Umur Tujuh Tahun Pun Dah Mula Hisap Dadah Di Malaysia?

Kanak-kanak zaman sekarang semakin berani memcuba sesuatu yang baru walaupun masih di usia muda.

Laporan Terbaru Daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Mendedahkan Bahawa Kanak-Kanak Berumur Tujuh Tahun Di Negara Ini Sudah Mula Terjebak Dengan Penagihan Dadah

Kadar umur bermulanya penagihan dadah di Malaysia kini berada pada usia seawal tujuh tahun, sebelum ini ia berada pada usia sembilan tahun dan sebelum daripada itu ialah 14 tahun dan ke atas.

mynewshub.cc

Kadar umur bermulanya penagihan dadah di Malaysia kini berada pada usia seawal tujuh tahun.

Image via zdorovobraz.ru

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tahap umur itu di mana seseorang berkemungkinan mula menagih dadah amat membimbangkan dan merbahaya.

mynewshub.cc

"Ada usaha-usaha dijalankan oleh pengedar dadah untuk mencari penagih baru dengan memberikan dadah percuma kepada pelajar dan murid-murid serendah usia tujuh tahun," kata Ahmad Zahid.

mynewshub.cc

Ekoran Daripada Itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kini Giat Bekerjasama Dalam Membanteras Dadah Dan Menghukum Mana-Mana Pengedar Yang Ditemui

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Image via twimg.com

Ahmad Zahid berkata ekoran itu, pihak Jabatan Siasatan Jenayah (Narkotik) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) kini sedang bekerjasama rapat untuk melakukan operasi membanteras dan mencegah.

mynewshub.cc

"Kita tidak akan berkompromi kepada pengedar dan hukuman seberat-beratnya akan dikenakan berdasarkan kesalahan yang dilakukan mengikut Akta Dadah Berbahaya," katanya.

mynewshub.cc

Menurut Ahmad Zahid, AADK Mempunyai Program Pemulihan Dadah Yang Unik Dan Tidak Sama Dengan Mana-Mana Negara Lain Di Dunia

Beliau berkata jika di negara lain biasanya proses pemulihan bermula apabila penagih itu ditangkap dan dipenjarakan tatapi di Malaysia AADK menganggap penagih dadah seperti seorang pesakit yang perlu menerima rawatan.

mynewshub.cc

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Image via thestar.com.my

"Di Malaysia, kita anggap penagih dadah merupakan pesakit-pesakit dan kita berikan rawatan secara percuma kerana kita tahu mereka tersalah langkah. Dengan cara ini, ramai penagih dadah yang datang dengan rela untuk mendapatkan rawatan."

mynewshub.cc

"Tetapi, jika didapati ada dikalangan mereka yang bukan hanya penagih tetapi juga adalah pengedar, maka PDRM dan AADK tidak berkompromi untuk mengambil tindakan terhadap mereka kerana pengedar dadah merosakkan masyarakat dan generasi akan datang," katanya lagi.

mynewshub.cc

Orang Ramai Disarankan Agar Dapat Menjauhkan Diri Daripada Najis Dadah Malah Jangan Sekali-Kali Cuba Untuk Menghampirinya

Mural "Jauhi dadah. Say no! to drugs."

Image via blogspot.com

Beliau turut menyarankan kepada orang ramai supaya tidak terlibat dengan penagihan najis dadah kerana tiada seorang pun dalam hidup ini yang boleh berjaya apabila sudah terperangkap dengan gejala tidak bermoral itu.

mynewshub.cc

"Jangan terjebak dengan dadah. Dadah bukan membantu kita tetapi merosakkan kita. Hendaklah kita semua jauhi daripada dadah malah jangan cuba menghampirinya sama sekali," tegasnya.

mynewshub.cc

Saksikan Video Ucapan Ahmad Zahid Mengenai Isu Dadah Negara DI SINI:

JUGA DI SAYS: Tahukah Anda Rakyat Malaysia Bazirkan Makanan Sehingga 8 Juta Kilogram Sehari?

Leave a comment