seismik

KJ: “UMNO Telah Menerima Pukulan Maut Semasa PRU14, Tetapi Masih Tuli Dengan Suara Rakyat”

UMNO kini berada di persimpangan, sama ada mengambil haluan kanan atau tengah.

Cover image via MMail

Keretakan di dalam UMNO kelihatan semakin jelas apabila mantan Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin telah meluahkan rasa dukacitanya terhadap parti tersebut melalui beberapa tweet

Image via Straits Times

Khairy atau lebih mesra disapa KJ yang tewas dalam merebut jawatan Presiden UMNO baru-baru ini menegaskan bahawa parti itu masih gagal dalam mendengar suara rakyat walaupun jelas kelihatan berdasarkan keputusan PRU14 yang lalu.

"Sejak pemilihan UMNO berakhir, apakah yang dilakukan oleh parti saya? Bermain dengan sentimen perkauman, mengumpul sumbangan untuk bekas presiden kami dan lain-lain.

Image via Bernama

"Tidak salah bagi kita untuk bersatu padu demi Datuk Seri Najib Tun Razak, tetapi itu bukanlah satu-satunya perkara yang ditawarkan oleh 'UMNO baru'," kata KJ merujuk kepada kempen sumbangan yang dilancarkan oleh kumpulan yang dikenali sebagai Solidariti Bersama Datuk Najib pada 5 Julai lalu.

"Kami telah menerima pukulan maut semasa Pilihan Raya Umum ke-14, tetapi kami masih tuli dengan suara rakyat," tambahnya lagi.

KJ turut mengkritik pemimpin UMNO yang lain kerana mencetuskan sentimen perkauman di kalangan orang Melayu berikutan pelantikan orang bukan Islam dalam jawatan tertinggi dalam kerajaan

"Jika modal kita untuk Pilihan Raya Umum ke-15 adalah untuk memprovokasi orang Melayu dengan isu pelantikan bukan Melayu sebagai Peguam Negara, Ketua Hakim Negara dan sebagainya, maka lupakan sahaja impian menawan semula Putrajaya," katanya.

Beliau berkata kebimbangan ini adalah "perkara remeh" berbanding dengan isu sosio-ekonomi.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkata UMNO kini berada di persimpangan, sama ada mengambil haluan kanan atau tengah

"Memilih untuk ke haluan kanan mungkin menang sorak sementara, tetapi pasti lingkup 10-15 tahun lagi. Haluan tengah bukan mudah kerana ianya sukar difahami akar umbi. Tetapi itulah jalan yang ada untuk hidup," jelasnya.

Image via NewsWav

Beliau menambah bahawa beliau memilih untuk tidak meninggalkan parti itu kerana beliau masih menganggap UMNO sebagai 'khemah besar' untuk orang Melayu, di mana nilai terasnya adalah moderat, berhaluan tengah dan meraikan kepelbagaian.

Namun begitu, beliau tidak bersetuju dengan manifestasi yang masih wujud selepas pemilihan parti.

"Saya tidak terima tawaran jawatan selepas kalah dalam pemilihan sebab saya perlu ada kebebasan untuk bersuara dalam parti. Biarlah ada kepelbagaian suara dalam UMNO. Ada yang label saya ‘liberal’ dan lain-lain. Tak penting. Yang penting ada suara yang berbeza di dalam parti," kata KJ mengakhiri tweet-nya.

Boleh baca bebenang tweet tersebut di bawah:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel menarik di SAYS:

You may be interested in: