seismik

#UMNO2014: Langkah Peremajaan, Akta Hasutan Dan Segala Isu Penting

Pelbagai isu diutarakan oleh ahli-ahli UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO tahun ini. Ikuti segala perbincangan penting sepanjang program berlangsung hanya di SAYS.

Cover image via Berita Harian

Perhimpunan Agung UMNO 2014, #PAU2014 Diadakan Di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra Bermula Pada Selasa, 25 November Dan Tamat Pada Sabtu, 29 November

'Tagline' untuk Perhimpunan Agung UMNO 2014 ialah 'Bersatu, Bersetia, Berkhidmat'.

Image via Astro Awani

Pelbagai Perkara Dan Usul Yang Menarik Dibincangkan Pada Perhimpunan Agung Tahun Ini. Ikuti Semuanya Di Bawah:

Orang ramai memenuhi segenap ruang Dewan Merdeka.

Image via Astro Awani

Usul Pertama: Tujuh Langkah Peremajaan UMNO

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin Mencadangkan Tujuh Langkah Pembaharuan Yang Perlu Dilaksanakan Bagi Menzahirkan Hasrat Dan Harapan Orang Muda Terhadap UMNO

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Image via Watan Online

1. Langkah pertama: Melahirkan pemimpin muda yang berwibawa dan menjadi peneraju pemikiran di dalam masyarakat.

“Pemimpin muda yang ada idealisme, ada wibawa dan berani bersuara perlu diketengahkan untuk menjuarai isu-isu rakyat, menjadi jurucakap parti, bukan diketepikan oleh parti."

2. Langkah kedua: Melakukan pencarian bakat dengan menyediakan platform untuk orang muda daripada golongan profesional, intelektual, agamawan, dan aktivis sosial untuk bergerak aktif dalam parti.

“Platform ini perlu diwujudkan di peringkat pusat, negeri dan bahagian. Contohnya, mereka yang berbakat boleh dilantik ke unit-unit tertentu di dalam parti dan diberi peranan untuk menyumbang kepada parti."

3. Langkah ketiga: Mewujudkan modul pengkaderan dan pentarbiyahan yang tersusun untuk melahirkan lebih ramai pemimpin muda yang bijak, petah dan tangkas berhujah serta teguh daya rohaninya.

4. Langkah kempat: Menyemarakkan semangat kesukarelawanan melalui program-program bersama rakyat.

“Pecahkan tembok pemisah antara parti dan rakyat menerusi kerja-kerja sukarela. Dekati rakyat, dengar rintihan mereka, fahami masalah mereka. Tanya diri kita, berapa ramai daripada kita yang sentiasa mendekati rakyat dan disayangi oleh rakyat. Manfaatkan sepenuhnya teknologi maklumat, khususnya media sosial, untuk sentiasa mendekati dan memenangi hati golongan muda."

5. Langkah kelima: Mewujudkan institusi naziran untuk memantau setiap bahagian dan cawangan.

“Satu Jabatan Naziran perlu diwujudkan di dalam UMNO dipertanggungjawabkan untuk melaporkan kepada Jawatankuasa Pengurusan UMNO dan Majlis Tertinggi mengenai keberkesanan program-program yang dilaksanakan oleh parti."

6. Langkah keenam: Melakukan gerakan revolusi mental yang baharu dalam mencerna idea untuk menangani cabaran perubahan zaman dalam bidang ekonomi, politik, agama, hubungan kaum, teknologi dan lain-lain.

“Mungkin kita boleh namakan Revolusi Mental 2.0, sepertimana yang diungkapkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak dalam pendahuluan buku Revolusi Mental, antara sebab kemunduran bangsa Melayu ialah pemikiran terkebelakang yang disebabkan oleh kekurangan ilmu dan cara hidup yang lama."

7. Langkah ketujuh: Menggerakkan kesedaran nilai undi dalam kalangan masyarakat Melayu.

“Gerakan pendaftaran pengundi baharu mesti dibuat dengan lebih bersungguh-sungguh. Jangan buat sambil lewa. Jangan buat sekadar melepas batuk di tangga kata orang. Sasaran gerakan ini wajib dimulai dengan memastikan semua ahli UMNO yang layak mengundi didaftarkan sebagai pengundi."

umno-online.my

Tujuh langkah peremajaan UMNO.

Image via UMNO Online

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau agak bimbang apabila UMNO kini dilihat hanya bertahan di kampung-kampung, tetapi semakin hilang sokongan masyarakat Bandar yang lebih bersikap terbuka.

“Hari ini, parti kita sedang menyongsong perubahan, kita tidak boleh bergantung semata-mata kepada rekod sumbangan kita pada masa lalu. Izinkan saya berkongsi pandangan mereka (orang muda) dengan saudara dan saudari pada malam ini."

"Pertama, mereka kata UMNO sedang mengalami deficit kepercayaan; kedua, UMNO ini parti feudal. Ketiga, dalam UMNO ada budaya ‘play safe’ dan budaya pak turut; keempat, UMNO dikuasai oleh ‘warlord'; dan kelima, UMNO diancam budaya ugut dan budaya tabur, ini kata mereka."

umno-online.my

Ketiga-Tiga Naib Presiden Serta Ketua Pemuda UMNO Bersetuju Bahawa Generasi Muda Perlu Diberi Ruang Dan Peluang Dalam UMNO, Bagi Memastikan Parti Itu Terus Kekal Relevan Mendepani Zaman

Naib Presiden UMNO dari kiri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Image via SAYS.com

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein: "Saya lihat satu ucapan yang telus dan jujur yang realistik dan penuh dengan harapan bahawa melalui perhimpunan kita hari ini, kita boleh letakkan kembali landasan perjuangan UMNO itu sendiri."

"Penting untuk kita bangkit dengan semangat baru, saya sangat terharu melihat satu ucapan yang bukan sahaja nak menggembirakan ataupun memberi kita layanan yang istimewa tetapi satu semakan mengenai realiti kepada apa yang terpaksa UMNO lalui dan perlu berubah."

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal: "Peringatan yang baik, untuk anak-anak muda, pejuang-pejuang muda dalam UMNO yang, kalau kita gagal menggalakkan orang muda berkecimpung ke dalam parti ini ia akan memudaratkan perjuangan UMNO."

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi: "Ini adalah satu kritikan diri, muhasabah yang dilakukan dan beliau menggarap kaji selidik yang dibuat kita harus laksanakan, supaya UMNO terus relevan bukan sahaja untuk keperluan generasi X dan Y tetapi keperluan era sezaman."

Khairy Jamaluddin: “Defisit yang disebut itu ialah tanggapan kepada keseluruhan parti terutamanya tanggapan orang muda terhadap parti itu sendiri, bukan terhadap sayap sahaja maka kita perlu berubah dari segala tanggapan negatif yang ada."

malaysiakini.com

Kenyataan Muhyiddin Turut Mendapat Sokongan Gerakan Puteri UMNO. Mereka Menganggap Budaya Seperti Cantas-Mencantas, Sabo Dan Cas Keting Perlu Dihapuskan Bagi Menarik Minat Orang Muda Terhadap UMNO.

Usul Kedua: Akta Hasutan 1948

Khairy Jamaluddin Dan Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Meminta Kerajaan Untuk Mengekal Dan Menambahbaik Akta Hasutan 1948 Yang Dianggap Sebagai Perisai Kepada Rakyat

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Image via Berita Harian

Khairy Jamaluddin: “Jika ada yang melangkaui batas menghina bangsa atau Raja-Raja Melayu, Pemuda mendesak agar mereka cepat-cepat didakwa. Sementelah itu, jika ada yang menghina atau mencerca kaum lain, kita juga harus jadi barisan pertama yang mengasak agar mereka itu dikenakan tindakan."

“Walau apa pun akhirnya Akta Hasutan ini, walau apa pun nama baharu yang diberi, kita mahu kuasa yang ada dalam akta ini dikekalkan dan jadi perisai untuk semua. Kerana percayalah, tanpa perisai ini negara kita pasti hancur.”

sinarharian.com.my

Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat.

Image via The Malaysian Insider

Datuk Seri Shahrizat menegaskan kerajaan perlu mengekalkan Akta Hasutan 1948 dengan melakukan penambahbaikan yang bersesuaian serta mengambil kira keperluan menjaga hak-hak seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, menjamin keselamatan rakyat dan kepentingan negara.

Beliau mengesyorkan agar mana-mana peruntukan dalam Akta Hasutan 1948 yang tidak lagi relevan dipinda atau dimansuhkan segera dengan mengambilkira keterbukaan kepimpinan Barisan Nasional ketika ini. Beliau juga berkata peruntukan yang menghalang rakyat mengkritik kerajaan dan pentadbiran boleh dimansuhkan demi menyediakan ruang yang lebih luas kepada rakyat untuk bersuara.

sinarharian.com.my

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee Juga Berharap Agar Akta Hasutan 1948 Dikekalkan

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

Image via Berita Harian

Datuk Seri Syed Ali Alhabshee: “UMNO Bahagian Cheras sememangnya amat berharap akta Hasutan 1948 dikekalkan walaupun terdapat beberapa pindaan. Ahli-ahli UMNO di setiap peringkat mahu akta tersebut dikekalkan dan Najib mengambilkira pandangan tersebut."

“Akta tersebut amat penting sejajar dengan senario politik masa kini dan penularan pelbagai isu yang menggugat keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama. Saya yakin Akta Hasutan 1948 dengan beberapa pindaannya berupaya mengekang gejala tersebut daripada terus memesong akidah dan syariat umat Islam di negara ini."

freemalaysiatoday.com

Keputusannya? Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak Mengumumkan Akan Terus Mengekalkan Akta Hasutan 1948, Malah Turut Memasukkan Dua Peruntukan Khas Suapaya Ia Lebih Berkesan

Keputusan Ini Disambut Baik Oleh Ahli UMNO Serta Diperlihat Sebagai Satu Langkah Prihatin Perdana Menteri Dalam Mengutamakan Kepentingan, Keperluan Dan Kesesuaian Masyarakat Majmuk Di Malaysia

Akta Hasutan 1948 diputuskan akan kekal dan diperketat.

Image via Astro Awani

Perwakilan UMNO bahagian Kulai, Mohd Noor Nawi: “Keputusan untuk terus mengekalkan Akta Hasutan 1948 adalah sesuatu yang ditunggu dan langkah berkenaan cukup tepat sekali. Kita tidak mahu lagi soal sensitiviti menggugat keharmonian di negara ini."

“Selaku Presiden parti dan Perdana Menteri, apa yang dilakukan adalah amat baik dan kita berdiri teguh di belakang pucuk pimpinan dan akan terus menunjukkan solidariti dalam usaha membantu parti. Kita tidak apologetik.”

Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Datuk Harun: “Dan kita juga gembira kerana Presiden akan memasukkan juga klausa untuk menghukum mana-mana pihak yang cuba menghasut Sabah dan Sarawak keluar daripada Malaysia."

"Saya cukup gembira apabila Presiden juga setuju dengan saranan yang telah dibuat oleh Timbalan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu merasmikan Perhimpunan sayap parti berhubung soal peremajaan parti."

“Saya rasa tunggu masa sahaja dan saya yakin dalam masa terdekat Datuk Seri Najib akan kotakan janjinya dan kita berkeyakinan penuh ramai pimpinan muda yang mempunyai kriteria seperti yang diperkatakan. Cuma hari ini kita perlu ketengahkan barulah kita tahu sejauh mana Pemuda benar-benar boleh membawa daya kepimpinan yang dimahukan oleh pucuk pimpinan."

Ketua Wanita UMNO Sepanggar, YB Jainab Ahmad: “Kita gembira apabila Presiden menyatakan beliau adalah wakil kepada semua dan tindakan tegas terhadap mereka yang menghasut Sabah dan Sarawak keluar daripada Malaysia yang akan dimasukkan di dalam Akta Hasutan 1948 amatlah kita alu-alukan."

“Ini penting untuk memastikan ianya tidak dikelirukan oleh mana-mana pihak dan kita akan bersama dengan anak-anak muda untuk sama-sama memperjaungkan agama, bangsa dan negara."

umno-online.my

Lain-Lain Usul Yang Dibincangkan

Anggota Majlis Tertinggi, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek Berkata Tonggak Barisan Nasional Perlu Mengenal Pasti Siapakah 'Warlord' Yang Menyebabkan Masyarakat Menjauhkan Diri Daripada Parti

Anggota Majlis Tertinggi, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Image via Berita Harian

Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata parti tonggak Barisan Nasional (BN) ini mesti melihat dengan serius dan memperbetul persepsi umum bahawa ‘UMNO dikuasai oleh warlord’ bagi membolehkannya meraih kembali keyakinan rakyat untuk menyokong parti.

“‘Warlordism’ yang dimaksudkan ini adalah dia menyebabkan orang lari daripada UMNO. Ini yang perlu kita tentukan, siapa dia orang itu. Kita perlu buktikan 'warlord' bukan sebahagian daripada budaya UMNO. Kita menolak sikap sekalangan yang cuba untuk kekal berkuasa dengan menabur kemewahan kepada pengikut."

bharian.com.my

Pergerakan Puteri UMNO Bakal Menggunakan Pendekatan 'Semut Api' Dan Mencontohi Sifat Mulia Sembilan Srikandi Islam Bernama ‘Siti’ Dalam Usaha Memperkukuh Barisannya Pada Masa Depan

Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Image via Berita Harian

Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin: “Semut setia kepada ketua dan akan mempertahankan ‘rumah’ mereka daripada dicerobohi serta tidak akan tersesat kerana membina jaringan jalan sendiri selain bijak mengatur strategi. Inilah pasukan Puteri UMNO. Dalam diam, kita atur strategi. Kita tepis segala propaganda dan fitnah di laman sosial."

Sembilan Siti itu ialah isteri Rasulullah SAW iaitu Siti Khadijah yang setia dan Siti Aishah yang membantu berdakwah; Siti Fatimah (puteri Rasulullah SAW yang tinggi budi pekerti); Siti Hajar (isteri Nabi Ibrahim A.S yang patuh kepada suami) dan Siti Mariam (ibu Nabi Isa A.S yang pandai menjaga kehormatan diri.

Turut menjadi contoh Siti Asiah (isteri Firaun yang tidak gentar dengan ujian); Siti Aminah (ibu Rasulullah SAW yang mendidik baginda hingga menjadi insan mulia); Siti Zubaidah (isteri khalifah Harun Al-Rashid yang dermawan) dan Siti Muti’ah (isteri yang setia dan wanita pertama masuk ke syurga).

“Semangat dan aspirasi legasi sembilan Siti ini perlu diwarisi demi meneruskan perjuangan, mendukung serta mempertahankan parti. Mudah-mudahan kita mempunyai semangat dan aspirasi seperti mereka."

bernama.com

Selain Itu, Mereka Menyelar Tindakan Segelintir Pemimpin Politik Beragama Islam Yang Tidak Mahu Melindungi Kesucian Agama Islam Hanya Kerana Lebih Mengutamakan Agenda Politik Dan Peribadi

Image via The Rakyat Post

Datuk Mas Ermieyati Samsudin: “Liberalisasi agama yang menghalalkan budaya seperti lesbian, gay, biseksual dan transgender secara terang-terangan melanggar akidah umat Islam dan golongan pluralisme agama, yang berpendapat semua agama termasuk Islam adalah sama, semakin berkembang. Adakah kita hanya mampu melihat semua ini dan membiarkan fahaman berbahaya ini menghancurkan umat Islam?"

“Kami hargai ketegasan kerajaan yang memutuskan untuk mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan yang membenarkan lelaki Islam berpakaian seperti wanita. Ia dilakukan bagi menjaga kepentingan agama Islam, dan keputusan itu akan memberi kesan kepada peruntukan undang-undang sama di negeri-negeri lain."

bharian.com.my

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Mencadangkan Agar Kerajaan Mewujudkan Majlis Amanah Tanah Melayu Bagi Melindungi Tanah Rizab Melayu Selain Bertanggungjawab Membangunkannya

Image via Berita Harian

Khairy Jamaluddin berkata, Pemuda UMNO turut menggesa Enakmen Rizab Melayu Negeri-negeri dikuatkuasakan sepenuhnya dan menyemak semula senarai tanah rizab yang diwarta keluar dan memastikan tanah-tanah terlibat digantikan dengan segera.

“Baru-baru ini kita dikejutkan dengan siri laporan bahawa keluasan tanah rizab, jatuh mendadak dari 50 peratus kepada 12 peratus. Saya mengajak Pemuda ke hadapan, mencari penyelesaian memastikan hak yang termaktub dalam enakmen sejak 1914, juga wasiat Raja-Raja Melayu, tidak tergadai."

“Di manakah salahnya kita dalam soal ini? Kajian menunjukkan salah satu sebabnya adalah bila pihak berkuasa tidak menggantikan tanah rizab yang diwartakan keluar dengan merizabkan semula satu kawasan yang mempunyai keluasan sama dengan tanah asal."

malaysiagazette.com

Beliau Turut Menggesa Masyarakat Melayu Supaya Jangan Malu Jadi Orang Melayu Kalau Hendak Menyentuh Soal Kedudukan Kaum Itu Di Negara Ini

Image via Astro Awani

Khairy Jamaluddin: "Tak perlu segan bila bercakap tentang halatuju dan masa depan bangsa sendiri. Dan yang paling penting, tak perlu minta maaf dengan orang lain kerana ini tentang kita. Kalau bukan diri sendiri yang membela bangsa, nak harapkan siapa lagi?"

Menurut Khairy, perkembangan sejak kebelakangan ini mendorong orang Melayu untuk merenung semula identiti mereka. Proses merenung semula itu, katanya, adalah proses yang biasa dilakukan oleh bangsa yang bertanggungjawab, bermaruah dan progresif.

astroawani.com

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Bercadang Untuk Menayangkan Video Dan Foto Kekejaman (ISIS) Semasa Sesi Penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2014

Image via nydailynews.com

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan penayangan video dan gambar kekejaman ISIS itu bukanlah bertujuan menakut-nakutkan rakyat, sebaliknya mahu mereka sedar akan bahaya yang boleh dicetuskan kumpulan militan berkenaan. Ia bagi memberi peringatan bahawa ancaman kumpulan militant itu benar-benar wujud dan perlu dicegah.

“Kita nak tunjuk yang kalau tak bersatu-padu inilah jadinya. Ancaman ini adalah benar. Jika mereka boleh membunuh orang Islam, mereka juga boleh membunuh bukan Islam. Inilah yang kita mahu cegah daripada berlaku di Malaysia."

umno-online.my

JUGA DI SAYS: Tak Habis-Habis Isu Hutang 1MDB. Apa Yang Terjadi Sebenarnya?

You may be interested in: