seismik

[VIDEO] Lebih 65K Komen, Al Jazeera 'Dikecam Teruk' Netizen Kerana Burukkan Nama Malaysia

KKM menafikan laporan Al Jazeera berhubung dakwaan wujud isu perkauman terhadap warga asing ketika negara mengendalikan pandemik Covid-19.

Cover image via

Semalam (5 Julai 2020), tular di media sosial dengan sebuah laporan dokumentari berkaitan penularan wabak Covid-19 yang bersifat 'berat sebelah' & memburuk-burukkan Malaysia di mata dunia

Tindakan yang kurang profesional media daripada Al Jazeera itu telah memberikan cerminan buruk terhadap pengamal media seluruh dunia bahawa mereka tidak telus dalam setiap laporan siarannya kepada penonton.

Video yang berdurasi lebih 25 minit itu bertajuk Locked in Malaysia's Lockdown ternyata mengguriskan maruah negara ini apabila laporan cerita yang memberitahu kononnya Malaysia mengamalkan perintah berkurung secara kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Hakikatnya kerajaan hari ini telah sedaya upaya mengawalnya secara tertib dan teratur sehingga tercatat antara negara yang paling berdisplin di dunia dalam pengawalan Covid-19.

Menerusi video berkenaan, beberapa warga asing yang ditemubual turut menyatakan perasaan tertekan terhadap langkah yang diambil oleh pihak berkuasa

Malah, mereka turut menyatakan dilayan dengan zalim dan kejam serta meragui layanan Jabatan Imigresen terhadap tahanan warga asing di dalam depoh tahanan.

Bahkan disebut Covid-19 merebak dengan pantas di dalam depoh tahanan imigresen walhal mereka ini sudah dijangkiti sebelum tiba ke tempat berkenaan.

Tonton video penuh laporan dokumentari tersebut di bawah:

Selain itu, seorang petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tampil menyuarakan pandangan mengenai laporan dokumentari tersebut di media sosialnya

Berikut ialah perkongsian lelaki yang dikenali sebagai Iskandar Zulqarnain di laman Facebook:

Sebagai salah seorang petugas yang terlibat secara langsung dalam beberapa operasi saringan Covid-19 di beberapa kawasan PKPD utama di Kuala Lumpur, dari Masjid India, Chow Kit, Batu Muda, Pasar Borong Kuala Lumpur dan Pasar Pudu, apa yang teman dapat komen ialah apa yang digambarkan melalui dokumentari ini sangat tidak tepat dan sengaja diadakan untuk memburukkan imej Malaysia di mata dunia.

Di kawasan PKPD ini baik warganegara atau bukan, pendatang asing yang masuk secara sah atau yang melalui cara salah, semuanya dilayan sama sahaja oleh pihak berkuasa baik kesihatan, polis, askar dan lain-lain. Warga asing ini (baik yang berdaftar atau tidak) disaring sama macam warganegara.

Saringan Covid-19 ini pula bukannya murah dan kerajaan dah habiskan berpuluh juta ringgit wang dari perbendaharaan negara kepada mereka ini atas tuntutan kemanusiaan. Dan bukannya sekali tetapi dua kali pula tu swab test ini dilakukan.

Mereka yang berada dalam kawasan PKPD diarahkan untuk berada di rumah dan tidak boleh keluar, tetapi kerajaan kita sediakan bantuan barang dapur seperti beras, gula, susu, minyak, telur dan sebagainya kepada mereka yang diedarkan melalui JKM.

Lampin bayi pun kerajaan kita sediakan kepada mereka yang terjejas. Layanan ini turut sama diberi kepada pendatang asing tanpa izin. Adakah kerajaan negara asing layan pendatang asing di negara mereka sepertimana yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia ini? Teman tak rasa mereka sebaik kita.

Gambar sekadar hiasan.

Image via The Star

Menurut Iskandar lagi, pendatang asing tanpa izin yang masuk ke Malaysia juga berisiko membawa penyakit berjangkit lain dari negara luar

Lagipun operasi yang dijalankan ke atas pendatang asing tanpa izin oleh pihak imigresen dan polis memang sepatutnya dilakukan dari dahulu lagi. 

Mereka ini masuk ke negara kita tanpa dokumen, bukan sahaja berisiko membawa penyakit berjangkit lain dari negara luar bahkan kawasan yang mempunyai kepadatan tinggi warga asing turut merekodkan kadar jenayah yang tinggi. Ini semua risiko kepada rakyat Malaysia.

Gambar sekadar hiasan

Image via Sabah Kini2

Tapi pelik juga dengan sikap sesetengah kumpulan hak asasi dan pemimpin-pemimpin politik tertentu yang menyelar tindakan pihak berkuasa kita. Kalau mereka inginkan sangat warga asing tanpa izin ini kenapa tidak mereka sendiri bawa dan jaga di rumah?. Kita sepatutnya sokong dan beri semangat kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas, jangan bersikap sebaliknya.

Kawat besi yang mengepung kawasan PKPD itu nampak agak keras dan itulah yang digambarkan oleh Al-Jazeera sebagai 'oppressive', tetapi kawat itulah yang mengekang dan melindungi rakyat kita dari dijangkiti wabak ini. Disebalik kawat berduri itu punya banyak bantuan disalurkan tanpa sebarang laporan berita pun.

Setiap petugas yang ada disitu meskipun bermandi peluh sampai ada yang pengsan dalam menahan panas dan sedang berpuasa, tetap menjalankan tugas dengan penuh komited serta profesional pada siapa jua yang hadir untuk menjalankan saringan tanpa mengira latar belakang mereka.

Al-Jazeera mengakui bahawa langkah kerajaan Malaysia menangani Covid-19 terbukti berjaya tapi media tersebut masih berusaha untuk memburukkan negara kita.

Lebih malang lagi bila ada individu atau kumpulan yang kononnya memperjuangkan hak asasi dari Malaysia sendiri yang turut sama mengecam negara ini dalam temubual mereka bersama agensi berita luar negara.

Usaha kita ditidakkan bahkan didakwa pula dengan tuduhan yang tidak munasabah. Harap kerajaan kita saman Al-Jazeera bersama pengkhianat yang turut bersama mereka.

Dalam pada itu, ketika artikel ini ditulis lebih 65 ribu komen netizen di laman Facebook Al Jazeera bertindak mengecam & 'menyerang' kerana tidak bersetuju dengan laporan dokumentari berkenaan serta berniat tidak baik

Berikut ialah antara komen ditinggalkan oleh netizen terhadap video yang disiarkan oleh Al Jazeera itu:

Image via GIPHY
Image via GIPHY
Image via GIPHY
Image via GIPHY

Diskriminasi terhadap PATI ini tidak berasas kerana Malaysia memperkenalkan PKP untuk menyelamatkan orang ramai daripada Covid-19 tanpa mengira warganegara atau bukan warganegara. Semoga kerajaan kita mengambil tindakan terhadap laporan yang tidak betul ini!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi berita menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: