seismik

'Upin & Ipin Ultraman Ribut' Bawa Animasi Negara Ke Tahap Yang Lebih Tinggi

Kerjasama diantara Les Copaque dan syarikat pemilik jenama Ultraman dari Jepun, Tsuburaya membawa siri Upin & Ipin ke satu tahap baru yang lebih tinggi.

Cover image via upindanipin.com.my

Syarikat Yang Membawakan Siri Animasi Upin & Ipin, Les Copaque Bekerjasama Dengan Syarikat Pemilik Jenama Ultraman Dari Jepun, Tsuburaya Dalam Usaha Menampilkan Watak Ultraman Ribut Dalam Siri Animasi Mereka

Image via nocookie.net

Pada bulan ini, Les Copaque telah menjalin kerjasama dengan Tsuburaya, pemilik jenama Ultraman, dan bakal menampilkan Ultraman dalam siri animasi.

amanz.my

Kerjasama antara Les Copaque dan Tsuburaya ini sememangnya satu lagi perkara yang membanggakan buat industri kreatif tempatan kerana siri lakonan Ultraman mempunyai ramai peminat dan dengan kerjasama sebegini membuktikan siri animasi tempatan berupaya menempa nama di peringkat dunia.

amanz.my

Difahamkan, Watak Ultraman Ribut Ini Tidak Pernah Wujud Dan Direka Khas Untuk Animasi Tiga Episod Ini

Sedutan yang memaparkan Ultraman Ribut.

Image via mohdzarin.com

Sedutan yang memaparkan Ultraman Ribut.

Image via mohdzarin.com

Sedutan yang memaparkan Ultraman Ribut.

Image via upindanipin.com.my

Animasi Terbaru Upin & Ipin Ini Telah Diberi Judul Upin & Ipin Ultraman Ribut Dan Akan Ditayangkan Pada 14, 15 Dan 16 November 2014 Jam 5.30 Petang Di TV9

Upin & Ipin Ultraman Ribut.

Image via SAYS.com

Dalam episod kali ini, siri animasi Upin dan Ipin menampilkan watak istimewa iaitu ultraman yang dikenali sebagai Ultraman Ribut. Upin, Ipin dan kawan-kawan berperanan sebagai ahli Defense Rescue Force yang membantu Ultraman Ribut menentang Raksasa Kilat dan Raksasa Halilintar daripada terus mengganas dan memusnahkan Bumi.

upindanipin.com.my

Kedatangan raksasa tersebut ke bumi disebabkan oleh pencemaran yang berlaku di kota dan di desa. Di akhir cerita ini, Upin, Ipin dan kawan-kawan serta Ultraman Ribut berjaya mengalahkan raksasa tersebut. Upin dan Ipin juga sedar yang mereka perlu sentiasa menjaga bumi supaya tidak dicemari.

upindanipin.com.my

Kami Pasti Anda Akan Berasa Teruja Selepas Menyaksikan Trailer Promo Animasi Ini Di Bawah:

Selain Siri Animasi, Kerjasama Ini Juga Akan Membawakan Persembahan Langsung Dari Ultraman Di Karnival Upin & Ipin Pada 21, 22, Dan 23 November Ini Di PICC Putrajaya

Image via amanz.my

Jadi Jangan Lupa Untuk Saksikan Tiga Episod Istimewa Upin & Ipin Ini Bermula Esok Dan Datanglah Ke Karnival Upin & Ipin Di Putrajaya Nanti Bersama Insan Tersayang

Bukan Sahaja Les Copaque, Selebriti Jelita, Nur Fazura Juga Turut Mengorak Satu Langkah Ke Hadapan Dalam Industri Hiburan Tanah Air

You may be interested in: