seismik

[VIRAL] Cerita Disebalik Remaja Dibogelkan Kerana Curi Motor Di Kota Bharu. Angkara Siapa?

Macam-macam cerita disebarkan melalui laman sosial tentang kejadian ini. Mana satu yang betul?

Cover image via SAYS.com

Pada 4 November Lalu, Seorang Remaja Lelaki Berusia 15 Tahun Dibogelkan Orang Ramai Setelah Ditangkap Ketika Cuba Mencuri Sebuah Motosikal Di Perkarangan Masjid Mukim Pauh Lima Di Kota Bharu, Kelantan

Remaja lelaki dibogelkan orang ramai kerana ditangkap ketika cuba mencuri sebuah motosikal di perkarangan Masjid Mukim Pauh Lima di Kota Bharu.

Image via kezoom.blogspot

Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun dibogelkan oleh orang ramai setelah ditangkap ketika cuba mencuri sebuah motosikal di perkarangan Masjid Mukim Pauh Lima, Binjai di Kota Bharu, Kelantan.

mstar.com.my

Dalam kejadian kira-kira 8.15 malam Selasa, 4 November 2014 suspek cuba mencuri sebuah motosikal jenis Honda Ex-5 milik seorang jemaah yang sedang solat di masjid berkenaan sebelum kejadian itu disedari orang ramai yang terus menangkapnya.

mstar.com.my

Akibat Daripada Pukulan, Remaja Tersebut Mengalami Kecederaan Di Kepala Dan Lebam Di Badan

Remaja berkenaan mengalami kecederaan di kepala dan lebam di badan akibat dipukul.

Image via kezoom.blogspot

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa ketika dihubungi berkata, remaja yang masih bersekolah di Tingkatan Tiga itu mengalami kecederaan di kepala dan lebam di badan dipercayai dipukul penduduk. Remaja itu dipercayai bersama rakannya, namun rakannya sempat meloloskan diri.

bharian.com.my

"Remaja itu turut ditangkap bersama peralatan dipercayai untuk digunakan bagi mencuri motosikal seperti besi," katanya

bharian.com.my

Gambar Remaja Itu Mula Tersebar Di Laman Sosial Dalam Keadaan Mengaibkan Apabila Pakaiannya Ditanggalkan Dengan Kedua-Dua Tangannya Diikat

Gambar-gambar remaja terbabit yang mengaibkan telah tersebar meluas di laman sosial.

Image via mstar.com.my

Gambar-gambar remaja terbabit yang mengaibkan telah tersebar meluas di laman sosial.

Image via kezoom.blogspot

Gambar-gambar remaja terbabit yang mengaibkan telah tersebar meluas di laman sosial.

Image via kezoom.blogspot

Dalam Pada Itu, Ramai Mendakwa Bahawa Remaja Terbabit Telah Dipukul Dan Ditelanjangkan Oleh Jemaah Masjid Mukim Pauh Lima. Benarkah? Ikuti Penjelasan Ahli Qaryah Pauh Lima Di Bawah:

RENTETAN KES CURI MOTOR DIMASJID PAUH LIMA. Salam hormat... penjelasan mengenai kes curi motor di Masjid Mukim Pauh 5 semalam (4.11.2014).

Dato/Datin/Tuan/Puan/ Ramai yg mendakwa bahawa suspek telah dipukul dan dan ditelanjangkan oleh jemaah Masjid.

Untuk pengetahuan semua, suspek telah ditangkap oleh salah seorang ahli jemaah yg datang lewat utk solat isya.. Oleh kerana solat berjemaah sedang berada dirakaat akhir dan jemaah belum selesai melaksanakan solat, suspek telah dibawa keluar dari kawasan masjid dan pergi ke tepi jalan ditempat yang ada orang.

Suspek curi telah dipukul di luar kawasan masjid dan semakin ramai orang datang memukulnya termasuk pengguna jalanraya. Sedikit pun tidak ada kaitan dengan imam dan Ahli jemaah yg lain. Ahli jemaah masjid hanya datang selepas suspek telah dipukul oleh orang ramai.

Akhirnya, saya tegaskan disini perbuatan memukul dan menelanjangkan pencuri motor itu bukanlah perbuatan Imam dan ahli jemaah seperti yg telah didakwa di WhatsApp, Telegram, Fesbuk dan lain2 laman sosial.

Akhir kata.. Siasatlah dulu Sebelum menghukum. Mudah2an kita semua dilindungi Allah. Oleh: ahli Qaryah Pauh Lima.

Walau Bagaimanapun, Perbuatan Membogelkan Remaja Terbabit Diselar Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad Kerana Tindakan Mengaibkan Seseorang Adalah Ditegah Dalam Islam

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Image via Astro Awani

"Kita tak boleh ambil tindakan sendiri yang menyimpang dari undang-undang negara dan hukuman tidak boleh diambil mengikut pandangan kita semata-mata. Islam sendiri menegah kita menelanjangkan keaiban seseorang walaupun orang itu melakukan kesalahan. Jadi tindakan diambil itu sangat tidak sesuai dan jauh daripada konsep Islam yang syumul."

hmetro.com.my

Keratan akhbar tempatan mengenai kejadian.

Image via kezoom.blogspot

"Sebagai umat yang patuh, kita berpegang kepada akhlak Islam dan ini perlu sentiasa dipupuk dalam diri termasuk dalam setiap tindakan yang kita ambil. Orang mencuri, dia memang salah, tapi kita yang menahannya tidak boleh juga melakukan kesalahan. Telanjangkan dia, itu sudah dikira bersalah," jelas Muhamad Shukri.

hmetro.com.my

Sementara Itu, Ibu Kepada Remaja Lelaki Berkenaan Berasa Sedih Dan Kecewa Dengan Tindakan Orang Ramai Yang Sanggup Memperlakukan Anaknya Sedemikian Rupa

Ibu berusia 38 tahun itu berkata meskipun anaknya yang berusia 15 tahun bersalah, orang ramai tidak mempunyai hak untuk memperlakukan anaknya seperti itu.

sinarharian.com.my

Keratan akhbar tempatan mengenai luahan hati ibu kepada remaja lelaki terbabit.

Image via matabulat.my

"Kalau mereka pukul, saya boleh terima tetapi bila orang ramai bogelkan, memang itu perkara yang memalukan kami sekeluarga. Luluh hati seorang ibu apabila melihat anak diperlakukan begitu. Biarpun kalau dia bersalah sekalipun, masih ada banyak lagi cara untuk menghukumnya."

sinarharian.com.my

"Saya harap orang berhenti menyebarkan gambar dia dan sekiranya ada, mereka harus 'delete' gambar itu dengan segera kerana ia memalukan," katanya.

sinarharian.com.my

Imam Masjid Mukim Pauh Lima Mengaku Terkejut Dengan Tindakan Orang Ramai Membogelkan Remaja Itu Selepas Selesai Menunaikan Solat Isyak

Masjid Mukim Pauh Lima.

Image via daerahpulaichondong.blogspot

Sementara itu, Ibrahim Ahmad, 69, yang merupakan Imam Masjid Pauh Lima berkata beliau dan beberapa jemaah lain terkejut dengan tindakan orang ramai yang membogelkan remaja itu.

bernama.com

"Saya keluar lambat selepas selesai solat Isyak dan tak sangka orang ramai bogelkan remaja itu dan saya tak tahu siapa yang lakukan. Kami dah cuba untuk halang tetapi tidak berjaya kerana ramai orang yang berada ketika kejadian itu dan saya kesal dengan tindakan itu," kata Ibrahim.

bernama.com

Pada Pendapat Anda, Adakah Wajar Tindakan Sebegitu Dilakukan Terhadap Remaja Terbabit?

JUGA DI SAYS: [VIRAL] Ada Orang Cakap Anjing Pakai Jubah Dan Serban Ini Dari Malaysia. Betul Atau Salah?

You may be interested in: