[VIRAL] Kenapa Kemaruk Sangat Dengan Perkataan 'Ale Uto'? Siap Ada Jual Baju?
Geleng kepala bila tengok karenah budak-budak zaman sekarang. Langsung tidak kisah soal sensitiviti masyarakat semata-mata nak nampak 'cool'.
[TERKINI] Orang Yang Selalu Cakap 'Ale Uto' Itu Sebenarnya Kurang Kasih Sayang. Setuju?
Menurut Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Dr Abdul Jalil Hassan berkata, orang muda yang sering menuturkan perkataan ini boleh dianggap mahu menagih perhatian daripada masyarakat.
astroawani.com"Sudah jadi 'trend' sekarang. Dari segi isunya ia memang masalah individu yang mahu perhatian. Dia buat, dia rasa seronok, bila dia sudah seronok, dia sanggup buat apa sahaja untuk tunjukkan kepada masyarakat tentang perangainya itu," katanya.
astroawani.comDr Abdul Jalil Berpendapat Masalah Sosial Sebegini Adalah Berpunca Daripada Ibu Bapa Yang Menganggap Anak Mereka Sudah Matang Dan Diberikan Kebebasan Tanpa Sebarang Pantauan
“Anak-anak seawal darjah lima atau enam sudah dibiarkan ‘berdikari’ tanpa dikawal ibu bapa. Mereka bebas bergaul termasuk tiada sekatan di media sosial, akhirnya pengaruh negatif akan meresapi mereka."
suara.tv“Budaya timur sudah semakin terhakis, apabila masyarakat sendiri menganggap itu satu norma sehari-hari. Apa yang penting keseronokan diri sendiri,” jelasnya.
suara.tvMenurut Pakar Psikoterapi, Azman Shah Aziz, Beliau Melihat Situasi Yang Terjadi Ini Berpunca Daripada Keterbukaan Internet Masa Kini Yang Tiada Sempadan
"Mungkin dahulu cara remaja menunjukkan 'perangai' adalah dengan menunggang motosikal dengan laju, dan amalan itu sudah berubah kini."
astroawani.com"Sekarang ini keterbukaan dan pendedahan kepada internet di kalangan remaja terlalu luas. Bukannya mereka ini tidak diajar apa yang baik atau apa yang buruk, mereka tahu semuanya."
astroawani.com"Jumlahnya juga bukan majoriti tetapi segelintir itu memberi kesan yang sangat negatif kepada seluruh masyarakat," katanya.
astroawani.comRasanya, semua sudah sedia maklum dengan perkataan 'ale uto' yang kini semakin viral dan semakin luas digunakan oleh golongan muda-mudi. Betul tak?
Bukan! 'Ale uto' bukan bermaksud 'I love you too' walaupun bunyinya hampir sama. Jadi janganlah ia disalah guna.
Ketepikan dulu tentang maksud perkataan 'ale uto'. Baru-baru ini, video 18 saat awek bertudung kecek Kelate menjadi viral dan dikongsikan di serata laman sosial kerana penggunaan perkataan tersebut.
Selepas itu, giliran awek dari utara pula mencuri tumpuan. Awek utara ini juga bertudung dan menyampaikan dialog yang sama seperti awek Kelate di atas. Tapi, apa yang lebih menarik perhatian adalah baju 'ale uto' yang dipakainya.
Dalam video yang berasingan, awek utara ini sebenarnya seorang usahawan pakaian. Tanpa ada rasa segan silu, dia dengan bangganya mempromosikan baju 'ale uto' tersebut yang menurutnya setakat ini 'terhangat di pasaran'.
Tidak pasti pula bila perniagaan menjual pakaian 'ale uto' ini bermula, tetapi bisnes ini nampaknya sudahpun mempunyai laman Instagram sendiri beserta lambang rasmi
Bukan setakat itu sahaja, pelekat 'ale uto' juga sudah mula ditemui ditampal pada kenderaan seperti dalam gambar di bawah
Selain itu, karakter kartun kegemaran orang ramai, Doraemon turut terkena tempias perkataan 'ale uto'
Lebih menyedihkan, disebabkan perkataan tersebut 'trending' dan semakin luas digunakan, maka muncullah video-video parodi di Youtube
Berbalik kepada maksud, apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan perkataan 'ale uto' ini?
Mengikut fahaman masyarakat Melayu, perkataan berkenaan sebenarnya bermaksud 'kemaluan lelaki'. Ya, kemaluan lelaki!
Nak tahu maksud Ale Uto? Maksud Ale Uto mengikut dewan bahasa dan pustaka siri 2025/125, ia bermaksud KEPALA BUTO. Jadi anda sudah tahu apakah maksudnya ye. Jadi, anda jangan main ikut sahaja apa yang orang buat.
terowonginformasi.com'Ale uto' merupakan 'short form' dari perkataan 'Kepala buto'. Mengikut fahaman masyarakat Melayu, 'kepala buto' itu bermaksud 'kemaluan lelaki'. Ia bukan satu perkataan formal tetapi direka oleh masyarakat masa kini sebagai satu bahasa yang kotor.
Perkataan tersebut hanya digunakan dalam nada yang kasar atau ketika seseorang mencarut. Oleh itu, ia sangat tidak sesuai untuk digunakan oleh sesiapa sekali pun kerana maknanya yang kotor serta lucah.
Jadi, kenapa ramai yang kemaruk sangat dengan perkataan ini? Hanya disebabkan ia 'trending', jadi orang ramai boleh buat apa saja dengan perkataan berkenaan walaupun maksudnya lucah?
Kenapa perlu jadikan perkataan lucah ini sebagai sumber pendapatan? Takkan tak tahu maksud sebenar perkataan sebelum dijadikan perniagaan?
Inilah realiti masyarakat masa kini. Sifat ketamadunan dan isu sensitiviti semakin dipinggirkan. Masing-masing mengejar populariti dan harta dunia semata-mata, tanpa mempedulikan akibat daripada perbuatan di masa hadapan. #SadButTrue.