[VIDEO VIRAL] Wanita Mengamuk Hilang Pedoman Selepas Kereta Dilanggar
Ikuti semua perkembangan kes buli jalanan "Kiki" Kamaruddin dari hari pertama sehingga update terkini hari ini di SAYS.
[TERKINI] Kiki Didenda RM5,000 Serta 240 Jam Khidmat Masyarakat
Siti Fairrah Ashyikin Kamaruddin atau Kiki Kamaruddin, yang didakwa kerana bertindak ganas dengan membuli seorang warga emas, minggu lalu (14 Julai) didenda RM5,000, selain melakukan kerja komuniti selama 240 jam oleh Mahkamah Sesyen, di Kuantan semalam (22 Julai).
ceritasemasa.comHakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin menjatuhkan hukuman itu selepas Kiki mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan kerosakan terhadap kereta milik Sim Siak Hong, 61, di hadapan Pusat Transformasi Bandar (UTC), di Kuantan.
informasi.myDia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu melakukan perbuatan khianat yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun, dengan denda atau kedua-duanya.
harakahdaily.net21 Julai: Kiki Dibebaskan Pihak Polis Dan Dihadapkan Ke Mahkamah
Selepas lebih lima jam ditahan untuk soal siasat, wanita yang mencetuskan kontroversi kerana membuli seorang warga emas di parkir kenderaan berhampiran Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Kuantan pada 14 Julai lalu dibebaskan dengan jaminan polis.
hmetro.com.mySiti Fairrah Ashykin Kamaruddin, 30, dibebaskan lewat malam17 Julai selepas ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.
hmetro.com.mySiti Fairrah yang lebih dikenali dengan nama Kiki hadir bersama ibu bapa dan ahli keluarganya di IPD Kuantan pada pukul 4 petang bagi memberi kenyataan berhubung insiden tersebut.
utusan.com.my"Kiki Dibebaskan Selepas Pihak Polis Berpuas Hati Dengan Keterangan Yang Diberikannya," Kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Zakaria Ahmad
"Pihak polis kini sedang mengumpul keterangan daripada saksi termasuk dalam kalangan polis dan orang awam."
kosmo.com.my“Siasatan kes ini dilakukan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana merosakkan harta benda dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah,” katanya lagi.
hmetro.com.my17 Julai: Polis Menahan "Kiki" Berhubung Kes Buli Jalanan
Polis menahan seorang wanita berhubung kes buli jalanan pada Isnin bagi membantu siasatan jenayah dan kerosakan. Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Saleh berkata Siti Fairrah Ashykin Kamaruddin, 30, hadir ke balai polis pada Khamis selepas disaman dan ditahan. Beliau tidak menyatakan berapa lama wanita itu yang juga dikenali sebagai Kiki Kamaruddin akan ditahan. "Itu bergantung kepada siasatan, kita melihat perkara ini terlebih dahulu," katanya.
mstar.com.myKiki Tampil Mohon Maaf Secara Terbuka Di Radio Era, Hitz.fm Dan NTV7
"Kiki di studio ERA pagi ini (17 Julai 2014) bagi membuat permohonan maaf kepada Uncle Sim. Kiki, wanita yang mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia kerana mengamuk keretanya digesel di Kuantan tempoh hari, telah tampil ke studio kami bagi membuat permohonan maaf secara terbuka sekaligus menamatkan kemelut yang melanda."
era.fm"Walaupun kami berjaya menarik perhatian ramai secara positif, namun ada juga cemuhan negatif dilemparkan kepada kami dan juga wanita ini. Rata-rata tidak setuju kami menjemput Kiki ke studio tanpa Uncle Sim. Untuk makluman semua, Uncle Sim tidak dapat hadir ke studio hari ini kerana tinggal jauh di Kuantan dan ada urusan di balai polis," kata radio Era.
era.fmDalam Segmen 'New Morning Crew' Bersama Ean Dan Jinnyboy Di Hitz.fm, Kiki Turut Memohon Maaf Kepada Uncle Sim Serta Isterinya Melalui Panggilan Telefon
Pengacara Popular, Paknil Juga Sempat Mengambil Kesempatan Memberi Kata-Kata Semangat Kepada Kiki
Semalam (16 Julai 2014), Kiki Tampil Dalam Temuramah Eksklusif Bersama NTV7, Menceritakan Tindakannya Yang Tidak Terkawal Serta Memohon Jutaan Kemaafan Kepada Rakyat Malaysia
16 Julai: Pakcik Maafkan Wanita Peugeot #CDM25 Atas Kelakuan Kurang Sopan
Pesara kerajaan, Sim Siak Heong tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang wanita yang bertindak membulinya dalam kejadian di parkir kenderaan UTC pada 14 Julai 2014.
bharian.com.mySiak Heong, 68, berkata dia sudah berjanji untuk tidak melaporkan kejadian dibuli oleh wanita terbabit walaupun diminta oleh pihak berkuasa supaya berbuat demikian.
bharian.com.my"Saya sudah maafkannya dan dia pun sudah meminta maaf selepas kejadian itu," katanya ketika ditemui.
bharian.com.myMenerusi Laman Facebook, Wanita Berkenaan Mengaku Bersalah Atas Tindakannya Itu Dan Meminta Agar Videonya Dipadamkan Sepenuhnya
Namun Begitu, Ada Juga Pihak Yang Meminta Beliau Membuat Sebuah Video Mohon Maaf Khas Untuk Dimuat Naik Ke Laman Youtube
Kejadian Viral Ini Tidak Dilepas Pandang Oleh Beberapa Syarikat Di Luar Sana. Syarikat Telekomunikasi Digi Menawarkan Perkhidmatan Percuma Bagi Membaiki Kedua-Dua Kereta Terbabit Dengan Hashtag #30HariBaik
Selain Digi, Syarikat Beer Factory Juga Tidak Melepaskan Peluang Menawarkan Beer Percuma Kepada 25 Pelanggan Peugeot Pertama Yang Berkunjung Ke Kedai Mereka
Dalam Pada Itu, Peugeot Club Malaysia Turut Menawarkan Ais Krim Percuma Dan Bersedia Membantu Pakcik Dalam Membaiki Keretanya Manakala Menawarkan Kursus "Anger Management" Kepada Wanita Berkenaan
Ekoran #CDM25 Menjadi Sangat Trending, Wanita Tersebut Barangkali Akan Menukarkan "Plate Number" Keretanya Pada Masa Akan Datang
14 Julai: Kejadian Dilapor Berlaku Di Kuantan Dimana Seorang Wanita Melayu Hilang Pertimbangan Selepas Kereta Peugeot 208 Miliknya Dilanggar Oleh Seorang Warga Tua Berbangsa Cina
Menerusi Facebook "Terengganu Times", Video Viral Ini Telah Mendapat Lebih 15,000 Share Dan Hampir 4,000 Likes Ketika Cerita Ini Diterbitkan (16 Julai 2014, 11 Pagi)
"You Think You Are Chinese Then You Think You Are Better Than Us! You Are Very Stupid!"
Rata-Rata Netizen Di Facebook Meluahkan Rasa Tidak Puas Hati Dengan Tindakan Wanita Itu Serta Turut Bersimpati Dengan Nasib Warga Tua Berbangsa Cina Berkenaan
Hasil Carian SAYS Telah Menemui Status Facebook Daripada Anak Warga Tua Itu. Ternyata, Beliau Sangat Marah Dengan Tindakan Wanita Terbabit Membuli Bapanya Menggunakan 'Steering Lock'.