UiTM Komited Mahu Wujudkan Kursi Raja-Raja Untuk Pertahan Kedaulatan Melayu
UiTM merasakan kesucian institusi Raja-Raja Melayu perlu dipertahankan.
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Akan Mewujudkan Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Bagi Mempertahankan Kedaulatan Dan Ketuanan Melayu Yang Telah Dipelihara Sejak Turun Temurun
Kursi Institusi Raja-Raja Melayu yang akan diwujudkan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan menjadi benteng bagi mempertahankan kedaulatan institusi itu.
bernama.comNaib Canselornya, Tan Sri Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata, menerusi kursi itu, para penyelidik dapat menjalankan kajian ilmiah bagi memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kedudukan institusi raja di negara ini.
utusan.com.myMenurut Naib Canselor UiTM, Tan Sri Prof Ir Dr Sahol Hamid, Objektif Kursi Berkenaan Ialah Untuk Memberi Kesedaran Betapa Pentingnya Peranan Raja-Raja Yang Menjadi Nadi Dan Roh Semangat Orang Melayu
Antara objektif utama penubuhan kursi itu ialah untuk memberi kesedaran dan kefahaman yang tepat kepada masyarakat, bertindak sebagai pusat rujukan Kesultanan Melayu, menjelaskan wasiat raja-raja Melayu yang menjadi nadi kepada roh semangat Melayu dalam jiwa masyarakat.
malaysiakini.comBeliau berkata kursi itu juga akan memainkan peranan untuk menjelaskan peranan raja-raja Melayu yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kepentingan dan kedudukan orang-orang Melayu tanpa mengabaikan kedudukan dan kepentingan kaum-kaum lain.
bernama.comEkoran Semakin Ramai Rakyat Yang Menganggap Institusi Raja Tidak Lagi Relevan, Kursi Itu Berperanan Untuk Memantapkan Lagi Institusi Raja-Raja Melayu Dalam Bentuk Intelektual Dan Ilmiah
"Kini terdapat rakyat yang menggunakan akal fikiran secara logik menganggap golongan raja tidak lagi relevan."
malaysiakini.com"Justeru, kajian serta penyelidikan yang khusus mengenai raja-raja Melayu perlu dijalankan secara intelektual dan ilmiah bagi mempertahankan institusi itu, sekaligus memantapkannya," kata Sahol Hamid.
bernama.comSelepas Ini, Semua Pelajar UiTM Perlu Mengambil Mata Pelajaran Wajib Mengenai Institusi Raja-Raja Melayu Serta Pelbagai Lagi Program Kenegaraan Dan Patriotisme Yang Dianjurkan Pihak Universiti
Dr Sahol Hamid berkata bagi melaksanakan tujuan penubuhan kursi itu, UiTM telah mengatur pelbagai program kenegaraan dan patriotisme.
utusan.com.myBeliau berkata antaranya ialah mewujudkan mata pelajaran wajib mengenai institusi raja-raja untuk semua pelajar UiTM, latihan kepada pensyarah dan kakitangan serta menjadikan UiTM sebagai tempat rujukan latihan kepada guru-guru.
malaysiakini.comUiTM Sangat Komited Dalam Mempertahan Dan Memperkasakan Bangsa Melayu. Selagi Kerajaan Malaysia Tidak Beralih Sebagai Republik, Institusi Berkenaan Akan Terus Wujud Di Negara Ini.
Peranan institusi kesultanan di negara ini sudah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, dan selagi kerajaan Malaysia tidak beralih sebagai republik, institusi berkenaan akan terus wujud di negara ini.
bernama.com"Kami di UiTM merasakan institusi itu perlu dipertahankan dan diperkasakan. Kursi ini sangat penting bukan sahaja untuk bangsa Melayu dan Malaysia bahkan untuk agama Islam," tambah Sahol.
utusan.com.my