[GAMBAR & VIDEO] Kemalangan Dahsyat Treler Terbalik Dan Kereta Hancur Di Lebuh Raya

Syukur semua selamat.

Sebuah treler pengangkut kenderaan yang membawa tujuh kereta baru Honda terbabas dan terbalik di laluan Bukit Tagar menghala ke utara

Kejadian berlaku kira-kira jam 12 tengah hari itu turut mengakibatkan kesesakan jalan raya yang dahsyat sepanjang 5 kilometer.

Sumber berkata kejadian berlaku apabila treler tersebut tiba-tiba hilang kawalan dan merempuh sebuah kereta Mercedes Benz sebelum memasuki laluan bertentangan

Treler berkenaan kemudian menghimpit ke bahu jalan sehingga memasuki arah bertentangan dan merempuh lagi sebuah kereta yang menghala ke selatan sebelum terbalik.

Walaubagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau mangsa yang tercedera dilaporkan. LAGI GAMBAR:

Ini pula video yang sempat dirakam di tempat kejadian:

Kereta Bertaburan diatas jalan, Treler Bawa Kereta Honda terbalik di Lebuhraya PLUS di km421 dekat bukit tagar.

Posted by Oomedianetworks on Tuesday, June 7, 2016

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment