seismik

[VIRAL] Kegigihan Pak Cik Buta Ini Benar-Benar Menyentuh Hati Rakyat Malaysia

Selagi kudrat masih ada, selagi itulah digunakan untuk mencari rezeki halal demi sesuap nasi.

Cover image via Facebook Sukan Star

Sayu, pilu dan sungguh menyayat hati. Kisah seorang pakcik buta mencari rezeki dengan menjual minyak attar di keliling kota telah menjadi viral sejak beberapa hari lalu apabila menerima ribuan 'shares' dan 'likes' di Facebook.

Image via mynewshub.cc

Jika dilihatkan pada kegigihan pakcik ini mengendong beberapa beg besar yang sangat berat bersamanya, ia pasti mampu menimbulkan rasa simpati kepada sesiapa yang melihatnya. Tidakkah kita prihatin?

Setelah menjadi viral, ramai orang mula berkongsi cerita tentang pakcik ini. Menurut mereka, pakcik ini dikenali dengan nama Pakcik Zainal dan walaupun cacat penglihatan, beliau mempunyai hati yang sangat mulia. Baca perkongsian mereka di bawah:

Image via SAYS.com
Image via SAYS.com
Image via SAYS.com
Image via SAYS.com
Image via SAYS.com
Image via SAYS.com

Pakcik Zainal berusaha gigih dalam menjual minyak attar yang berharga RM1.50 itu. Namun begitu, beliau tidak pernah mengemis dan mengharapkan bantuan wang daripada orang ramai, malah turut bersikap murah hati dan tidak pernah berkira.

Image via SAYS.com
Image via SAYS.com

Tetapi, ada juga yang menyoal dimanakah anak-anak Pakcik Zainal ketika ini. Mungkin persoalan itu turut bermain di kotak fikiran orang ramai.

Image via SAYS.com

Apa yang penting, kisah sayu Pakcik Zainal ini sangat menyentuh hati anak-anak muda masa kini. Masing-masing mendoakan agar beliau berada dalam kesihatan yang baik serta sentiasa dilindungi Yang Maha Esa.

Image via SAYS.com
Image via SAYS.com
Image via SAYS.com

Selain itu, ada juga yang menjadikan Pakcik Zainal sebagai inspirasi dalam penulisan sajak. Baca nukilan sajak yang sungguh indah dari Neky Kamarudin di sini:

Image via SAYS.com
Image via SAYS.com

Oleh itu, fikir-fikirkanlah tentang orang di luar sana yang hidup dalam serba kekurangan. Ayuh sama-sama kita ringankan beban mereka. Diharap kita dapat menjadi manusia yang lebih bersyukur di masa akan datang.

Hargailah kehidupan anda dan setiap detik yang anda lalui sekarang ini kerana di luar sana, masih ramai lagi yang hidup susah dan serba kekurangan. Semoga Pakcik Zainal sentiasa berada dalam lindungan Allah dan diberikan keberkatan rezeki dalam hidupnya.

JUGA DI SAYS: [VIRAL] Pakcik Ini Mungkin Garang Tapi Apa Yang Dilakukannya Sangat Mulia