[VIDEO] Anak Terkena Mercun, Individu Salahkan Kerajaan Ini Pula Cetus Perdebatan Ramai
Mercun bukan mainan untuk anak-anak.
Tibanya musim perayaan, sudah tentu ramai yang suka bermain mercun dan melihat bunga api bukan?
Namun, banyak pantang larang jika bermain dengan mercun. Budak kecil seharusnya tidak bermain dengan mercun kerana takut sebarang kecuaian berlaku dan ia amat membahayakan.
Baru-baru ini, kerajaan akan meluluskan penjualan mercun tetapi ia tertakluk kepada permohonan lesen import, duti mengikut peraturan dan garis panduan.
Walau bagaimanapun, salah seorang individu menyalahkan tindakan kerajaan setelah anaknya cedera bermain mercun telah mencuri tumpuan di Twitter.
Lihat posting penuh itu di bawah:
Bagi anak main mercun, bila cedera salahkan kerajaan
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak perempuan sedang memegang mercun sambil mercun itu dihalakan ke arah luar rumah.
Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila pada akhir video mercun tersebut dilihat meletup sehingga mencederakan tangan budak itu. Perkara itu sangat membahayakan dan akhirnya budak tersebut dibawa untuk rawatan lanjut.
"Bile ada menteri Kerajaan PH sebelom ini dan kini menteri Kerajaan Perpaduan @NgaKorMing nak cadangkan mercun ni di halalkan demi kantung kerajaan kononnya. Inilah akibatnye benda yang haram nak dihalalkan. Dah habis kaji ke belum?? Aku yakin #Bomba dan #PDRM tak sokong cadangan ini", tulisnya.
"Kesian the little girl. Disebabkan kebodohan parents, anak tercedera." - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2.5M views, 2K retweets, 2K quote tweets dan 2K likes di Twitter, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!