seismik

[VIDEO VIRAL] Orang Ramai Bertubi-Tubi Belasah Lelaki Ini Di Jalan Kuching. Apa Sebabnya?

Kalau tiada sebab, tidak mungkin lelaki ini dibelasah orang ramai.

Cover image via SAYS.com

Video dimulakan dengan sekumpulan lelaki Melayu mengheret dan memukul lelaki 'pak hitam' di tepi Jalan Kuching

Image via SAYS.com

Kemudian, lelaki terbabit dipaksa untuk masuk ke dalam kereta MyVi berwana putih yang sedang berhenti sebelum dipukul sekali lagi

Image via SAYS.com

Pergelutan demi pergelutan berlaku menyebabkan lelaki tersebut hampir terlepas

Image via SAYS.com

Beliau bagaimanapun berjaya meloloskan diri dan berlari di celah-celah kenderaan sebelum dikejar dan ditangkap oleh salah seorang lelaki

Image via SAYS.com

Selepas itu, seorang anggota polis muncul di lokasi kejadian untuk meleraikan pergaduhan dan menenangkan keadaan

Image via SAYS.com

Apa terjadi selepas itu? Klik pada butang 'play' di bawah untuk menonton video penuh berdurasi 3 minit 16 saat ini.

Persoalannya, apa sebab lelaki terbabit dibelasah orang ramai?

Menurut seorang netizen, Kimrie Syahierah Vamps II, lelaki berkenaan terlibat dalam satu kemalangan dengan seorang warga tempatan dan bersifat kurang ajar apabila bertindak untuk menumbuknya selepas perlanggaran

Selepas perlanggaran berlaku, warga tempatan itu ingin menyelesaikan masalah secara baik dengan lelaki berkenaan. Tetapi, belum sempat untuk berkata apa-apa, lelaki terbabit bertindak untuk menumbuknya.

Kebetulan semasa itu, sekumpulan geng motosikal ternampak insiden tersebut berlaku dan kemudian terus mengejar lelaki berkenaan sehingga ke seberang jalan lalu memukulnya bertubi-tubi. Kejadian ini dikatakan berlaku pada 30 November 2014 pada pukul 1.10 tengahari.

Image via kezoom.blogspot

Video rakaman kejadian ini menjadi viral hanya selepas sehari dimuat naik. Setakat jam 5.30 petang pada 3 Disember, video ini telah mendapat lebih 5,500 'share' dan lebih 16,500 'like' di laman FB Siakap Keli.

Image via SAYS.com

Sebelum ini juga, video pembuli 'singlet hitam' menjadi viral dan mendapat liputan meluas. Walau bagaimanapun, video itu sebenarnya telah dirakam beberapa tahun yang lalu. BACA SELANJUTNYA:

You may be interested in: