[VIRAL] Aisyah BFM Terima Ugutan Bunuh Kerana Perlekeh Hudud Dan Kelantan
Bak kata peribahasa, "terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya."
[TERKINI] "Saya benar-benar menyesal dan memohon maaf," luah Aisyah BFM
Itulah luahan hati penulis BFM, Aisyah Tajuddin yang tampil buat pertama kali selepas dikecam orang ramai apabila video bertajuk ‘Hudud Isi Periuk Nasi’ menjadi viral.
Katanya, dia tiada niat untuk mengherdik dan menghina agama dan kini sedar tindakannya telah menimbulkan kemarahan orang ramai.
"Saya benar-benar kesal dan memohon maaf. Saya tidak akan pernah, dalam apa-apa keadaan sekalipun, menghina atau mengutuk agama apatah lagi agama saya sendiri,” kata Aisyah.
Menurutnya, objektif sebenar video itu diterbitkan adalah untuk mempersoalkan keutamaan kerajaan PAS Kelantan dan tidak sekalipun berniat menghina Islam dan Hudud
“Ia mengenai politik, perkataan, perbuatan ahli politik dan tentunya tidak sekali-kali mengenai agama."
“Bagaimanapun, saya mendapati liputan media berkenaan insiden ini telah mengaburi maksud sebenar yang ingin disampaikan iaitu menggalakkan perbincangan mengenai isu keadaan sosio-ekonomi rakyat Kelantan," ujarnya.
Aisyah berkata, sejak video itu tersebar, pelbagai ancaman bunuh dan rogol ditujukan kepadanya termasuk keluarga, rakan sekerja dan rakan lain
“Ia sangat mendukacitakan. Mengharungi betapa bahayanya ancaman terhadap keselamatan diri ini adalah pengalaman yang buruk dan bukan ciri-ciri Malaysia yang saya tahu."
“Namun, saya juga mendapat dokongan dan sokongan daripada pelbagai pihak termasuk rakan dan insan yang tidak saya kenali. Untuk itu, saya sangat bersyukur” katanya lagi.
Sementara itu, terdapat sebuah lagi video menyaksikan PU Rahmat menjawab segala persoalan Aisyah dengan penuh berhemah yang turut menjadi viral di laman sosial
20 Mac: Sebuah klip video BFM berjudul Hudud isi periuk nasi? [KUPAS] mendapat kecaman hebat sejak pagi tadi di laman sosial apabila kandungannya didapati menyindir sistem perundangan Hudud dan rakyat Kelantan
Rakaman video yang diterbitkan BFM Kupas itu, memaparkan seorang gadis bernama Aisyah Tajuddin yang berperanan sebagai pengacara mempersoalkan kepentingan pelaksanaan hudud dengan gaya menyindir dan mimik (ekspresi) muka menjengkelkan.
therakyatpost.comIkuti dialog penuh yang dipetik daripada video viral berkenaan di bawah:
"Eh, eh sejak bila ni? eh!
Oohh Kelantan, eh lupa pulak mak."
Finally, mimpi PAS untuk melaksanakan Hudud di Kelantan datang menjelma.
Tapi untuk orang yang bukan Kelate macam saya ni musykil jugak lah.
Banyak pindaan dia.
Pastu boleh pulak MB Kelantan panggil orang yang kritik Hudud ni "tak beriman".
Ok la ok la.
Korang ni dah bertahun bising pasal Hudud I pun dah malas lah nak kupas.
Tapi, ada satu I nak tanya...
Apa jadi dengan nasib mangsa banjir rakyat Kelantan?
Tiga bulan dah mereka masih takde rumah dan bukan tu je taw.
Penggunaan dadah, kes cerai makin tinggi.
3GP bersepah!
Inilah ammo politik biasanya. hmm..
Agama digunakan untuk mengaburi mata rakyat dari isu yang penting macam ekonomi dan pentadbiran.
Samalah macam isu negara ni, orang gaduh pasal bangsa, agama tapi ekonomi negara merosot.
Pastu hutang kita meningkat.
Bila dah sampai masanya tak tahulah kalau Hudud tu boleh isi periuk nasi kita.
Hmm..tepuk dada tanya seleralah OK.
Selepas menjadi viral, rata-rata netizen bertindak mengecam, mencemuh, mencaci Aisyah, dan yang paling teruk, beliau juga menerima ugutan bunuh! Dalam masa yang sama BFM turut terkena tempias kata-kata kesat dari orang ramai.
Baru sahaja dimuat naik semalam, BFM mengambil keputusan untuk memadam video tersebut dengan segera gara-gara ugutan bunuh yang diterima Aisyah
Walaupun begitu, video berkenaan telahpun tersebar luas dan dimuat naik pada laman YouTube yang lain. Bak kata pepatah barat, "What goes on the Internet stays on the Internet".
Ia tidak terhenti di situ. Netizen juga mula menyebarkan maklumat akaun laman sosial Aisyah iaitu @aisyahsekilas bagi Twitter dan aisyahtajuddin bagi Instagram.
Hasil carian kami juga menemui gambar di sebalik tabir pembikinan video tersebut. Antara yang menjadi persoalan orang ramai ialah, "Kenapa perempuan bertudung pun boleh terlibat?"
Sementara itu, terdapat sebuah video respon kepada isu ini daripada Fais Al-Hajari di YouTube. Apa komen saudara Fais?
Tidak cukup dengan Hudud, BFM juga pernah disaman RM10,000 oleh SKMM kerana isu kalimah Allah. BACA SINI:
Suka cerita ini? Tekan 'Like' pada Facebook SAYS SEISMIK dan dapatkan segala cerita mesti kongsi setiap hari!