Hanya Kerana Sebuah Telefon Bimbit, Low Yat Plaza Diserang 200 Perusuh
24 gambar, 11 video dan 1 kesimpulan untuk kejadian berdarah di Kuala Lumpur ini
Pada 12 Julai lepas, sebuah insiden pergaduhan berlaku di Low Yat Plaza yang tercetus akibat salah faham tentang sebuah telefon bimbit berjenama Lenovo
Banyak media online telah membuat liputan tentang kes ini sehingga ia menjadi viral, dan rata-ratanya melaporkan dua versi kejadian.
Versi pertama, seorang lelaki telah ditangkap kerana cuba mencuri telefon bimbit jenama Lenovo setelah berpura-pura berminat untuk membeli telefon tersebut, dan dia telah ditangkap oleh pekerja kedai telefon bimbit Oppo.
Versi kedua, seorang lelaki cuba memulangkan telefon Lenovo yang didakwa tidak asli (klon) ke sebuah kedai telefon tetapi tidak diendahkan oleh penjual menyebabkan pemuda tersebut mengambil telefon original dan meninggalkan kedai tersebut. Dia kemudian ditangkap oleh pekerja kedai telefon bimbit Oppo. Pendakwa telah ditangkap tetapi dilepaskan oleh pihak kerana memiliki bukti penipuan dan resit pembelian yang sah.
facebook.comYang pasti dalam kejadian ini, kedai telefon bimbit Oppo berperanan sebagai penangkap orang yang didakwa mencuri. Mereka tidak menjalani urusan jual beli yang berkaitan dengan telefon klon tersebut, tetapi akibat dari insiden ini, mereka menjadi target utama.
Insiden ini telah menyebabkan rasa tidak puas hati pada rakan lelaki itu, menyebabkan 7 orang rakannya menyerang kedai telefon Oppo tersebut
Ini video sebelum dan ketika tujuh orang lelaki memukul pekerja Oppo:
Dari video di atas, kita boleh lihat ramai peniaga-peniaga turut campur tangan dalam kekecohan tersebut. Kami mengandaikan, mungkin peniaga-peniaga ini bertindak secara beramai-ramai kerana enggan berlaku lebih banyak kekecohan dan kerosakan yang boleh mengganggu perniagaan mereka.
Dan kami juga mengandaikan, antara sebab mengapa tercetus pula rusuhan selepas dari insiden ini ialah apabila tujuh orang lelaki ini diejek dan dihalau dari Lowyat Plaza dan ini mungkin menyebabkan mereka 'panas hati'.
Berikutan insiden curi atau tipu ini, rusuhan melibatkan lebih 200 orang berlaku di kawasan bangunan Low Yat Plaza tengah malam tadi
Rusuhan yang cuba dimulakan sejak pukul 8 malam berjaya dipatahkan oleh pihak berkuasa dengan melarang mana-mana orang berkumpulan daripada memasuki kawasan Low Yat Plaza.
Tetapi akhirnya, menjelang tengah malam rusuhan tetap berlaku. Kumpulan ini menyerang orang awam secara rambang, hingga wartawan dan orang awam yang sedang menjamu selera di kedai makan berdekatan turut menjadi mangsa.
Dalam salah satu video di bawah, mereka juga turut memaki hamun pihak berkuasa dengan menuduh mereka sebagai 'barua' hanya kerana tidak dibenarkan masuk ke dalam premis perniagaan.
Dalam kejadian ini, dilaporkan 5 orang cedera dan kerugian adalah berjumlah lebih RM70,000.
Ada juga yang mendakwa, apabila rusuhan ini berjaya dihalang oleh pihak polis dan FRU di hadapan Low Yat Plaza, ia bersambung pula di belakang Imbi Plaza
Namun demikian, pihak polis dan FRU telah bertindak dengan cekap menghalang kejadian ini dari berlaku dengan lebih teruk, dan akhirnya perusuh berjaya disuraikan.
Walau bagaimanapun pihak polis telah mengesahkan kes ini telah selesai, dan menyimpulkan bahawa ianya adalah jenayah kecurian telefon bimbit
Lapor New Straits Times yang memetik dari sumber polis berkata, kes kecurian yang melibatkan seorang lelaki berusia 22 tahun itu telah diselesaikan dan terbukti suspek telah mengambil telefon itu tanpa membuat pembayaran pada pemilik kedai.
Siasatan mendapati lelaki itu telah mencuri sebuah telefon bimbit yang menyebabkan dia ditahan oleh orang awam.
Pihak polis juga telah menyiasat rakaman CCTV yang menunjukkan suspek berbincang dengan jurujual kedai berkenaan sebelum mengambil telefon itu dan terus menghilangkan diri sementara jurujual berkenaan sedang memandang ke arah yang lain.