seismik

[VIRAL] Melayu Juga Golongan Pendatang? Setuju Atau Tidak?

Perkataan "pendatang" adalah terlalu sensitif untuk diguna pakai di Malaysia.

Cover image via harianblogger.com

[TERKINI] "Melayu Perantau, Bukan Pendatang," Kata ISMA

Masyarakat Melayu di negara ini adalah penduduk asal wilayah Nusantara dan bukannya pendatang dari wilayah luar seperti kaum lain, kata Naib Presiden I ISMA, Muhammad Fauzi Asmuni.

themalaysianinsider.com

“Jika beliau (Tan Lai Soon) merujuk orang Melayu yang duduk di Malaysia sekarang ini datang dari Sumatera, Kepulauan Sulawesi, Kepulauan Borneo, maka dalam sejarah ia tidak dipanggil bangsa pendatang. Orang Melayu yang berhijrah dari kawasan tadi, kita gunakan istilah sebagai perantau," katanya.

themalaysianinsider.com

Menurut Fauzi, Orang Cina Berasal Dari Tanah Besar China, Orang India Berasal Dari Tanah Besar India Manakala Orang Melayu Memang Berasal Dari Tanah Melayu Di Sini

“Orang Cina berasal dari Tanah Besar China, orang India berasal dari tanah besar India. Kalau ada di sini saki baki keturunan orang Portugis, Belanda, mereka berasal dari Eropah."

malaysiakini.com

Naib Presiden I ISMA, Muhammad Fauzi Asmuni.

Image via ismaweb.net

“Bila kita sebut Tanah Melayu, ia bukan merujuk kepada Malaysia sahaja, Tanah Melayu adalah satu wilayah cukup luas yang bermula dari Champa, sekarang ini dikenali sebagai Vietnam, Thailand, Singapura sehingga ke Riau Lingga. Kemudian di sebelah barat, Sumatera keseluruhannya, turun lagi ke bawah Kepulauan Jawa, kemudian naik semula ke atas Kepulauan Sulawesi, Borneo dan Filipina."

themalaysianinsider.com

“Jadi mereka ada tanah asal dan mereka datang ke sini. Kalau sensitif gunakan perkataan pendatang, gunalah apa-apa istilah pun. Tetapi mesti menunjukkan mereka itu datang dari tanah asal mereka dan masuk ke sini (Tanah Melayu),” jelas Fauzi.

malaysiakini.com

Beliau Berkata, Apabila Kaum Luar Menuntut Perubahan Konsep Kesamarataan Dalam Sesebuah Negara, Jelas Sekali Konsep Tersebut Tidak Boleh Diterima Oleh Penduduk Asal Yang Telah Bertapak Lebih Lama

“Contoh, jika kita beramai-ramai pergi ke China dan menuntut mengubah konsep negara tersebut, pasti mereka tidak akan bersetuju."

informasi.my

“Mana-mana negara pun tidak bersetuju. Jika kita pergi ke Amerika, Amerika bertapak dengan konsep sekarang sejak pertengahan kurun ke-18."

informasi.my

“Jadi adakah satu cadangan daripada sesuatu pihak dengan mudah boleh diterima Amerika untuk mengubah konsep negara mereka? Mereka tidak akan ubah. Jadi logiknya, orang Islam Melayu di sini untuk tidak bersetuju terhadap beberapa tuntutan yang dituntut," katanya lagi.

informasi.my

Pada 19 Oktober 2014, Seorang Perwakilan Gerakan Negeri Johor, Tan Lai Soon Menyifatkan Kesemua Kaum Di Negara Ini Adalah Sebenarnya Pendatang Termasuk Orang Melayu

Wakil Gerakan Negeri Johor, Tan Lai Soon.

Image via malaysiakini.com

“Biar saya jelaskan, Melayu, Cina, India semua pendatang, kecuali Orang Asli, orang Sabah dan orang Sarawak, yang menjadi bumiputera asal,” katanya.

malaysiakini.com

Katanya, pemimpin Umno yang sering menyifatkan masyarakat Cina sebagai pendatang sebenarnya tidak sedar bahawa mereka juga pendatang.

malaysiakini.com

Sejurus Selepas Mengeluarkan Kenyataan Berbaur Perkauman Itu, Keahlian Tan Lai Soon Digantung Serta Merta Oleh Parti Gerakan

Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Dr Cheah Soon Hai berkata parti itu mengutuk kenyataan yang dibuat oleh Tan.

mstar.com.my

Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Dr Cheah Soon Hai.

Image via sinarharian.com.my

"Ia tidak melambangkan pendirian parti, semua kita adalah rakyat Malaysia dan tidak ada rakyat Malaysia yang boleh digelar sebagai 'pendatang' atau imigran."

mstar.com.my

"Rakyat Malaysia yang lahir di sini Malaysia adalah warganegara. Saya yakin sekiranya orang Melayu memanggil orang Cina sebagai 'pendatang' ia akan menyakiti antara satu sama lain. Kita harus mengambil maklum, Tan menarik balik kenyataannya sebelum ini dan dia telah memohon maaf atas kesilapannya," kata Cheah Soon Hai.

mstar.com.my

Walaupun Dianggap Sensitif, Jurukamera Profesional, Saiful Nang Bagaimanapun Bersetuju Dengan Kenyataan Tan Lai Soon Itu Melalui Tulisannya Di Facebook Berjudul "Melayu Pendatang? Tapi Melayu Datang Dahulu Bina Rumah"

Dalam Tulisan Tersebut, Saiful Nang Menceritakan Kisah Sejarah Tanah Melayu Dengan Menggunakan Konsep Yang Ringkas Dan Mudah Difahami Serta Sangat Menarik Untuk Dibaca

Menurutnya, Sejak Dari Dulu Lagi, Bangsa Melayu Diletakkan Untuk Uruskan Sawah Di Kampung. Bangsa Cina Pula Diberi Kelebihan Ekonomi Oleh British. Namun Begitu, Bangsa Melayu Tetap Bertoleransi Dan Menerima Hakikat.

Bagaimanapun, Toleransi Bangsa Melayu Dicabar Apabila British Ingin Mewujudkan Malayan Union Serta Meletakkan Hak Sama Rata Bagi Semua Kaum. Bangsa Melayu Bangkit Melawan Dan Berjaya Mengekalkan Nama Melayu Sebagai Tuan Tanah.

Menurutnya Lagi, Tidak Pernah Ada Lagi Sejarah Dunia Di Mana Sebuah Negara Berpindah Milik Kepada Golongan Pendatang. Sebagai Contoh, Jika Melayu Berhijrah Ke UK, Tidak Mungkin Mereka Mampu Menuntut Kesamarataan Dalam Negara Itu.

"Ingatlah, Semasa Penjajahan Dahulu Kami Disorok Di Sudut Rumah Yang Hanya Menjaga Padi. Kami Cuma Perlukan Bantuan Kerajaan Untuk Melebihkan Kami Sepertimana British Pernah Melebihkan Kamu Dahulu," Tulis Saiful Nang.

Jadi, Apa Pendapat Anda Tentang Status Saiful Nang Ini? Adakah Masih Relevan Untuk Membincangkan Mengenai Golongan Asli VS Pendatang Di Malaysia Pada Masa Kini?

Mungkin sesetengah pihak merasakan tulisan Saiful Nang ini agak berat untuk dibaca. Dibawah ini kami kongsikan lagu lama zaman 1980-an berjudul 'We Built This City' nyanyian Starship khas untuk anda. Semoga terhibur!

Pelbagai Inisiatif Telah Diadakan Bagi Memupuk Rasa Cintakan Negara Di Dalam Jiwa Setiap Rakyat Malaysia Namun Masih Ada Yang Tidak Mengambil Peduli Soal Patriotisme

You may be interested in: