[VIRAL] Ada Orang Cakap Anjing Pakai Jubah Dan Serban Ini Dari Malaysia. Betul Atau Salah?
Isu anjing lagi? Bila nak habis?
"Selepas Program "I Want To Touch A Dog", Kini Anjing Dipakaikan Dengan Jubah Dan Serban Pula?"
Barangkali Ada Yang Menganggap Tindakan Memakaikan Jubah Dan Serban Kepada Seekor Anjing Ini Merupakan Kesinambungan Untuk Menjatuhkan Agama Islam Selepas Kempen Sentuh Anjing
Salah Seorangnya Ialah Mufti Selangor, Datuk Mohamad Tamyes Abdul Wahid. Beliau Berkata Ini Adalah Satu Agenda Yang Menjijikkan Dan Langsung Tidak Menghormati Ulama.
“Ini adalah satu agenda yang menjijikkan, langsung tidak menghormati ulama, mereka memberi tentangan secara fizikal, tidak berani berdepan untuk berhujah, tetapi melahirkan tentangannya melalui perbuatan menghina."
hmetro.com.my“Ulama yang sentiasa memberi pandangan baik kepada masyarakat, memberi garis panduan untuk bergerak melaksanakan tugas berkaitan dengan hukum hakam, tiba-tiba dihina sebegitu rupa," tegas Mohamad Tamyes.
hmetro.com.myLihat Gambar Di Bawah Untuk Mendapatkan Gambaran Yang Lebih Jelas. Anjing Ini Dipakaikan Dengan Jubah (Atau Gaun?) Berwarna Merah Jambu Dan Dililitkan Serban Di Atas Kepala.
Jawapannya TIDAK! Gambar Anjing Ini Sebenarnya Sudah Agak Lama. Ia Telah Diambil Di Nigeria Pada Bulan Jun 2014.
Apakah Simbolik Anjing Itu? Ia Merupakan Satu Usaha Yang Dilakukan Oleh Ketua Angkatan Sukarela Delta Nigeria, Asari Dokubo Dalam Menghina Bekas Governor Bank Pusat Nigeria, Alhaji Sanusi.
Mujahid Alhaji Asari Dokubo, Ketua Angkatan Sukarela Delta Niger dan mantan panglima perang militan, telah menunjukkan sokongannya kepada Presiden Goodluck Jonathan ke tahap yang lain dengan memberi gelaran 'anjing' terhadap Alhaji Sanusi Lamido Sanusi, bekas Gabenor Bank Pusat Nigeria yang kini "Emir of Kano".