seismik

[VIRAL] Kes Buli Kini Merebak Sehingga Ke Peringkat Sekolah Rendah. Apa Nak Jadi?

Semakin hari semakin menjadi-jadi pelajar zaman sekarang. Perkara ini harus dihentikan segera!

Cover image via SAYS.com

[TERKINI] Kes Buli: Enam Pelajar Disiasat Mengikut Kanun Keseksaan

Image via SAYS.com

Enam murid Tahun Enam yang didakwa membuli rakan sekelas mereka di sebuah sekolah rendah di Alor Setar sudah ditahan untuk membantu siasatan kes itu.

Ketua Polis Kedah, Senior Deputi Komisioner Datuk Zamri Yahya berkata, empat laporan polis diterima susulan rakaman video yang menjadi viral di Facebook dan YouTube itu.

"Murid yang terlibat dalam insiden itu mengenali antara satu sama lain dan siasatan awal mendapati ia berlaku September lalu apabila mereka tamat menduduki UPSR (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah). Bagaimanapun, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan. Semua enam pelajar itu juga telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan mereka dirakam," katanya sambil menambah kes itu disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

peraknews.com

5 Januari: Satu Lagi Video Membabitkan Kes Buli Murid Di Sebuah Sekolah Rendah Di Jalan Langgar, Alor Setar Tersebar Sehingga Menjadi Viral Di Facebook Sejak 2 Januari 2015

Image via bharian.com.my

Rakaman video berdurasi seminit 51 saat yang memaparkan seorang murid tahun enam dibuli sekumpulan rakan seusianya di sekolah mereka itu kini sudah mendapat perhatian lebih 30,000 pengguna laman sosial itu.

Difahamkan, kes itu berlaku pada waktu rehat di sekolah terbabit pada sekitar September tahun 2014 iaitu selepas mereka menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

bharian.com.my

Dalam Video Tersebut, Kelihatan Mangsa Menangis Sambil Rakan-Rakannya Berterusan Menyepak, Menolak, Menyerkup Bakul Sampah Ke Kepala Dan Meletakkan Penyapu Di Mukanya. LIHAT VIDEO PENUH:

Susulan Penyebaran Video Berkenaan, Wakil Keluarga Pelajar Itu Bagaimanapun Enggan Mengambil Tindakan Terhadap Sekolah Tetapi Sudah Membuat Laporan Polis Di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar

Ketua Pemuda MIC Alor Setar, W. Thirucandru bersama laporan rasmi yang dibuat oleh keluarga mangsa.

Image via utusan.com.my

“Walaupun agak kecewa de­ngan kejadian yang menimpa anak­nya, ibu mangsa, Sara Bibi Abdul Muthaliff, 37, dan bapa mangsa, Muhammed Ismail Dassin, 40, memaafkan perbuatan rakan-rakan anaknya dan tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terlibat. Untuk mengelakkan kejadian ini berulang kepada orang lain, ibu bapa mangsa akan membuat laporan polis dan meminta pihak berkuasa memanggil mereka yang terlibat untuk diberikan amaran."

“Mangsa yang mendapat 2A 3B dalam UPSR akan melanjutkan pelajaran di sebuah sekolah tahfiz di Perlis manakala rakan-rakan mangsa yang terlibat dalam kejadian buli itu akan melanjutkan pelajaran di sekolah menengah di sekitar bandar ini,” jelas wakil keluarga mangsa, W. Thiruchandru yang juga merupakan Ketua Pemuda MIC Alor Setar.

utusan.com.my

Baru Sahaja Masuk Tahun Baru, Kita Sekali Lagi Didedahkan Dengan Video Kes Buli. Pada Tahun 2014, Kita Sudah Disajikan Dengan Tiga Kes Buli Yang Berasingan. Kenapa Kejadian Buli Seperti Ini Terus Berlaku?

Video 'Gadis Pailang' viral pada pertengahan tahun 2014.

Image via ammboi.com

Video buli pelajar 'singlet hitam' adalah yang paling viral dan paling popular pada tahun 2014 sehingga menimbulkan pelbagai berita palsu mengenainya.

Image via wowberita.org

Lima didapati bersalah kerana membuli seorang pelajar 11 tahun di sebuah asrama di Perlis.

Image via hmetro.com.my

Kenapa Seseorang Boleh Membiarkan Dirinya Terus Jadi Mangsa Buli? Kenapa Sistem Keluarga Atau Sistem Sokongan Di Sekolah Atau Sistem Masyarakat Gagal Membendung Gejala Buli?

Katakan Tak Nak Pada Buli.

Image via manlukeman.wordpress.com

Lebih membimbangkan kini, buli bukan saja terjadi dalam kalangan penuntut institusi pengajian tinggi dan sekolah menengah tetapi sudah dikesan dilakukan murid sekolah rendah. Bukan itu saja, kes buli juga membabitkan pelajar perempuan yang berbaju kurung dan bertudung tanpa segan silu menyepak dan memukul rakan sebaya atau junior mereka.

Presiden Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG), Prof Madya Datuk Ali Hasan, berkata masyarakat umum termasuk ibu bapa, guru dan komuniti tidak seharusnya merasa selesa terutama apabila ada yang mencanangkan bahawa perkara ini terkawal sedangkan realitinya ia wujud.

"Senario yang membimbangkan, jika dulu buli hanya dalam kalangan pelajar sekolah menengah, sekarang murid sekolah rendah pun terbabit, dulu hanya pelajar lelaki, tetapi kini membabitkan pelajar perempuan. Dulu kita biasa dengar kes buli berlaku di sekolah berasrama, tetapi kini ia turut berlaku di sekolah aliran agama. Rasa tidak masuk akal apabila kes buli juga berlaku di sekolah aliran agama," katanya.

bharian.com.my

Mengikut Kajian, Pembuli Biasanya Mengalami Masalah Emosi Dengan Kurang Rasa Empati, Kebanyakan Mereka Kurang Keyakinan Dan Menggunakan Kekerasan Untuk Membalas Dendam

Pensyarah Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia UKM, Prof Madya Dr Rozmi Ismail.

Image via abnxcess.com

Remaja yang terbabit dengan buli selalunya datang daripada keluarga yang mengambil pendekatan hukuman dalam mendidik tanpa kasih sayang. Tidak bertolak ansur dengan anak. Dengan ini, anak menyimpan dendam dan melepaskan kepada orang lain termasuk adik beradik dan rakan sekolah yang lebih lemah.

"Secara normal, jika kita lihat orang yang dicederakan kita akan rasa kasihan, tetapi bagi mereka yang tidak mempunyai perasaan empati tidak merasa apa-apa. Ada juga sikap pembuli ini berkait rapat dengan pengambilan dadah sehingga menghilangkan rasa empati."

"Apabila kita tanya mengapa sanggup membuli rakan mereka, jawapan diberikan kehidupan harian mereka penuh dengan sepak terajang ibu bapa dan perkataan kasar. Saya percaya kaunseling boleh membantu dalam proses pemulihan. Setiap masalah boleh diselesaikan jika bawa berbincang. Sesi kaunseling adalah sesi luahan jika tidak, kita tidak tahu secara mendalam apa sebenarnya berlaku," kata pensyarah Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia UKM, Prof Madya Dr Rozmi Ismail.

bharian.com.my

Apa Pula Pendapat Anda? Kongsikan Dengan Kami Di SAYS Melalui Facebook Dan Twitter.

Lupakan Sebentar Sengketa Dan Hayatilah Kisah Menyayat Hati Pakcik Buta Ini Yang Sungguh Gigih Mencari Rezeki Halal Di Ibu Kota:

You may be interested in: