth to power. . . He was once again a hero when AirAsia offered discounted flights and added flights during the election period. This infuriated some people in DS Najib’s circle. It became worse when DS Shafie’s (WARISAN) team uploaded a poster thanking this move as it meant that more WARISAN supporters can fly back home to vote. . . It didn’t stop there. He refused to fire Tan Sri Rafidah Aziz after she spoke openly against Datuk Seri Najib Tun Razak despite being pressured to do so. . . He remained vigilant. . . Those actions came with a cost and he has to pay for it. . . He was pushed to a corner where he had to openly declare his support for the then ruling government. He had to take a video and his staffs had to change their uniforms. Pictures of the whole event were taken without the right context. . . Please Malaysia, don’t label him as a pengkhianat. . . This story is based on my own personal knowledge. TS Tony has helped us from the start, but can’t disclose it to the public due to the fear of repression. I leave it to the Malaysian people to judge. . . But what I can promise you is this.. the start of this new era will ensure that your right to openly criticise the government will be guaranteed. You can openly endorse opposition parties without the fear of being persecuted. . . We want a strong opposition. So businessmen, feel free to support any side. We are now living in a new Malaysia.

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq) on

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Malaysia kini mempunyai Timbalan Perdana Menteri wanita buat pertama kali!