seismik

[VIRAL] Pembeli Temui Ulat Dalam Coklat Cadbury Blueberry

Selepas kecoh dengan isu DNA babi, kini ulat pula ditemui dalam coklat Cadbury.

Cover image via Facebook Sima Iman

[TERKINI] Kenyataan Rasmi Cadbury Berhubung Isu Penemuan Ulat Dalam Coklat

"Kami telah dimaklumkan tentang gambar-gambar yang dimuat naik di Facebook oleh Sima Iman berkaitan dengan kepingan coklat Blueberry Cadbury yang telah dibeli. Kami telah cuba menghubungi Sima untuk mendapatkan butiran lanjut supaya kami boleh menjalankan siasatan tentang perkara ini. Kami berharap Sima akan memberikan maklum balas secepat mungkin."

"Kami tidak boleh menentukan bagaimana perkara ini boleh berlaku sehingga kami memperoleh maklumat lanjut serta butiran yang lebih khusus. Kami tidak menolak kemungkinan produk itu dikompromi akibat penyimpanan yang tidak sempurna. Coklat adalah produk yang sensitif terhadap persekitarannya. Kami sentiasa memastikan kaedah yang terbaik untuk mengelakkan infestasi apabila produk berada dalam kawalan kami atau di premis kami," kata Cadbury dalam satu kenyataan rasmi.

Cadbury Mengesyorkan Segala Produk Coklat Yang Dihasilkan Mematuhi HACCP (Hazard Analysis & Critical Control Points) Iaitu Sistem Keselamatan Makanan Paling Menyeluruh

"Suhu pemprosesan coklat kami mencecah 105°C dan serangga tidak mampu hidup dalam suhu setinggi itu. Semua produk kami dihasilkan dengan mematuhi Peraturan-Peraturan Makanan dan Piawaian Antarabangsa HACCP (Hazard Analysis & Critical Control Points). HACCP adalah sistem keselamatan makanan paling menyeluruh bagi memastikan produk-produk kami bebas daripada sebarang bentuk bahaya fizikal, kimia dan mikrobiologi. Kami menggunakan prosedur kualiti yang ketat bagi memastikan produk kami memenuhi piawaian kualiti dan keselamatan yang tinggi," kata Cadbury lagi.

Selepas Tamat Isu Penemuan DNA Babi Dalam Dua Produk Coklat Cadbury Pada 24 Mei 2014, Cadbury Sekali Lagi Menarik Perhatian Dengan Penemuan Ulat Dalam Produk "Cadbury Blueberry"

Laporan Tentang Penemuan Ulat Itu Telah Dibuat Oleh Sima Iman Pada 1 September 2014 Melalui Satu Status Di Laman Facebook

Image via SAYS.com

Status Itu Turut Disertakan Dengan 5 Keping Gambar Bukti Seperti Yang Didakwa

Dalam Masa Hanya 3 Hari, Status Sima Iman Tersebut Menjadi Viral Dan Telah Mendapat Lebih Daripada 3,100 Shares

Image via SAYS.com

Menurut Sima Iman, Produk Berulat "Cadbury Blueberry" Yang Dibeli Suaminya Itu Akan Tamat Tempoh Pada 6 Januari 2015, Empat Bulan Dari Tarikh Pembelian

Image via SAYS.com
Image via SAYS.com

Pelbagai Persoalan Yang Timbul Tentang Kewujudan Ulat Dalam Coklat Berkenaan. Apa-Apa Pun, Harus Diingat Bahawa Situasi Seperti Memang Boleh Terjadi. Mungkin Coklat Yang Dibeli Itu Terdedah Kepada Pencemaran.

Image via SAYS.com
Image via SAYS.com

Apa Pula Respon Cadbury? Setakat Ini, Pihak Cadbury Masih Tidak Memberikan Apa-Apa Jawapan Berhubung Isu Ini Walaupun Telah Dipersoalkan Oleh Pengguna Laman Sosial

Image via SAYS.com

Sama-Sama Kita Tunggu Respon Dari Pihak Cadbury. Laporan Lanjut Akan Menyusul.

Bagi Sesiapa Yang Terlepas Kronologi Isu Penemuan DNA Babi Dalam Dua Produk Coklat Cadbury Mei Lalu, Dapatkannya Hanya Di SAYS:

You may be interested in: