seismik

[VIDEO] Beliau Mendakwa Dirinya Sebagai Sultan Melaka. Anda Boleh Percaya?

Rakyat Malaysia terutamanya penduduk negeri Melaka membawa seribu satu pertanyaan mengenai status Raja Noor Jan Shah Raja Tuah, seorang individu yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Melaka.

Cover image via

Raja Noor Jan Shah, "Sunyilah Lokap Ini"

Image via imgur.com

Demikian tweet terbaru dari Raja Noor Jan Shah yang mengakui bahawa dirinya keturunan Sultan Melaka.

blogspot.com

Yang menariknya, tweetnya itu telah mendapat 357 retweets dan 88 favorites. Agak popular Sultan wannabe ini.

blogspot.com

'Sultan Melaka' Raja Noor Jan Shah Kini Ditahan Polis

Raja Noor Jan Shah ditahan pada 10.50 pagi ini ketika dalam perjalanan ke Pulau Besar di sini dipercayai bagi menghadiri majlis kesyukuran kewujudan kembali "Kesultanan Melayu Melaka".

sinarharian.com.my

Penahanan dibuat berdasarkan laporan polis dibuat ramai penduduk, tak kurang 10 laporan dibuat antaranya oleh pertubuhan dan NGO yang menyatakan keresahan mereka setelah melihat majlis penganugerahan berkenaan serta jemputan dan pelawaan menghadiri majlis itu.

sinarharian.com.my

Baru-Baru Ini, Seorang Individu Bergelar Raja Noor Jan Shah Raja Tuah Telah Mendakwa Dirinya Sebagai Sultan Melaka. Lihat Video Youtube Ini:

Unsupported video platform

Menurut Raja Noor Jan Shah Raja Tuah, 'Tuanku' Mempunyai Bukti Untuk Membuktikan Tuntutannya

Image via photobucket.com

Raja Noor Jan Shah Raja Tuah telah membuat dakwaan bahawa beliau Sultan Melaka yang sah.

mysumber.com

Kemudiannya, Raja Noor Jan Shah juga mendakwa beliau merupakan pewaris kesultanan Melaka dan Perak berdasarkan urutan fakta sejarah salasilah keturunan beliau.

mysumber.com

Raja Noor Jan Shah Raja Tuah Menyatakan Bahawa Beliau Datang Daripada Keturunan Raja Alang Abdul Rahman

Image via mysumber.com

Raja Noor Jan Shah Raja Tuah mempertahankan kedudukannya sebagai pewaris kesultanan Melaka dan Perak yang datang daripada keturunan Raja Alang Abdul Rahman sekaligus menolak kenyataan Persatuan Waris Kerabat Negeri Perak (PWKNP) semalam bahawa Sultan Abdullah Muhammad I tidak mempunyai anak bernama Raja Alang Abdul Rahman.

malaysiakini.com

Beliau berkata dalam muka surat 55 buku 'Tempat-Tempat Bersejarah Perak' itu ada dicatatkan bahawa Sultan Abdullah Muhammad I beristerikan Raja Sharifah Ngah Aminah binti Raja Alang Rawin dan mempunyai anakanda Raja Loh Yusof (Sultan Yusof Shariffuddin Muzzafar Shah), Raja Sulaiman (mangkat di Ligor), Raja Pandak Abdul Rahman dan Raja Pandak Budak Rasul.

malaysiakini.com

Raja Noor Jan Shah berkata, tujuan beliau menyatakan perkara itu bukanlah untuk menegakkan benang basah tetapi semata-mata untuk menyatakan fakta seperti yang tercatat dalam salasilah Kesultanan Perak.

blogspot.com

Beliau Juga Mendakwa Bahawa Beliau Diiktiraf Oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) Pada 25 November 2013

Image via akamaihd.net
Image via akamaihd.net

Difahamkan isu tuntutan takhta Sultan ini sudah lama, iaitu bermula pada 13 November 2005 apabila Raja Noor Jan Shah sebelum itu mengaku dirinya sebagai waris Sultan Perak ke-22, Sultan Abdullah Muhammad I.

mysumber.com

Beliau juga menegaskan apa yang dilakukan ini adalah hanya mahu menuntut hak sebagai “Sultan Melaka” dan mahu diiktiraf oleh rakyat, Majlis Raja-Raja Melayu dan pihak kerajaan Malaysia secara rasmi tanpa mengharapkan sebarang balasan.

mysumber.com

Tetapi Mengikut Undang-Undang, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) Tidak Mempunyai Hak Untuk Pengiktirafan Raja Noor Jan Shah Raja Tuah Sebagai Sultan Melaka

Image via utusan.com.my

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata, isu tuntutan takhta Sultan Melaka berada di bawah tata cara Perlembagaan dan undang-undang negara ini, bukan melibatkan soal perebutan antarabangsa.

utusan.com.my

Menurutnya, tidak berlaku isu perebutan dalam masalah ini, cuma Melaka telah mengguna pakai Perlembagaan negara yang menyatakan negeri ini adalah Negeri Selat.

utusan.com.my

Bagaimanapun, Dakwaan Beliau Disangkal Oleh Pelbagai Pihak Termasuk Rakyat Malaysia

Image via imgur.com
Image via imgur.com
Image via imgur.com
Image via imgur.com

Akan Tetapi, Raja Noor Jan Shah Tetap Mempertahankan Kedudukannya Sebagai Sultan Melaka

Image via imgur.com
Image via imgur.com

Pakar Sejarah Mendakwa Raja Noor Jan Shah Syok Sendiri

Image via blogspot.com

“Mustahil untuk Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memberi pengiktirafan kepada Noor Jan Shah sebagai Sultan Melaka sedangkan kerajaan Malaysia sendiri tidak mengiktiraf beliau,” kata pakar sejarah Prof Datuk Dr Ramlah Adam.

hmetro.com.my

“Dari segi kisah sejarah lampau, memang tiada bukti akan wujud Sultan Melaka baru dan pengakuan dia mungkin kerana syok sendiri atau ada sesuatu niat yang kita sendiri tak tahu,” katanya.

hmetro.com.my

Apakah Pendapat Anda? Anda Percaya?

Image via error1355.com

You may be interested in: