Universiti Albukhary Di Kedah Ditutup Kerana 90% Pelajar Tak Puas Hati. Benarkah?
Kenapa pelajar universiti milik Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary tidak berpuas hati dengan pihak pengurusan?
[TERKINI] Universiti Albukhary Tak Jadi Tutup
Universiti Antarabangsa Albukhary (AiU) di Alor Setar, Kedah yang pada mulanya dijadualkan Jun ini tidak akan berlaku selepas pihak pengurusan membuat keputusan untuk meneruskan operasinya, kata Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh.
agendadaily.comBeliau berkata perkara itu dimaklumkan pihak pengurusan institusi pengajian tinggi swasta itu kepada kementerian melalui sepucuk surat semalam.
harakahdaily.net"Universiti tersebut menghantar surat kepada Kementerian Pendidikan untuk menarik balik keputusan penutupan operasi mereka semalam dan ia akan terus beroperasi," katanya.
harakahdaily.netSebelum Ini, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir Berharap AiU Memikirkan Semula Hasrat Untuk Menghentikan Operasinya
Mukhriz berkata beliau sebenarnya masih menunggu pengesahan daripada pihak yang terlibat dengan pengurusan universiti itu berhubung hasrat mahu menamatkan operasinya tetapi masih berharap ia tidak berlaku.
agendadaily.com" Saya difahamkan ada prosedur-prosedur tertentu ditetapkan Kementerian Pendidikan berkaitan institusi pengajian tinggi swasta. Saya tak dimaklumkan adakah semua prosedur dilakukan oleh universiti sebelum boleh tutup tetapi saya masih harap mereka tarik balik (hasrat) untuk tutup. Yang kita utamakan kepentingan pelajar, tenaga pengajar dan tenaga kerja," katanya.
agendadaily.com12 April: Universiti Albukhary Akan Ditutup Hujung Minggu Ini Ekoran Rasa Tidak Puas Hati Pelajar Dan Isu Pihak Pengurusan
Universiti milik penuh hartawan Malaysia, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary di Kedah ditutup hujung minggu ini ekoran rasa tidak puas hati pelajarnya dan isu pihak pengurusan – dengan pelajarnya akan mula dipindahkan ke universiti lain minggu depan.
themalaysianinsider.comPegawai Universiti Antarabangsa Albukhary (AiU) di Alor Setar, Kedah berkata 600 pelajar sesi pertama akan mula dipindahkan ke universiti lain mulai Ahad, 13 April.
informasi.my“Di peringkat awal, kami dinasihatkan untuk penstrukturan semula namun kini dinasihatkan kementerian untuk tutup. Mungkin penutupan sementara atau selamanya. Jika kami diarahkan rombakan semula, itu yang akan kami lakukan. Tapi kami masih menunggu arahan selanjutnya daripada kementerian,” katanya.
malaysiaedition.netKhabar Angin Mengenai Penutupan Universiti Albukhary Telah Dilaporkan Sejak Bulan Februari Lagi
Februari lalu, dilaporkan kakitangan akademik dimaklumkan kampus akan ditutup dan mereka perlu mencari pekerjaan lain.
themalaysianinsider.comKakitangan dan pelajar di universiti itu menghadapi ketidaktentuan beberapa bulan lepas berikutan spekulasi operasinya akan dihentikan disebabkan masalah kewangan dan akan dijual.
malaysiaedition.netMalah, universiti itu juga menutup tawaran kepada pelajar baharu dengan laman webnya tertera “ditutup untuk penyelenggaraan.” Para pelajar juga dimaklumkan mereka akan dipindahkan ke universiti swasta dan awam.
malaysiaedition.netSpekulasi Ada Mengatakan Bahawa Universiti Albukhary Mempunyai Masalah Kewangan Dan Hampir Muflis. Benarkah?
Spekulasi berhubung universiti menghadapi masalah kewangan, dan hampir muflis, pegawai berkenaan bagaimanapun menafikan perkara itu.
informasi.my“Kami tidak mempunyai masalah kewangan,” katanya, dan menambah yayasan berkenaan kini membelanjakan lebih banyak dana bagi pembiayaan perpindahan dan yuran pengajian yang lebih tinggi di universiti dan kolej lain.
informasi.myDifahamkan, Para Pelajar Dipaksa Menandatangani Perjanjian Baru Dan Perlu Mendapat Gred Tinggi Bagi Mengekalkan Biasiswa
Ada klausa yang mengatakan pelajar perlu meningkatkan keputusan mereka setiap semester. Menjelang semester akhir, mereka perlu mendapat sekurang-kurangnya 2.5 gred purata keseluruhan.
malaysiaedition.netPerjanjian sebelum ini hanya mengatakan mereka perlu mendapat melebihi 2.0. Pihak universiti tidak mahu biasiswa disalahguna.
malaysiaedition.netSeorang Profesor Dari Institusi Tersebut Menyelar Pihak Pengurusan Universiti Yang Tidak Bertanggungjawab
Beliau berkata, Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta mengatakan pelajar seharusnya diberikan kalendar setahun untuk menyiapkan diri sekiranya mereka diminta berpindah disebabkan universiti ditutup.
themalaysianinsider.com"Di sini mereka diberi tempoh dua atau tiga bulan. Mereka risau. Mereka tidak tahu apa nak buat. Mereka juga diminta menandatangani perjanjian baru bagi biasiswa. Inikah institusi pendidikan amal jariah? Mereka datang daripada keluarga susah dan berharap beroleh ijazah," katanya.
themalaysianinsider.comMenurut Seorang Mahasiswa, Kira-Kira 90% Pelajar Universiti Itu Berasa Sangat Tertekan Kerana Perlu Menukar Universiti
"Kami tidak pasti universiti mana kami akan pergi, namun jika diberi pilihan saya enggan berpindah,” katanya.
informasi.my"Mereka juga kata perjanjian biasiswa kami terdahulu terbatal dan perlu menandatangani perjanjian baharu."
themalaysianinsider.com“Perjanjian baharu itu ditulis dengan bahasa yang sukar tanpa kepala surat atau logo, dan pelajar diberitahu yayasan boleh menukar perjanjian dan menuntut pembayaran. Kami hanya berada di bawah belas ihsan mereka,” katanya lagi.
malaysiaedition.netUntuk Makluman, Universiti Albukhary Dibina Pada Tahun 2010 Sebagai Waqaf Yang Dibiayai Yayasan Albukhary Milik Syed Mokhtar
Universiti antarabangsa itu mempunyai pelajar dari lebih 50 negara dengan 75% daripadanya adalah penuntut asing. Setiap pelajarnya menerima biasiswa daripada yayasan itu.
themalaysianinsider.comSetiap seorang pelajar Universiti Albukhary menerima RM66,000 daripada yayasan bagi tujuan pelajaran, elaun dan dana membeli keperluan seperti komputer dan buku.
informasi.myYayasan Albukhary Juga Membiayai Pembinaan Muzium Kesenian Islam Malaysia Bernilai Sehingga RM100 Juta
Muzium Kesenian Islam Malaysia (MKIM) telah dirasmikan pembukaannya pada 12hb Disember 1998 bersamaan 23 Sya'aban 1419.
blogspot.comIa merupakan satu hadiah kepada rakyat Malaysia dan Antarabangsa daripada Yayasan Albukhary, dengan kerjasama Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Muzium ni dikatakan bernilai antara RM70 juta hingga ke RM100 juta.
blogspot.com