seismik

[VIDEO] Ibu Terkejut Tengok Lepas Anak Selamba Sapu 'Balm' Ingatkan Pomade Rambut

First time tengok orang sapu balm dekat rambut.

Cover image via @ibuza93 (TikTok)

Anak-anak adalah perkara yang paling berharga dalam sesebuah rumah tangga

Dengan kehadiran mereka ini dapat menyerikan lagi suasana dalam sesebuah keluarga serta pengikat kasih sayang antara suami dan isteri.

Sudah tentu pelbagai cabaran yang ibu bapa perlu hadapi dalam mendidik anak-anak ini kerana ia bukanlah suatu perkara yang mudah. Ditambah lagi dengan teknologi yang semakin maju sekarang.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang ibu terkejut selepas anak lelakinya dengan menyapu balm di rambut kerana disangka pomade.

Lihat video penuh itu di bawah:

@ibuza93

ibu x tau nak marah ke nak pukul... x pedih ke Amin?? ##lawak ##anak ##fyp ##fypviral ##tiktok ##memories

original sound - [email protected]

Sapu balm satu botol dekat rambut, ibu pening kepala lihat gelagat anak

Menerusi video tersebut, kelihatan wanita berkenaan tidak dapat menahan ketawanya selepas melihat si anak dengan kusyuk menyapu balm itu di rambutnya.

Apa yang lebih melucukan, anak lelakinya itu menyangka balm yang disapu adalah pomade untuk rambut. Malah, dia juga telah menggunakan hampir satu botol balm tersebut.

Difahamkan kejadian itu berlaku semasa si ibu sedang menidurkan anak kecilnya di dalam bilik. Dia kemudian keluar dan terkejut apabila melihat gelagat anaknya itu dan tidak tahu mahu marah atau tidak. Tetapi dia tetap risau kerana balm itu akan memedihkan mata dan berangin nanti.

"Adik stress tu yang sapu tak cukup satu bekas baru hilang sakit kepala" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen juga terkejut dan terhibur melihat reaksi kanak-kanak tersebut yang disangka pomade.

Malah, ada juga yang bimbang dengan keadaan kanak-kanak itu memandangkan balm jika disapu sikit pun sudah berangin.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 3,339 likes, 228 comments dan 183 shares di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok: 

Selamba je dia sapu balm tu macam takda benda ya :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: