seismik

[VIRAL] Apabila Si Suami Cuba Halang Isterinya Ber'shopping' Di ZALORA

Perhatian kepada para suami, anda mungkin boleh mengambil langkah ini untuk menghalang isteri anda ber'shopping'.

Cover image via SAYS.com

[TERKINI] Si Isteri Dah Dapat Pakaian Percuma, Si Suami Minta Benda Lain Pula

Terbaru Pada 4 Disember 2014, Radzi Meminta IKEA Malaysia Pula Untuk Mencadangkan Sebuah Almari Yang Boleh Memuatkan Kesemua Barangan Pemberian ZALORA, Termasuk Isterinya Sekali

Dalam Menunggu Jawapan Dari Pihak IKEA, Tiba-Tiba Seorang Individu Pula Yang Memberi Komen. Siapa? Isteri Radzi.

Difahamkan, Radzi Ketika Itu Sedang 'Nervous' Menunggu Isterinya Di Luar Wad Bersalin Kerana Nuzaimah Bakal Melahirkan Bayi Pertama Mereka Selepas Lapan Tahun Usia Perkenalan

Jadi, Adakah IKEA Akan Memberi Respon Yang Sama Seperti ZALORA? Sama-Sama Kita Tunggu.

3 Disember: ZALORA Hadiahkan Si Isteri Stok Pakaian Percuma Selama Setahun!

Siapa Sangka, Niat Bergurau Pada Mulanya Telah Membuatkan Pasangan Radzi Dan Nuzaimah Menerima Hadiah Yang Sangat Bermakna Daripada ZALORA Iaitu Stok Satu Tahun Pakaian Dan Kasut PERCUMA!

ZALORA Membuat Keputusan Untuk Datang Terus Ke Rumah Radzi Dan Nuzaimah Pada 3 Disember 2014 Untuk Memberi Mereka Kejutan Yang Tak Disangka-Sangka

Tiada Kata-Kata Yang Dapat Diucapkan Oleh Si Suami Kepada ZALORA Selain Ucapan Terima Kasih Yang Tak Terhingga. Kedua-Dua Mereka Ternyata Terharu Terhadap Layanan Yang Diberi Oleh Pihak ZALORA.

Nuzaimah Kini Dikatakan Sedang Mengandungkan Anak Pertama Yang Bakal Dilahirkan Tidak Lama Lagi. Jika Begitu, Inilah Namanya Rezeki Anak.

Apa-Apa Pun, Pujian Harus Diberikan Kepada ZALORA Atas Sikap Mereka Yang Sentiasa Ingin Memberikan Yang Terbaik Kepada Pelanggan. Tahniah Juga Diucapkan Kepada Radzi Dan Nuzaimah. Semoga Dilimpahkan Lebih Banyak Rezeki Di Masa Depan.

2 Disember: Semua Pun Tahu, Membeli-Belah Itu Merupakan Salah Satu Lumrah Dan Sifat Wanita. Kadang-Kadang, Barang Yang Tidak Diperlukan Juga Akan Dibeli. Perasan Tak?

Image via tumblr.com

Tidak Kiralah Sama Ada 'Offline' Atau 'Online', Wanita Dan 'Shopping' Memang Berpisah Tiada

Image via tumblr.com

Pada 29 November Lalu, Seorang Suami, Radzi Ali Meminta Laman Beli-Belah ZALORA Untuk Menghalang Isterinya Daripada Ber'shopping' Di Kedai Tersebut Dengan Menyuruh Mereka Memberi Alasan 'Server Down' Atau Lain-lain Alasan Yang Logik

Image via SAYS.com

Sebagai Kedai Beli-Belah Mesra Pelanggan, ZALORA Membalas Status Berkenaan Dengan Menyatakan Bahawa Pihak Mereka Tidak Mempunyai Hak Untuk Memberi Maklumat Palsu Kepada Pelanggan Mereka

Image via SAYS.com

Walaupun Begitu, Radzi Ali Masih Memohon Pihak ZALORA Untuk 'Ban' Isterinya Secara Rahsia. Beliau Juga Didapati Memberikan Nama Penuh Isterinya Itu.

Image via SAYS.com

Perbualan Menjadi Lebih Menarik Apabila Si Isteri, Nuzaimah Ideris Pula Turut Serta. Nuzaimah Meminta ZALORA Untuk Tidak Menghampakan Pelanggan Berpotensi Sepertinya Sambil Bertanyakan Mengenai Cara Untuk Mendapatkan Diskaun.

Image via SAYS.com

Akhir Sekali, Apakah Kesudahan Kepada "Konflik" Rumahtangga Ini?

Rupa-Rupanya, Pasangan Suami Isteri Ini Berniat Untuk Bergurau Sahaja, Malah Si Isteri Sebenarnya Tidak Pernah Pun Membuat Sebarang Pembelian Di Kedai ZALORA

Image via SAYS.com

Perbualan Ini Telah Menjadi Viral Selepas Beberapa Hari Dan Kini Mendapat Liputan Daripada The Vulcan Post Dari Singapura Dan Juga Media Sosial Di Indonesia

Artikel yang dikeluarkan oleh The Vulcan Post.

Image via SAYS.com
Image via SAYS.com
Image via SAYS.com

Orang Ramai Juga Tidak Kering Gusi Dengan Lawak Jenaka Yang Dibawakan Pasangan Suami Isteri Ini. Masing-Masing Memberikan Komen Yang Positif Terhadap Mereka Berdua.

Image via SAYS.com

Jadi, Kepada Para Suami Di Luar Sana, Harap Bersabar Melayan Karenah Isteri Yang Kuat Ber'shopping' Ya. Semoga Berbahagia Dan Ceria Selalu Bersama Pasangan!

Kalau terpaksa menunggu isteri di luar kedai, tunggulah si isteri dengan penuh sabar.

Image via Facebook Ahmad Yasir

JUGA DI SAYS: [VIRAL] Majlis Perkahwinan Tema Kesultanan Melayu Melaka Ni Memang Paling Epik!

You may be interested in: