seismik

[VIDEO] "Saya Sanggup Hilang Gaji Puluhan Ribu Asalkan Keluarga Selamat" - Faisal Halim

Beliau berkata dalam satu sidang media di Pusat Latihan Selangor FC hari ini.

Cover image via SEISMIK/ Akmal Redzwan & Harian Metro

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pemain Selangor FC, Faisal Halim mengakui rindu untuk kembali bermain bola sepak selepas hampir sebulan berehat berikutan insiden simbahan asid di sebuah pusat membeli belah di Petaling Jaya, awal bulan lalu

Faisal yang berusia 26 tahun, kini terpaksa memendam hasrat tersebut kerana perlu memberi fokus kepada proses rawatan dalam tempoh terdekat ini.

Faisal yang juga pemain sayap Harimau Malaya mengakui ketika ini terlalu rindukan bola sepak negara terutama melihat rakan sepasukan beraksi bersama pasukan kebangsaan dan Selangor FC.

"Sudah tentulah, saya amat rindukan bola sepak. Bukan mudah saya terlantar di rumah dan menonton pasukan Selangor FC dan pasukan kebangsaan di kaca television.

"Kaki menggigil, tetapi saya perlu teruskan pemulihan sebelum kembali turun ke padang," katanya dalam sidang media di Pusat Latihan Selangor FC hari ini.

Sanggup hilang gaji dan berhenti bermain bola sepak asalkan keluarga selamat

Tambah Faisal, dia juga memberitahu sanggup hilang gaji puluhan ribu dan berhenti untuk bermain bola sepak demi keselamatan dia dan keluarganya.

"Saya cakap kepada isteri saya, kepada keluarga saya, saya tak kisah saya sanggup hilang gaji saya berpuluh ribu. Saya nak balik ke kampung duduk tenang. Saya boleh bekerja walaupun sehari RM50 janji keluarga saya selamat.

Untuk maklumat, Faisal menjadi mangsa simbahan asid oleh individu tidak dikenali pada 5 Mei lepas sehingga disahkan melecur tahap empat.

Kecederaan pemain itu pada awalnya agak kritikal tetapi kian stabil selepas melakukan empat pembedahan susulan di hospital swasta di Shah Alam.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: