seismik

[VIRAL] Dokumen Sulit "Langkah Kajang" PKR Tersebar Di Internet. Apa Ia Sebenarnya?

Rancangan politik PKR kini telah tersebar luas kepada orang ramai. Namun, ada kisah lain disebalik penyebaran dokumen ini.

Cover image via wp.com

Baru-Baru Ini, Tersebar Di Laman Sosial Satu Dokumen Sulit Berjudul "Langkah Kajang: Selangkah Ke Putrajaya" Dengan Cetakan Bendera Pakatan Rakyat Pada Muka Hadapan

Image via wp.com

Dokumen Setebal Kira-Kira Enam Muka Surat Ini Mengandungi Pelbagai Maklumat Tentang Rancangan Politik PKR Di Selangor. Antaranya Ialah...

1. Langkah Kajang. Strategi Langkah Kajang Dilaksanakan Semata-Mata Untuk Meletakkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim Sebagai Menteri Besar Selangor Untuk Akses Kepada Rizab Negeri Berjumlah RM3.2 Bilion.

Image via wp.com

Dana berkenaan akan digunakan kemudiannya oleh PKR untuk membiayai kempen yang cukup lama perancangannya untuk melancarkan serangan demi serangan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) seterusnya menggulingkan kerajaan.

mynewshub.my
Image via wp.com

Selain itu, dalam bahagian penjelasan ringkas Langkah Kajang, ia turut memaklumkan bahawa kegagalan Pakatan Rakyat (PR) membentuk kerajaan Persekutuan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 adalah kerana kekangan kewangan. Oleh itu, strategi baru itu dirangka bagi memastikan kewangan PR adalah mencukupi untuk menumbangkan kerajaan BN.

mynewshub.my

2. Serangan Kajang. Bahagian Ini Menerangkan Mengenai Pembabitan PKR Dalam Pembelian Saham Syarikat Berkepentingan Kerajaan Yang Akan Menyebabkan Harga Saham Merudum Sehingga Memaksa Kerajaan Menambahkan Modal Pasaran.

Image via wp.com

3. Tabung Khas. Menurut Tulisan Daripada Segmen Ini, Seramai 273 Taikun Telah Bersetuju Untuk Menyumbang RM50,000 Sebulan Secara Konsisten. Ini Bermakna Jumlah Wang Yang Terkumpul Adalah Sebanyak RM13.65 Juta.

Image via wp.com

4. Penyaluran Dana. Segala Dana Yang Terkumpul Akan Disalurkan Secara Terancang Bagi Memantapkan Lagi Kempen Siber, Sistem, Multimedia, Kempen Boikot Dan Lain-Lain Lagi Dalam PKR.

Image via wp.com
Image via wp.com

Dokumen Ini Nampaknya Telah Mendedahkan Segala Perancangan PKR Secara Terperinci Kepada Orang Ramai. Bagaimanapun, Muncul Satu Persoalan, "Sejauh Manakah Kesahihannya?"

Menurut Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, Dokumen Berkenaan Adalah PALSU. Ia Merupakan Satu Helah Daripada UMNO Yang Sengaja Ingin Menjatuhkan Reputasi Dan Ketelusan Mereka Dalam Memperjuangkan Rakyat.

Menurut Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Image via mole.my

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menasihati orang ramai terutamanya penyokong Pakatan Rakyat (PR) supaya berhati-hati dengan helah yang dimainkan oleh Umno dan BN dengan mereka-reka dokumen palsu untuk memfitnah pimpinan PKR.

freemalaysiatoday.com

Meskipun Berasa Terkejut Dengan Penyebaran Dokumen Itu, Rafizi Bagaimanapun Sudah Lali Dengan Permainan 'Cybertrooper' UMNO Yang Tak Habis-Habis Menyebarkan Fitnah

“Saya pernah membawa isu ini ke Parlimen kerana tweet palsu dari ‘cybertrooper’ yang dibuat oleh Umno."

freemalaysiatoday.com

"Saya terkejut melihat mereka yang cenderung kepada Pakatan Rakyat turut sama menyebarkan perkara ini seolah-olah mereka tidak menapis dahulu kesahihannya," katanya menerusi laman Facebook.

malaysiakini.com

Ikuti Kenyataan Penuh Rafizi Ramli Di Laman Facebook DI SINI:

Image via SAYS.com

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil Juga Berkata Usaha Sebaran Fitnah Dan Politik Lucah Yang Digunakan Musuh Membuktikan Politik Di Malaysia Masih Belum Cukup Matang

Image via selangorku.com

"Keadilan mengecam tindakan sebaran maklumat yang salah dan tidak bertanggungjawab oleh musuh-musuh politik kami. Usaha sebaran fitnah sebegini membuktikan politik di Malaysia masih belum cukup matang, dan musuh-musuh politik Keadilan enggan berentap di tahap idea dan konsep, tetapi masih terperangkap di tahap politik fitnah dan lucah yang kuno," katanya dalam satu kenyataan.

astroawani.com

JUGA DI SAYS: Integriti PAS Diselar Atas 'Pusingan U' Yang Dibuat Dalam Krisis MB Selangor

You may be interested in: