[VIDEO] "ISIS Malaysia" Pegang Gambar Nora Danish Nak Bom Mahkamah?
Apa sebenarnya yang dimahukan empat orang anak muda ini?
[TERKINI] Pemilik Akaun YouTube 'Isis Malaysia 69' Dipantau SKMM
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang bekerjasama dengan pihak polis untuk mengesan pemilik akaun YouTube ‘Isis Malaysia 69′, kata Pengerusinya Datuk Seri Dr Halim Shafie.
“Apa bantuan yang diperlukan kami akan berikan. Kerjasama sudah bermula dan kami sudahpun berhubung dengan PDRM,” kata Halim.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan iaitu cubaan melakukan sesuatu aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen.
17 Feb: Nora Danish Akan Buat Laporan Polis Susulan Video Bom Mahkamah
Nora Danish tidak mahu mengulas lanjut susulan gambarnya kelihatan pada video YouTube memaparkan empat lelaki berbaju hitam dan menutup muka menggelarkan diri mereka sebagai Anak Muda Malaysia mahu mengadakan bantahan terhadap sistem keadilan negara.
"Berita ini saya dengar melalui rakan tengah hari tadi (semalam). Saya sendiri sudah menonton video berkenaan. Jelas mereka tidak menyebut nama saya. Malah perkara yang dibualkan juga tiada kena mengena dengan saya."
"Cuma kelihatan di dalam video itu gambar saya dipegang oleh mereka. Saya tak mahu komen lebih-lebih. Cuma yang saya boleh katakan saya akan buat laporan polis sekejap lagi," katanya.
Sementara Itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar Berkata Polis Akan Menyiasat Kumpulan Yang Terlibat Dengan Video Itu
"Sesiapa yang cuba menggugat keamanan dan ketenteraman akan menerima padahnya," kata Khalid.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur SAC Zainuddin Ahmad berkata pemilik akaun itu dipercayai telah memuat naik video berkenaan pada hari Ahad di media sosial dengan tujuan menghasut orang ramai untuk turut serta dalam perjuangan mereka dengan dakwaan-dakwaan yang dilontarkan.
"Sehingga kini, tiada tangkapan dibuat. Kes disiasat mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan iaitu cubaan melakukan sesuatu aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen," katanya.
Sebuah Kumpulan Yang Menggelarkan Diri Sebagai Anak Muda Malaysia Melancarkan Satu Ugutan Untuk Mengadakan Bantahan Terhadap Sistem Keadilan Dengan Menyerang Mahkamah Pada Rabu, 18 Februari 2015 Jam 11.30 Malam
Kumpulan Itu Yang Menggunakan ID Isis Malaysia 69 Membuat Ancaman Melalui Sebuah Video Yang Dimuat Naik Melalui YouTube Pada 15 Februari
Ikuti Dialog Penuh Yang Dipetik Daripada Video Berdurasi 1:01 Minit Tersebut Di Bawah:
Kepada mana-mana parti yang telah terlalu lama memerintah, kami, Anak Muda Malaysia tahun 2015 dengan ini mengumumkan hasil manipulasi tipu helah selama ini menggunakan demokrasi, hari ini, kami mengisytiharkan kami tidak lagi percaya kepada sistem demokrasi. Andalah yang membentuk kami, kami terbentuk hasil dari tangan-tangan anda.
Untuk permulaan, sesuai dengan kemampuan permulaan kami terhadap ketidakpercayaan kepada demokrasi ini, kami akan melakukan satu aksi bantahan terhadap sistem keadilan mahkamah pada 18 Februari 2015 jam 11.30 malam. Kami akan membakar mercun di mahkamah simbolik kepada kehancuran sebahagian alat dalam sistem demokrasi.
Kami baru bermula dan akan pergi lebih jauh. Semakin rosak demokrasi yang anda musnahkan, semakin berkembang dan jauh cara kami menentang.
F..^..^..K..
F^^K demokrasi!
"F**K Demokrasi!" Begitulah Antara Secebis Laungan Anak Muda Malaysia Ini Pada Akhir Babak Video
Pada Ruangan Komen Video Berkenaan, Antara Persoalan Yang Timbul Ialah, "Kenapa Nora Danish Yang Jadi Mangsa?"
Tidak Kurang Juga Yang Menyamakan Video Ini Dengan Pengumuman Hari Raya Aidilfitri. Sama Atau Tidak?
Orang Ramai Juga Turut Mengecam Tindakan Empat Orang Anak Muda Ini Dengan Menganggap Perbuatan Bodoh Seperti Ini Hanya Membuang Masa
Apa Motif Mereka? Seorang Netizen Berkata Video Itu Hanya Bersifat Sarkastik Yang Sebenarnya Ditujukan Untuk Perayaan Tahun Baru Cina. Betul Ke?
Apa-Apa Pun, Sama-sama Kita Tunggu 18 Februari 2015 Ini Jam 11.30 Malam. Diharap, Tidak Akan Ada Sesuatu Yang Serius Berlaku Pada Malam Itu.
Untuk Makluman, Kami Telah Pun Memaklumkan Perkara Ini Kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar Dan Juga Kepada Polis Diraja Malaysia Melalui Twitter