[VIRAL] Cerita Disebalik Pelajar Sekolah Agama Pegang Anjing. Adakah Mereka Terpengaruh?
Program 'I Want To Touch A Dog' dikatakan menjadi punca kepada kelakuan pelajar-pelajar ini memegang anjing. Benarkah?
[TERKINI] "Takkan Ada Lagi Isu Pelajar Pegang Anjing Selepas Ini," Kata MAIJ
Berhubung isu pelajar sekolah agama memegang anjing, penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadut menjelaskan perbuatan pelajar terbabit ada kemungkinan dipengaruhi oleh individu di tempat kejadian sehingga menyebabkan mereka memegang anjing tersebut.
freemalaysiatoday.com“Kita telah meminta Pihak Badan Berkuasa (PBT) Johor untuk menyiasat dan sememangnya kita amat memandang serius perkara ini. Sekiranya individu yang menjadi punca pelajar tersebut memegang anjing secara sengaja dikesan, kita akan ambil tindakan yang sewajarnya,” jelasnya.
freemalaysiatoday.comMajlis Agama Islam Johor Juga Sudah Menyarankan Supaya Penjelasan Mengenai Hukum Hakam Memegang Anjing Secara Sengaja Diberikan Di Sekolah-Sekolah, Ceramah Agama, Khutbah Jumaat Dan Forum Perdana
“Ini bagi menjelaskan bahawa memegang anjing secara sengaja memang haram dan kita di Malaysia mempunyai pelbagai kaum yang perlu dihormati sensitivitinya. Diharap kita saling menghormati bagi menjaga sensitiviti ini. Manakala orang bukan Islam juga diingatkan supaya tidak sewenang-wenangnya mempengaruhi orang Islam dalam melakukan perkara yang terang-terang ditegah dalam agama."
freemalaysiatoday.com“Kita tidak akan izinkan program sentuh anjing ini dibuat di Johor. Sekiranya gambar yang tersebar itu benar berlaku, itu adalah kali pertama dan terakhir. Kita akan ambil tindakan kepada penganjur berkenaan,” tegas beliau.
freemalaysiatoday.comSelepas Program 'I Want To Touch A Dog' Mendapat Cemuhan Masyarakat, Tersebar Pula Gambar-Gambar Para Pelajar Sekolah Agama Memegang Anjing
Persoalannya, Adakah Ini Kesinambungan Daripada Program Kontroversi Tersebut?
Benarkah Perkara Ini Berlaku Akibat Pengaruh Dari Program 'I Want to Touch A Dog' Minggu Lalu? Kepada Yang Tidak Melakukan Siasatan Lanjut, Pastinya Akan Merasakan Sebegitu.
Dakwaan Tersebut Adalah TIDAK BENAR! Sebenarnya, Kejadian Ini Berlaku Di Johor Bahru Pada Bulan September 2014.
Hal Ini Disahkan Oleh Seorang Penduduk Kampung Di Situ Yang Hanya Dikenali Sebagai Mak Long
“Mungkin jika orang yang tidak mengetahui cerita sebenar akan menyangka kanak-kanak terbabit terpengaruh untuk menyentuh anjing selepas program berkenaan. Namun sebenarnya kejadian itu sudah lebih sebulan berlalu ketika pemilik haiwan terbabit singgah ke kediaman saudaranya di kampung ini."
sinarharian.com.my“Saya berharap isu ini tidak lagi diperbesarkan, lebih-lebih lagi gambar berkenaan memaparkan kanak-kanak itu berpakaian seragam sekolah agama. Umum mengetahui sekolah agama Johor amat berjasa untuk menuntut ilmu berkaitan Islam,” kata Mak Long.
sinarharian.com.myGambar-Gambar Berkenaan Telah Dimuat Naik Di Facebook, Oleh SkyVincent Loh Pada 20 September 2014. Jelas Di Sini Bahawa Ia Memang Tidak Ada Kena Mengena Langsung Dengan Program Sentuh Anjing Seperti Yang Didakwa.
Menerusi Ruangan 'About Me', SkyVincent Loh Merupakan Seorang Pencinta Anjing Dan Kini Berkhidmat Untuk Love Engagement Towards Strays (LETS)
Tujuan Love Engagement Towards Strays (LETS) ditubuhkan adalah untuk membantu haiwan terbiar dan berkongsi kasih sayang terhadap binatang.
Tetapi, Siapa Pula Wanita Dalam Gambar Di Bawah? Hasil Tinjauan SAYS Mendapati Bahawa Wanita Berbangsa Melayu Ini Merupakan Pemilik Anjing-Anjing Ini.
Beberapa Blog Yang Ditemui Mendedahkan Identiti Wanita Ini Sebagai Shahrul Anum Baharin. Dia Adalah Seorang Pencinta Haiwan Dan Telah Mendirikan Rumah Tangga Bersama Seorang Lelaki Berbangsa Jerman.
Oleh Itu, Kepada Sesiapa Yang Mendakwa Program 'I Want To Touch A Dog' Tempoh Hari Telah Mempengaruhi Kanak-Kanak Ini Untuk Memegang Anjing, Ia Ternyata Satu Tuduhan Yang Tidak Berasas