Veteran UMNO Desak Ibu Dyana Sofya Dibuang Daripada UMNO
Ibu Dyana Sofya, Yammy Samat adalah seorang ahli UMNO dan pernah menjadi Setiausaha UMNO Bahagian Ipoh dari 1976 hingga 1980.
Ibu Dyana Sofya, Yammy Samat Ialah Seorang Ahli UMNO Yang Dianggap Telah Menghina Parti Tersebut Kerana Menyokong Anaknya Dalam Kempen DAP Di Pilihan Raya Kecil Teluk Intan
NGO Veteran Umno mendesak parti itu melucutkan keanggotaan ibu kepada Dyana Sofya Mohd Daud, Yammy Samat kerana menyokong dan membantu anaknya yang bertanding sebagai calon DAP dalam pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan.
malaysiakini.comSetiausaha agung NGO tersebut Datuk Mustapha Yaakob berkata perbuatan itu jelas menyalahi perlembagaan parti dan juga menghina parti.
malaysiakini.com“Tiada Guna Simpan Ahli Sepertinya Kalau Beliau Sendiri Terang-Terangan Menjejaskan Kredibiliti Dan Menghina Parti," Kata Datuk Mustapha Yaakob
“Kalau beliau (Yammy) masih ahli Umno, maka tindakan untuk kempen calon bukan daripada parti BN adalah menyalahi tata etika parti, sama ada dia keluar parti atau pun Umno mesti pecat dia."
malaysianreview.com“Sebelum terlambat, Veteran Umno mendesak Setiausaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor segera memecat Yammy daripada Umno,” katanya lagi.
malaysianreview.comWalaupun Dicemuh Ahli UMNO, Sebagai Seorang Ibu, Yammy Samat, 51, Akan Tetap Berdiri Teguh Menyokong Anaknya, Dyana Sofya
“Saya terharu DAP memberi perhatian kepada kebolehan anak dan kalau parti saya sendiri, susah mahu memberikan peluang kepada calon berusia 27 tahun untuk bertanding dalam PRK."
sinarharian.com.my“Saya merestui pencalonan beliau, kerana apa yang diusahakan adalah demi kebaikan negara."
astroawani.com“Dengan meletakkan Dyana sebagai calon, pada saya adalah pilihan yang tepat di saat muncul pelbagai dakwaan terhadap DAP kononnya pro-Cina dan anti-Melayu, sedangkan ia tidak benar sama sekali," kata Yammy Samat.
ekeleh.comYammy Berkata Dia Tidak Akan Keluar UMNO Selain Dipecat. Beliau Juga Menyifatkan Tindakan DAP Meletakkan Dyana Sebagai Calon Merupakan Satu Risiko Besar.
Yammy yang pernah menjadi wanita pertama menjawat jawatan Setiausaha Umno Bahagian Ipoh dari 1976 hingga 1980 berkata, DAP sanggup mengambil risiko besar kerana meletakkan calon Melayu dan ada kemungkinan boleh kalah di kerusi Parlimen Teluk Intan dalam PRK kali ini.
sinarharian.com.my“Bukan nak ambil hati orang Melayu kerana DAP menentang hudud tetapi ini satu risiko besar yang terpaksa dihadapi mereka apabila memilihnya kerana dia orang Melayu."
ekeleh.com"Tetapi sebagai ibu, saya tetap akan sokong anak saya. Saya akan ikut dia berkempen juga kerana dia anak saya, bukan parti (DAP). Saya adalah ahli UMNO dan saya tidak akan keluar UMNO selain jika dipecat parti,'' kata ahli UMNO Bahagian Ipoh Barat itu.
astroawani.comDalam Pada Itu, UMNO Tidak Bercadang Untuk Mengambil Tindakan Terhadap Yammy Samat Dengan Menganggap Itu Adalah Hak Peribadi Seorang Ibu
Barisan Nasional, BN, tidak bercadang untuk mengambil sebarang tindakan kepada ahlinya, Yammy Samat.
astroawani.comTimbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu bahawa parti itu tidak berminat untuk mengambil tindakan terhadap Yammy kerana itu adalah haknya sebagai seorang ibu.
astroawani.com“Itu adalah hak individu dan ianya tidak menjejaskan ibu bapa mana-mana calon yang bertanding disini,” katanya.
astroawani.com