[VIRAL] Pakcik Ini Mungkin Garang Tapi Apa Yang Dilakukannya Sangat Mulia
Pengajarannya, jangan menilai seseorang melalui luarannya sahaja.
Pada 9 Disember 2014, tersebar sebuah video seorang pakcik memandikan seorang warga gelandangan yang kini mendapat ribuan 'Shares' dan 'Likes' di Facebook. Video ini dipercayai dirakam di Sandakan, Sabah.
Mula-mula, pakcik itu menyuruh gelandangan tersebut untuk membuka baju sebelum dimandikan
Sejurus baju dibuka, pakcik itu terus mengambil air sabun di dalam baldinya lalu menyiramkannya ke bahagian badan gelandangan tersebut
Sedang gelandangan itu dimandikan, pakcik tersebut sempat berseloroh dengan berkata, "Aku kasi mandi sama kau tapi kau birak depan kadai. Pingsan lah aku. Mana tahan hari-hari mau birak."
Pakcik itu bagaimanapun terus memandikan gelandangan tersebut dengan menyiramkan air di bahagian kaki, muka, badan dan rambutnya sehingga bersih
Mungkin ada sesetengah pihak merasakan bahasa yang digunakan pakcik ini sedikit kasar. Hakikatnya, kepada yang tidak tahu, warga Sabah mahupun Sarawak memang bercakap dengan tona sebegitu.
Apa-apa pun, sikap pakcik ini yang sanggup memandikan warga gelandangan memang harus dipuji. Jelas sekali, masih ramai individu yang berhati mulia di luar sana. Sifat positif seperti inilah yang harus kita semaikan dalam masyarakat.