Anak-Anak Anda Pernah Tonton Video Ini Di YouTube? Ibu Bapa Perlu Berhati-Hati
Awasi lah anak-anak anda.
Cover image via YouTubeBaru-baru ini, seorang pengguna Facebook, Izwan Azman melaporkan beliau perasan terdapat beberapa video pelik di laman YouTube yang sering menjadi tontonan anak-anaknya
Pada awalnya, video tersebut kelihatan biasa sahaja dan tiada apa yang mencurigakan. Namun, setelah menonton sendiri video tersebut, beliau mendapati video itu agak 'mengganggu' dan tidak wajar ditonton oleh kanak-kanak.
Video tersebut adalah video-video keluaran *channel* [Superhero vs Superhero](https://www.youtube.com/channel/UCemI-8o-LrO8RSe4vBRX2Cw), [Real Life SuperHero](https://www.youtube.com/channel/UChHf1jUL8PjXc4NbIIN1wwA) dan banyak lagi.
Image via Izwan Azman/Facebook
Nampaknya, bukan beliau seorang saja yang menyedari hal ini. Menyusuri ruangan komen, kami mendapati pelbagai pandangan diberikan oleh netizen yang kebanyakannya daripada golongan ibu bapa. Ini antaranya:
1. Scene ala-ala cerita lucah
Image via Izwan Azman/Facebook
2. Spiderman mengandung selepas tidur dengan Elsa
Image via Izwan Azman/Facebook
3. "Masha Allah Spiderman yang tak senonoh"
Image via Izwan Azman/Facebook
4. Ada juga yang beritahu, anaknya sudah lama menonton dan mengikuti video tersebut, tetapi tidak pernah perasan
Image via Izwan Azman/Facebook
5. Bagaimana mahu block?
Image via Izwan Azman/Facebook
6. 'Frozen lesbian?'
Image via Izwan Azman/Facebook
7. Disebabkan video ini, ada yang telah 'mengharamkan' anaknya bermain iPad
Image via Izwan Azman/Facebook
8. Buatkan apps lock pada YouTube
Image via Izwan Azman/Facebook
Setelah kami amati video-video tersebut, memang benar seperti yang dikata, content video tersebut agak mengganggu dan boleh dianggap soft porn.
Lihat contoh klip di bawah:
1. Makanan dijadikan najis
2. Inappropriate scene
3. Scene 'beranak' yang sangat mengganggu
Video penuh:
Kami akui video sebegini sememangnya tidak sesuai menjadi tontonan kanak-kanak. Jadi, langkah yang anda boleh lakukan adalah dengan block channel tersebut di laman YouTube. Bagaimana caranya? Ikuti langkah ini:
**Langkah 1:** Pergi ke laman YouTube dan cari *channel* yang dikehendaki.
**Langkah 2:** Klik *channel* tersebut.
**Langkah 3:** Pada *channel* tersebut, klik *About*.
**Langkah 4:** Kemudian klik pada simbol *flag* dan klik *Block user*
**Tonton video bawah agar lebih jelas:**
Diharapkan, selepas ini ibu bapa lebih mengawasi aktiviti anak-anak anda di laman sosial. Tidak kiralah YouTube, Facebook atau apa saja sekalipun.
Pepatah ada mengatakan "Jangan sudah terhantuk baru nak terngadah."

